test

Ahad, 29 Julai 2012

Hutang Kereta Rakyat 1Malaysia

Saya bukan peminat Rafizi Ramli.
Saya tak setuju benar dengan idea pelupusan hutang PTPTN.

Tak kala negara mengalami masalah hutang negara yang begitu besar, dan rakyat pula terbeban dengan hutang masing-masing. pelupusan hutang bukan satu idea yang baik.

Namun, Cadangan Rafizi berkenaan duti kereta itu ada baiknya, tetapi tetap saya bukan sokong 100%.
(sebab saya bukan peminat dia)

Rakyat Malaysia ramai yang muflis disebabkan kereta. Hairan juga, satu alat pengangkut manusia dan barangan boleh menyebabkan orang muflis.

Namun itu yang terjadi. Maklumat lanjut tentang kemuflisan disebabkan kereta boleh rujuk blog Pak Di.
Klik sini:http://www.pakdi.net/kereta-punca-ramai-orang-malaysia-muflis/

Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan.

Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta.

Rakyat malaysia pula ada yang menganggap pinjaman bank itu lebih nikmat daripada seks.

Kalau hidup 60 tahun, maksudnya lebih 20% daripada usia dewasa adalah digunakan untuk menjadi hamba bank.

Dasar automotif yang kononnya untuk menyelamatkan PROTON, sebenarnya lebih mengkayakan Bank.

Kalau kereta RM 60k, pada kadar riba' 6% selama 9 tahun  ,bayaran baliknya adalah77,796.72
Bank untung 17796.72 (sebulan 164.78 disumbangkan kepada bank)

Katakan kereta yang sama, telah diturunkan harga 15% disebabkan pengurangan cukai,

Harganya menjadi  RM 51k , kalau pinjam 9 tahun dengan kadar riba" yang sama, bayaran baliknya adalah 66127.32.
 Bank tetap untung RM 15,127.32 (sumbangan bulanan kepada bank adalah 140.06)



Akan tetapi, ia membolehkan pembeli kereta tidak perlu meminjam sehingga 9 tahun, cukup sekadar 7  pada kadar bayaran bulanan sedikit lebih mahal.

2 tahunawal merdeka daripada menjadi hamba bank.
Apabila merdeka awal,  
pinjam 51k, kadar riba 6% , 84 bulan , jumlah bayaran balik adalah 62583.36
Bank untung RM 11,583.36   (sumbangan bulanan ke bank adalah RM 137.89)

Terdapat perbezaan ketara, 17,796.72 dengan 11,583.36 iaitu 6213.36
Walaupun harga kereta turun 9k, anda hanya jimat 6213 sahaja.



Namun, kalau harga kereta turun 9k, tetapi tetap ambil pinjaman 9 tahun, anda hanya jimat 2669 sahaja.

Jadi, musuh utama rakyat Malaysia ialah pinjaman 9 tahun.

Jadi, penghapusan/pengurangan cukai kereta, sebenarnya tidak memberi impak sangat kepada hutang kereta rakyat Malaysia, melainkan pinjaman 9 tahun dihapuskan, kepada maksimum 5 atau 7 tahun.















Google+ Hasbullah Pit