Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Lawan PPSMI Sekalipun PPSMI itu Berjaya

Buat apa nak tentang PPSMI kalau ia berjaya? Ketika berlakunya penentangan PPSMI ketika awal PPSMI dijalankan, wujudnya penentangan terhadap PPSMI oleh golongan 'nerd' sekitar 2003,2004 dahulu, PPSMI dilihat akan berjaya. Sekalipun ianya kelihatan berjaya, namun ia tetap ditentang. Andaikata semua orang asli mahir berbahasa Inggeris sekali pun, mahir matematik dan sains dalam bahasa inggeris sekali pun, ianya perlu ditentang. Kerana ia membunuh bahasa perpaduan kita. Mungkin ada orang kata takkan matinya sesuatu bahasa, namun istilah dalam sesuatu bahasa itu boleh mati sekiranya tidak digunakan. Kita boleh salahkan DBP kerana mencipta istilah tetapi tidak mempromosinya. Terdapat istilah yang khusus untuk bidang tertentu. Bidang pengkomputeran, bidang perubatan, bidang kejuruteraan, bla-bla-kologi. Kamus istilah komputer sepatutnya diberi percuma kepada penerbit "MajalanPC" Seorang Doktor sepatutnya mendapat kamus perubatan percuma. atau sekurang-kura...

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu? bukan Nizar kata

Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Adly Zahari, ketika ceramah pendek PPSMI sebelum memberi laluan kepada adinda Faizal Aziz. Saudara Adly juga mengkaitkan tamadun dalam memperkatakan tentang PPSMI. Setiap tamadun itu naik turun begitu juga bahasanya. Walaubagaimanapun saya cukup suka ayat "Apa jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu?". Kalahnya peranchis (Napolean) kepada Inggeris menyebabkan jatuhnya bahasa perachis. Begitu juga kemenangan Amerika dan sekutunya juga mempengaruhi perkembangan Bahasa Inggeris. Namun ia sedang jatuh. Tamadun yang banyak menyebabkan sampah itu sedang jatuh Tamadun yang mencemarkan dunia sedang jatuh. Tamadun yang rakus merobek bahan mentah dunia sedang jatuh. Tamadun Barat itu jatuh. Tamadun Timur naik kembali, Kita sedang membina tamadun timur. Tetapi adakah Tamadun kita mengekalkan bahasa tuanlamanya. Andaikata Tamadun Nusantara dibina, Tuan l...

Mungkinkah PAS akan Terlibat Dalam Politik Teknologi Maklumat pula?

Politik Teknologi Maklumat adalah politik yang tidak popular pada mana-mana parti politik sekali pun di Malaysia ini. Tidak kedengaran apa-apa bantahan dengan sesuatu yang berkait dengan teknologi maklumat. Kalau ada pun, berkait dengan Mykad sahaja. Jadi mungkin tiba masa parti politik, terutama yang kuat membangkang seperti PAS akan terlibat dalam politik teknologi maklumat untuk membentuk persekitaran teknologi maklumat yang adil. Malaysia adalah satu negara yang masih lagi kemaruk teknologi. Mereka belajar teknologi kerana nak belajar teknologi. Ianya berlawanan dengan "penguasai teknologi". Orang Malaysia lebih suka kenal teknologi, dan kaji apa dia boleh buat. Berbanding amalan saya, tentukan dulu apa yang hendak dibuat, maka pilih teknologi apa yang sesuai. Apa yang kita ada, apa yang kita perlu, apakah kebergantungannya, Orang yang menguasai teknologi, tidak terlalu kemaruk mengejar teknologi. Mereka boleh pilih teknologi apa yang hendak dipelajari dan ap...

Apa Pandangan Nizar Tentang Laman Web Perkeso?

Apa sudah jadi dengan laman web PERKESO ? Mereka telah mengubahsuai laman web perkeso, sehingga perlu bergantung kepada flash. Sejak bila flash menjadi aplikasi web yang sah? ISO mana? Undang-undang tubuh mana yang mengatakan flash sudah menjadi piawaian internet? Apa yang webmaster perkeso kejar? Kecanggihan? Tidakkah mereka tahu kalau laman web 100% bergantung kepada flash akan menyebabkan ianya tidak boleh dibuka menggunakan platform tertentu? Bila masa flash boleh digunakan dalam telefon? iPhone pun tidak menyokong flash Nampak sangat webmaster Perkeso, kemaruk teknologi tapi tidak mengamalkan pelungsuran web menggunakan telefon. Kalau kemaruk sangat flash, buat laman web sendiri lah, jangan libatkan sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Tidakkah webmaster perkeso tahu bahawa robot google tidak dapat melepasi flash yang dijadikan pintu utama, dan menyebabkan  rakyat sukar mencari maklumat? Siapa "Barua Adobe" dalam Perkeso? Apa yang canggi...

Ucaptama Sebagai Menteri Kewangan Kabinet Aduka Taruna

Terima Kasih Aduka Taruna kerana melantik saya sebagai menteri Kewangan Kabinetmu . Di bawah Perdana Menteri "Mat Sabu", TPM Khalid Samad atau Husam Musa. Jadi di sini saya ingin menceritakan halatuju Kementerian Kewangan yang akan saya terajui ini. Sasaran utama ialah untuk mengatasi masalah pengangguran. Sebenarnya bukan "pengangguran" itu menjadi masalah, akan tetapi ketiadaan sumber pendapatan itu adalah masalah sebenar, Krisis Ekonomi kali ini akan ditangani dengan 2 keadah. 1. Kaedah jangka pendek, menggunakan sistem duit fiat 2. Kaedah Jangka Panjang iaitu Dinar dan Dirham, supaya krisis tidak akan berulang setiap 10 tahun. Disebabkan seigniorage berlaku dimana cukai inflasi dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan, maka adalah lebih baik kalau seigniorage itu dikenakan kepada rakyat oleh rakyat. Maka M3 dinaikkan pada 2009 ini, dengan "pinjaman tak berbayar" diberikan kepada setiap rakyat, termasuk yang belum balikh. Jumlahnya akan dibe...

Samad Said diperalat 'pembangkang' atau Budak U Memperalatkan PAS?

Samad Said nafi dia diperalatkan "pembangkang ", tetapi tidak pula dia mengaku memperalatkan "Pembangkang". Siapa yang peralatkan siapa? Adakah Pakatan Rakyat memperalatkan bahasa, atau budak sekolah rendah memperalatkan PAS? Cikgu Matematik peralatkan PKR? Wujud juga persoalan kenapa sekarang baru nak tentang? Kenapa tak tentang sejak dari dulu? Sebenarnya memang wujud tentangan dari dulu, tetapi ianya tidak ditentang oleh PAS secara serius. Tidak sampai turun ke jalanan, dan serah memorandum itu ini, ketika itu tiada sekretariat khas untuk isu ini. PAS memang tentang PPSMI dari dulu, walaupun ada sebahagian ahli tak setuju. Penentangan terhadap PPSMI juga dilihat oleh PAS menerusi ceramah-ceramah sebagai "susah", jarang pula dikeluarkan hujah "mengelak bahasa dari kepupusan", tiada cerita "perbandingan tamadun" . Tidak kedengaran pula hujah, perlunya Bahasa Umat Islam dijadikan Bahasa Ilmu. Bahasa umat Islam itu meru...

Nizar Ganti Elizabeth Wong dan Malaysiakini?

Saya terbaca catatan blog "Ini yang aku rasa" menceritakan bahawa blognya tersenarai di Malaysiakini. Daripada situ saya nampak Malaysiakini menangkap perkataan "nizar" Sebelum ini, saya sudah perhatikan bahawa terlalu banyak cerita Elizabeth Wong, yang tersenarai di situ. Sebelum itu pula, perkataan "Malaysiakini" yang membuatkan ianya tersenarai. Jadi, "Nizar" ganti "Elizabeth Wong" yang menggantikan "Malaysiakini" Masih ada lagi yang membuat pesta "Ref Malaysiakini" pada tajuk catatan blognya? Jadi, Kalau nak trafik, tulis tentang Nizar Nizar melambai Nizar masuk kereta Nilai pergi Mahkamah Nizar nak cari bakal menantu daripada kalangan blogawan Nizar berdiri Nizar duduk Nizar makan Nasi Lemak Esok lusa mungkin Malaysiakini tangkap perkataan lain.

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini. Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi. Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Isl...

Adakah "Subsidi Makanan rakyat" releven untuk situasi ekonomi hari ini?

Krisis Ekonomi bagi orang kebanyakan hanya kelihatan apabila 2 perkara ini berlaku. 1. Orang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan 2. Orang yang bekerja tetapi tak cukup duit. Peduli apa KDNK, hutang negara dan lain-lain bagi orang biasa. Apabila harga minyak melonjak dahulu, senario no 2 banyak berlaku, dimana orang yang bekerja pun tak cukup duit. Tapi hari ini ramai pula yang tiada kerja. Jadi apa penyelesaiannya? Penyelesaian sementara atau penyelesaian jangka panjang. Penggunaan Dinar dan Dirham hanya memberi faedah untuk jangka panjang. Sistem ekonomi berdasarkan emas memang lambat untuk berkembang. Itu hakikat yang pendokong dinar dan Dirham kena terima. Namun walaupun lambat berkembang tetapi ia stabil akibat daripada ketiadaan "bubble". Mahu tak mahu, mungkin ada orang yang tak cukup makan pakai. Almaklumlah budaya menyimpan agak kurang bagi golongan pertengahan dan rendah. Bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi ada yang tidak mampu. Jadi saya ...

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya? Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD. Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami. Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu. Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika. Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang. Asyik-asyik barangan. British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita? Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita? Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah tergangg...

Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja?

Sekarang ini musim pembuangan kerja. Kilang itu kilang ini dikatakan akan membuang pekerja. Ada pula exco mengemukakan cerita indah tentang pelaburan asing yang bernilai berbilion ringgit masuk . Sama sahaja perangainya dengan Ketua Menteri yang itu . Nak buat apa cerita indah banyak-banyak? Tidak boleh dinafikan kilang akan tutup, dan ramai hilang pekerjaan, dan ramai pula nanti tidak mampu bayar hutang bank. Kemudia itu ini kena tarik. Saya melihat krisis ini sebagai pembetulan terhadap ketidakadilan ekonomi. Ya, memang ramai diantara kita cukup bahagia bila banyak pelabur datang, sediakan peluang pekerjaan, tetapi sampai bila? Banyak produk dihasilkan itu dijual kepada Amerika , digunakan seketika kemudian buang. Mereka boleh cetak duit, boleh kasi kredit tanpa had kepada rakyatnya, dan terus membeli produk daripada kilang-kilang seluruh dunia , dan kemudiannya dibuang. Apabila berlaku krisis kredit, rakyat Amerika sukar untuk berhutang seperti dulu dan menyebabkan ...

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru. Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi. Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri. Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak. Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15. Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin har...

Orang Malaysia Menang Lawan Cocal Cola

Diberitakan bahawa Cocacola tidak memperbaharui lesen francaisnya ke terhadap F&N Cocacola Malaysia. Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan. “Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N. Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu. “Justeru, pengumuman untuk tidak memperbaharui kontrak yang tamat pada 26 Januari 2010 itu akan memberi kesan kepada prestasi F&N bagi tahun kewangan 2009-2010 dan seterusnya,” katanya Norziana menerusi nota penyelidikan harian bank pelaburan itu semala  F&N hanya perlu mencari jenama kola yang lain. Permintaan terhadap minuman kola tetap ada. Susah sangat nak suruh F&N buang Jenama Coca-Cola, akhinya Coca-cola yang melarikan diri. Adakah...

Cerita Berkaitan Elizabeth Wong

Ada banyak cerita atau ulasan tentang kejadian yang berlaku pada Elizabeth Wong. Namun banyak yang saya lihat adalah berdasarkan andaian. Walaupun banyak cerita ataupun ulasan, bagi saya masih belum cukup maklumat untuk tentukan dia bermoral atau tidak. Kalau tak tengok gambar, memang susah untuk beri ulasan. Saya tanya Ezza , dia sudah tengok atau belum, dia kata belum. Gambar yang pernah saya nampak hanya gambar dia tidur terselak (telah ditapis), tetapi bukan "berbogel". Lagi satu gambar ialah gambar dia tidur tanpa buka cermin mata. Apabila Eliza (bukan Heliza) mengatakan gambar "bogel "itu diambil oleh bekas teman lelakinya. Banyak pula tanggapan negatif diberikan kepadanya. Gambar yang dikatakan "berbogel" itu, ditambah pula ditangkap oleh bekas teman lelaki, ianya seolah-olah berlaku nya hubungan sebelum itu. Namun, tiada pula pengakuan Eliza berkaitan itu, bagaimana boleh timbul persoalan moral terlalu banyak seolah-olah sudah tah...

Cara Ali Rustam Berfikir

Seorang pemimpin tersohor, Ali Rustam, telah menunjukkan satu kaedah untuk menentukan yang mana perlu diutamakan . Tertulis di blognya sendiri: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KADAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Fahamilah rukun negara ini dengan teliti kesetiaan kepada raja dahulu selepas itu bolehlah setia kepada negara dan ikrar ini selalu dibaca pada hari kemerdekaan dan dibaca pada hari pertama kita bersekolah dulu dipagi hari. Nampaknya tahun 1993 dahulu , Dr Mahathir terlupa pinda Rukun Negara.

Berita Baik Buat jed Yoong, Seminar Dinar Emas /Dirham Perak

Saya petik dari blog dziauddin Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Dinar Emas (DINAR '09). Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 21 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 9 pagi - 5.30 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah Pembentangan kertas kerja oleh : 1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan 3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo , Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar 4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim    Yuran penyertaan RM50 sahaja!!! (Mahasiswa hanya RM35) PENYERTAAN DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA DAN PENSYARAH UNIVERSITI. PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN.... Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014 Emel - dinar.pmkum@gmail.com Sumber: ...

PPSMI: Dr Khir Toyo Tidak Diberi Ruang dalam Hujah TV9

Kalau anda menonton "Hujah" tv9 tadi, hanya Khairy dan Mukhriz sahaja ditanya tentang PPSMI. Mukhriz, sudah sedia maklum pro kepada PPSMI, bapa borek, anak pun borek. Apabila khairy kata PPSMI hanya perlu dilaksanakan peringkat menengah, mukhriz hanya lebih kurang dengan mengatakan ianya mungkin boleh diperbaiki. Mana pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI? Adakah dengan sengaja dia tidak ditanya tentang PPSMI kerana Agus sudah tahu pandangan Dr Khir tentang PPSMI? Agaknya Pemuda UMNO yang akan memilih ketuanya di sebelah mana ? Anti PPSMI , atau perbaiki PPSMI ? Berikut adalah Pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI . (diceritakan di Harakah dan laman PKPIM ) --- mula --- Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu 1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua sub...

Eli, Eliza, Heliza Helmi, Helmi Eliza , Jangan Keliru

"Eliza" atau "Eli" adalah singkatan kepada Elizabeth Wong, ADUN PKR Bukit Lanjan. Eli @ Eliza @ Elizabeth Wong tiada kaitan dengan Heliza Helmi ataupun Helmi Eliza . Heliza Helmi itu penyanyi, pelajar. Helmi Eliza pula penjaga gol pasukan Kedah. Untuk maklumat lanjut , tanya Kedah lanie. -- Kugan adalah orang yang mati dalam tahanan, manakala Kuhan adalah pemain hoki. V. Arumugam adalah ADUN kedah yang meletak jawatan, manakala David Arumugam adalah penyanyi Alleycat. Bekas Penjaga Gol Kebangsaan juga ada nama David Arumugam. -- Jed Yoong adalah Blogawati, manakala Alex Yoong adalah bekas pemandu F1, Juga sepupu Jed Yoong. Tidak pasti pula Jed Yoong ada kaitan atau tidak dengan Mr Yoong, cikgu Matematik Saya. Khalid Samad adalah Ali Parlimen PAS Shah Alam, manakala Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor. Di Selangor juga ketua Polis bernama Khalid. Khalid Jaafar adalah Pengerusi PKR Melaka. Khalid Jamlus. -- Aminuddin Ayub...

Gambar Elizabeth Wong Berpelukan

Entah mengapa saya rasa cukup terharu melihat gambar Elizabeth Wong berpelukan dengan Puan Nuridah Salleh (kak nuri) , Ketua Muslimat PAS . sumber: siasah daily

Proton MPV Siantan, Proton MPV Azurah

Oh rupanya sudah ada pemenang menamakan Proton MPV , Proton MPV dinamakan "exora", berdasarkan satu bunga "ixora" ataupun siantan. Mengapa pulu nama berasaskan Inggeris untuk pasaran Malaysia? Mudahkah orang kampung  mengeja "exora" supaya disebut sebagai "ekzora". Kalau susah sangat, sebut sahaja Proton itu Proton Azurah.

Elizabeth Wong: Kawasan Kelabu dalam undang-undang (rimba) Pasangan Kekasih

Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal? Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak? Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan? Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak. Ada pula yang kata jangan letak jawatan. Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah. Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan? Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama. Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka. Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba. Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru. Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral? Tetapi "tidak bermoral" itu tid...

Qirat, Carat, Karat, Sokong Hujah sokong PPSMI?

Semua bidang ilmu boleh dikaitkan dengan PPSMI, kerana ia melibatkan istilah yang berasal dari luar. Cikli mengatakan dalam perbincangan tentang 22 karat , ianya seolah-olah memihak kepada pro PPSMI Cikli on 2009 Februari 15 08:10 karat = carat karat = corrosion carat = corrosion? satu lagi poin untuk penyokong ppsmi. Adakah kekurangan istilah Bahasa Melayu menyebabkan penyokong PPSMI boleh bergembira? Bahasa Inggeris menggunakan "Carat" untuk 2 maksud, iaitu untuk jisim dan ketulenan. Bahasa melayu menggunakan "Karat" untuk 3 maksud, jisim, ketulenan, dan berkarat . 1 perkataan mempunyai banyak makna adalah perkara biasa. Adakah "Carat" itu istilah yang mula-mula digunapakai untuk merujuk kepada maksud jisim 1 carat? Arab menggunaka "qirat" Jerman, Dansk, Polski,Norsk, Turki menggunakan Karat. Belanda menggunakan "Karaat" Portugis dan Sepanyol menggunakan "quilate" Català guna quir...

22 karat Dinar Emas , merujuk kepada Berat atau Ketulenan?

Sejak dari mula lagi saya agak ragui kenapa Dinar emas spesifikasinya 22k , (emas 916). Spesifikasi popular dinar emas, tidak kira daripada Islamic Mint, atau Dinar Emas Kelantan atau Public Dinar menggunakan emas 916, beratnya 4.25 gram. Apabila saya mengatakan bahawa umat islam perlu memilih spesifikasi dinar samada emas 10 atau 916 , "Ustaz Rafidi" Menjawap: Dinar emas mengikut ukuran dalam kitab Arab adalah emas 916 cuma tak disebut secara terus emas 916 disebut 22/24 qirat atau bahasa moden 22 karat , 2/24 nisbah perak mesti ada didalamnya : Buku Al Maqrisi karat atau qirat mempunyai dua maksud. yang pertama ialah ketulenan, yang kedua ialah jisim, atau berat iaitu 1 qirat bersamaan 200mg . Apakah yang dimaksudkan dengan 22 qirat? kalau dari sudut  ketulenan maksudnya 916lah. Tetapi kalau qirat itu adalah berat, maka 22 qirat/carat itu ialah 4.4gram 200mg * 22 = 4,400 mg = 4.4 gram. Ops, sudah jauh dari 4.25 gram. Adakah berat bagi 1 carat itu seme...

Jed Yoong Hasut Benci Raja?

Saya tidak sedar beberapa pemuda di Johor telah membuat laporan polis tentang terjemahan artikel Tulang Besi yang diterjemah oleh Jed Yoong . Yang hairannya, Laporan polis hanya dibuat terhadap penterjemah. Mungkih selepas ini mereka akan membuat laporan polis terhadap babelfish.altavista.com ? Atau mungkin laporan polis terhadap kamus? Saya tidak nampak mana dia unsur hasutan untuk membenci raja wujud dalam tulisan Tulang Besi. Tulisan tulang besi hanya memberi pesanan kepada PAS supaya jangan terlalu mempercayai raja. Apa masalahnya? PAS boleh tidak begitu mempercayai instusi Raja sambil hormat kepada Raja. Tok Guru Nik Aziz pernah menulis tentang bagaimana Raja itu perlu menyesuaikan diri supaya rakyat tetap menghormati raja. "Ayahanda" pernah berborak dengan "anakanda" tentang kaitan Sistem beraja dengan sistem Khalifah. Adakah dengan mengatakan bahawa Raja tiada kuasa, ianya hasutan untuk membenci raja? Adakah dengan mengatakan Raja dilin...

KESIAN....

Bulan penuh 2012, kata Prof Hamirdin sendiri tanya sendiri jawap. Nampak macam Prof Hamirdin tak berapa betul, rupanya aku lagi tak betul. 1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajar: KESIAN... 2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara? KESIAN.... 3.Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja? KESIAN... 4. 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini? KESIAN... 5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politi...

Pelanggan adalah Raja

Dalam sektor peruncitan, pelanggan dianggap raja. Bukan raja yang boleh dibeli tetapi raja yang membeli. Namun "raja" itu adakalanya melakukan kesalahan. mungkin dia merokok di premis perniagaan yang dilarang merokok. Maka pekerja di ajar dialog ini. "Harap maaf encik, Di sini tidak boleh merokok" Perkataan encik boleh digantikan dengan "Tuan" atau "boss" "Sorry boss, sini tak boleh merokok" Namun ianya agak lari daripada konsep pelanggan adalah raja. Maka apabila pelanggan merokok di premis larangan merokok, hendaklah ditegur dan dilayan sebagai raja. "Ampun Tuan beribu-ribu ampun Mohon Derhaka, Di sini tidak boleh merokok."

Kenyataan Media JIM Pelik

Telah tersiar kenyataan media JIM (Jemaah Islah Malaysia) tentang krisis di Perak di BloggerNetwork dan bersetuju untuk mengusulkan 6 perkara. 1. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan; 2. mengisytiharkan “ gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa; 3. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini; 4. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah; 5. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan; 6. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakya...

Cerita Pinjaman

Di Negeri Melaka, terdapat 13 orang peniaga telah mendapat pinjaman tekun. Yang hairannya, Cek pinjaman itu diberikan sampaikan oleh ADUN Serkam, 'kawan' Ustaz Kamal iaitu YB Ghazale dalam satu majlis khas dan disiarkan di dalam Akhbar Melaka Hari ini . SERKAM, 8 Feb - Para peniaga kecil di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, di sini menerima cek pinjaman untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan hari ini. Cek pinjaman membabitkan seramai 13 peniaga itu telah telah diterimanya dari Pengurus Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Parlimen Jasin, Ismail Osman. Saya pun tak faham, "pinjaman" disampaikan oleh YB seolah-olah ianya sesuatu yang percuma. Sebentar tadi seorang pegawai bank menetelefon saya, menawarkan pinjaman sehingga 100k, tanpa dokumentasi lulus dalam lebih kurang 3 hari. Kemaruk betul orang bank sibuk nak cari orang yang nak meminjam. Tetapi dalam dunia lain, pinjaman adalah seolah-olah satu kurniaan, disamp...

Ali Rustam kata "PECAT PECAT"

Dulu, Ali Rustam pernah menyarankan supaya Pakatan Rakyat memecat Teresa Kok . Semalam Ali Rustam telah cadangkan supaya Karpal Singh 'memecat' Anwar melalui DAP iaitu dengan menggugurkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng . Kalau Karpal benar tak suka bangAnwar ia bolih pecat bangAnwar melalui DAP…   ….juga gugurkan KIT SIANG dan GUANG ENG dari penasihat dan Setiausaha Agong DAP KERANA TAK IKUT ARAHAN ,,,,, KARPAL SINGH sebagai PENGERUSI DAP Dulu, Ali Rustam telah mencadangkan supaya Lee Kah Choon (Gerakan ketika itu) meletak jawatan kerana berkerjasama dengan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Pecat Pecat Letak Jawatan." "Pecat Pecat Letak Jawatan." Apa yang dia kata, adalah menggambarkan dirinya sendiri. Jikalau dia sendiri suka cadangkan kepada orang lain supaya, 'pecat pecat letak jawatan', bagaimana pula dengan dirinya sendiri? Mesej yang tersirat adalah "Kalau kau ada kuasa, kau pecatlah" Dia mempunyai kuasa di da...

Bank Negara Mahu Lebih Kuasa

Akta Bank Pusat akan dibentangkan di Parlimen apabila Parlimen bersidang nanti. Menurut Zety, Pindaan Akta Bank Pusat akan memberi lebih kuasa kepada Bank Negara . "Akta yang dicadangkan itu akan turut menginstitusikan banyak daripada amalan yang telah diperkenalkan di dalam dekad ini yang lepas yang dirasakan sebagai kritikal bagi memastikan bank pusat itu mempunyai kuasa yang perlu dan berada di dalam keadaan bersiap-sedia bagi menghadapi cabaran di masa depan," katanya. Zeti berkata akta yang dicadangkan itu membabitkan kajian semula secara keseluruhan mandat, tadbir urus, kepertanggungjawapan dan rangka perundangan semasa bank pusat itu untuk memastikan BNM kekal berkesan melaksanakan fungsinya di masa depan, yang sentiasa berubah-ubah. "Akta baru itu akan mengukuhkan rangka tabdir urus sedia ada dengan menyediakan mekanisma yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan pengawalan dan pemantauan yang seimbang," katanya. Mushkil juga kuasa apa yang Ba...

Gambar Pendemonstrator Baring di Hadapan Kereta

Kejadian ini berlaku bukan di Gazza. Kejadian ini berlaku bukan di Masjid Ubudiah atau Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Akibat daripada ketagihan Politik yang disebabkan oleh Beras Padu , seorang blogawan telah berdemonstrasi tanpa sebab dengan berbaring di hadapan kereta sambil memegang bendera Palestin. Kejadian berpunca apabila blogawan itu mendapat idea untuk membuat catatan blog. Anda sedang membaca catatan blog yang dimaksudkan itu.

Ir Nizar Ketua Pembangkang? (Spekulasi Murahan)

Al Fatihah buat YB Roslan Sharom , Ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah meninggal dunia pagi tadi. Secepat kilat blogawan "angkasanuri" telah membuat spekulasi calon PAS parlimen Bukit Gantang ialah Ir Nizar . Untuk menambahkan perisa spekulasi itu, maka saya tambah lagi kemungkinan Ir Nizar menjadi Ketua Pembangkang, disebabkan Karpal sudah tidak suka Anwar. Nak spekulasi lagi? Tiada Pilihanraya Kecil Di P-059...!!! - malaysiakini » Perisik Rakyat®

Politik Semakin Menjijikkan

Politik Kini semakin menjijikkan. Bukan politik yang kotor, tetapi orang-orangnya yang mengkotorkannya. Saya tidak menolak politik kerana banyak perkara perlu diselesaikan melalui politik. Mahu hapuskan PPSMI, tanpa politik memang sukar. Tetapi politik bukan segalanya. Banyak perkara boleh dilakukan tanpa politik. Kalau tidak, tak wujudlah istilah anarkisme. Anarkisme itu satu pemikiran bahawa tidak perlu kerajaan. Kalau masyarakat terlalu bergantung kepada politik, saya tidak pasti apa istilah khas untuknya. Kenapa politik kini menjijikkan? Cerita soal parti,  parti, parti. Orang parti ini cakap tentang orang parti itu. Mana dia politik pentadbiran kerajaan? Puas sudahkah kita perdebatkan PPSMI? Puas sudahkan kita perdebatkan pelan rangsangan ekonomi? Puas sudahkan kita perdebatkan penyeselaian masalah pengangguran? Wujudkah sesiapa ahli politik yang sibuk untuk mencadangkan supaya lesen perniagaan dilonggarkan sempena pembuangan kerja yang meningkat? B...

Pakej Iklan Teks Platinum

Laman blog ini kini menyediakan ruang iklan untuk disewa pada kadar... RM 3.00 bagi 1000 pengunjung unik yang dikira menggunakan extreme-dm. Murah atau mahal? Ianya 3 kali ganda lebih mahal daripada iklan solehpolysas. Ianya mahal sedikit bukan kerana saya tamak, tetapi lokasi iklan untuk pakej ini memang betul-betul menarik. 1) Iklan Teks Pakej Platinum ini letaknya betul-betul diantara Tajuk catatan blog dengan permulaan catatan blog. Untuk halaman pertama blog, ianya akan keluar pada setiap catatan blog, ada 7 semuanya. Pasti pengunjung akan dapat melihatnya. 2) Iklan Teks Pakej Platinum ini, akan memberikan kelebihan SEO kerana ianya dibenamkan kedalam templat blog. Ianya HTML bukannya javascript. Rujuk pakar SEO terdekat untuk maklumat lanjut. 3) Peratus pengunjung yang klik dijangka agak tinggi akibat daripada lokasi yang mudah difokus mata pengunjung. Bagaimana pengiklan mahu mengetahui berapa banyakkan 1000 pengunjung unik extreme-dm itu? Kenapa tidak ...

Macam Perjanjian Pangkor

Ini adalah Perjanjian Pangkor. Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat British Residen hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat British Residen. Harapnya jangan jadi sebegini... Adun Pangkor diangkat menjadi Menteri Besar Perak, Ir Nizar bekas Menteri Besar itu dibenarkan memakai gelaran Menteri besar Muda; Menteri Besar Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat  Residen Persekutuan hendaklah diikuti termasuk pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat  Residen Persekutuan.

Menggunakan Kesan Candu Politik Sebaik Mungkin

Politik itu bercandu, menyebabkan ketagihan tegar. Apabila berlaku krisis sebegini, penagih berita politik semakin kuat ketagihannya. Saya akui saya sendiri agak ketagih dengan maklumat Krisis Negeri Perak, namun saya cuba untuk tidak membuat catatan blog tentang Negeri Perak. Namun saya gagal. Walaupun cuba melarikan diri daripada menulis tentang Negeri Perak, akhirnya saya menulis tentang logam perak . Akibat ketagihan politik ini, pemikiran agak sukar untuk melarikan diri dari "Perak", saya berjaya juga menangkis ketagihan dengan menulis soal masalah Pekerjaan . Jadi. Jangan salahkan saya kerana menyebabkan anda semua ketagih politik. Saya cuba lari juga sedikit demi sedikit. Baiklah, mari kita kaji sejarah. Tatkala berlakunya Krisis Politik Perak, saya dapati Negeri Perak sudah mengalami krisis yang lebih kurang sama. malah jauh lebih teruk dari ini sejak 1860an. Terdapat 2 artikel di Wikipedia yang boleh membantu anda untuk mendapatkan ilmu sejarah sebagai...

Orang BN dan Media BN Buat-buat Tidak Faham atau Memang tidak faham?

Apabila berlakunya krisis politik di Perak, cukup banyak berita dan pandangan berat sebelah yang menyebelahi BN dan menyalahkan Pakatan di Media Massa. Akan tetapi, persoalan mengapa Nizar tidak mahu meletak jawatan tidak pernah disebut. 1. Status 3 ADUN itu sebagai ADUN Kedudukan 28-28 jika 2. Kaedah penurunan MB menurut artikel 16(VI) Media BN dan orang BN yanb sering memberi ulasan sibuk dengan soal "Nizar derhaka" "Nizar Boneka" , "Nizar itu ini" dan sebagainya. Ini agak pelik, mengapa BN tidak mahu mengesahkan bahawa 3 orang ADUN yang melompat itu adalah ADUN yang sah. Kalau ya mahu merampas kerajaan melalui pintu belakang, sila pastikan ADUN itu ADUN yang sah. Kalau BN berusaha pergi mahkamah membuktikan mereka itu ADUN yang sah. Kalau ia sah, maka BN perlu minta diadakan Sidang DUN tergembar supaya boleh buat usul tidak percaya. Apa susah sangat nak faham? Kenapa BN perlu menjadi "Kerajaan Haram" kalau boleh guna cara s...

Diluar Kotak Masalah Pekerjaan

Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Kenyataan Media tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerjaan di Negeri Selangor. Agak bersungguh-sungguh langkah mencarikan pekerjaan bagi rakyat selangor itu. Memang hebat. Banyak pihak dilibatkan dalam usaha ini, polis, Imigresyen,IBM, Jobstreet, MIDA,FMM,PBT dan lain-lain. Walaupun Jed persoalkan kenapa tak bina sahaja perisian , akan tetapi bagi saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri selangor atas usaha itu. Samada usaha itu berjaya atau tidak, usaha perlu dilakukan. Akan tetapi, kalau pemintaan terhadap pekerja menurun, sistem macam mana pun tidak dapat meningkatkan permintaan terhadap pekerja. Maka bagi saya, selain daripada memenuhkan permintaan perkerjaan dengan pekerja sedia ada, pekerjaan baru perlu dicipta. Permintaan terhadap pekerja kilang berkurang, adalah akibat daripada berkurangnya permintaan terhadap barangan yang dikeluarkan oleh kilang merosot. Konsumerisme nampaknya sedang m...