Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel su-30

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir? Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai 'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM. Adakah ia membazir ? Adakah ia membazir ? Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah. 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta. Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta. Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta. Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM. Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3. Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra . Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 J...

Sambutan Kemerdekaan yang suram

Rata-rata di merata tempat, Jalur Gemilang berkibaran, entah apa yang hendak gembirakan. Kemerdekaan ke 50, hanya ada pada nombor, kerana nombor 50, ia disambut dengan lebih meriah. Kemerdekaan ada harganya. Kita memilih untuk merdeka, walaupun kita tahu Pendapatan perkapita kita akan tidak kemana berbanding semasa pemerintahan british. Namun kita tetap memilih untuk merdeka. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun, pemerintah sendiri tidak menambah jalinan rel keretapi selepas peninggalan british. Melainkan di Kuala Lumpur. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun tahu risikonya. Bersyukurlah , Negara kita jauh lebih maju daripada Zimbabwe. Dan ada Sukhoi SU-30 MKM

Love need thrust

Dahulu: Love need trust Sekarang: Love need thrust (tujahan hehehe) "Thrust Vectoring", satu istilah baru bagi saya, "Pengvektoran Tujahan", Tujahan pada jet pejuang, seperti sukhoi Su-30 , yang membolehkan ia membuat menuver pelik-pelik. Dengan Sukhoi, Ia mampu mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang. kalau dulu-masa kecil-kecil kita selalu guna tangan bayangkan kapal terbang itu bergerak. namun kini, pergerakan iu berubah, mungkin kanak-kanak akan menggayakan tangannya supaya membuat Paguchev Cobra . Sukhoi Su-30 http://youtube.com/watch?v=nLCBcFrHlQI http://youtube.com/watch?v=xY0t_mPv6I4 Yang ni memang mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang