Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BSKL

Valuecap dan KWSP lagi

Setelah beberapa hari diumumkan bahawa ValueCap meminjam KWSP sebanyak 5 bilion, banyak reaksi yang menentangnya namun terdapat sedikit perbezaan pendapat. Dalam catatan saya yang lalu, saya tidak mengatakan bahawa wang KWSP langsung tidak boleh dilaburkan ke BSKL. Terdapat pihak yang menyalahkan tindakan itu seolah-olah tidak mahu wang KWSP itu langsung tidak digunakan. Tak boleh dipinjamkan, tidak boleh dilaburkan. Disebabkan tidak faham akan konsep KWSP, makan ramai yang beranggapan KWSP hanya simpanan semata-mata. Almaklumlah namanya pun Kumpulan Wang Simpanan pekerja. Hakikatnya memang ada wang KWSP dilaburkan untuk pasaran saham, tetapi peratusannya sedikit. Kadangkala mushkil juga saya, adakah penentang pinjaman kepada ValueCap itu sememangnya tidak mahu wang KWSP digunakan langsung? Tapi mahu dividen? Beberapa blogawan rupanya ada yang pro kepada penggunaan 5 bilion itu adalah lebih baik digunakan sebagai pelaburan ke BSKL tanpa melalui Valuecap. Myop101 mempersoalkan adakah V...

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin . # 1 Hasbullah Pit October 21st, 2008 at 9:29 pm Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi. Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion? Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut. Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion. Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik. Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai). Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion. Sekiranya pasaran ...

Siapa Jatuhkan Indeks BSKL?

Ketika sebelum pilihanraya, saya telah membuat ramalan berikut tentang Indeks Komposit BSKL:- Kiriman asal oleh sebol aku rasa kalau BN tak dapat 2/3, saham akan jatuh, pasal kononnya negara tak stabil. lepas tu dia naik balik pasal rupanya malaysia tempat sesuai melabur tapi nak shopping duit dah takde. spend untuk election. Awal pagi tadi, Indeks dibuka rendah, ketika jam 10 pagi, indeks merosot -7.24 % .Jumlah dagangan ketika itu bernilai RM 688 juta. Kusangkakan ia setakat begitu sahaja, ketika rehat tengah hari, dibuletin utama, menunjukkan nilai dagangan RM 1.9 bilion, tidak pasti berapa % kejatuhan indeks ketika itu. Setelah terbongkang akibat demam, saya dapati "Penampan Kejatuhan" telah digunakan dan bursa ditutup jam 2:58 pm. Untuk pengetahuan, bursa akan automatik ditutup jika indeks turun 10% dalam hari yang sama. Setelah diperhatikan semula, indeks jatuh sehingga ke paras 1,166.32 dan nilai dagangan adalah RM 2.47 bilion . Adakah pelabur r...