Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NGV

Formula Rombakan Subsidi Minyak

Khairy Jamaludin adalah seorang ahli Politik yang cukup opportunis, adakalanya dia terlalu opportunis sehinga melampau sehingga menghijack acara orang lain untuk tujuan politiknya. Suka hati dia lah. Isu subsidi minyak memang menjadi isu negara sejak lebih kurang 5 tahun kebelakangan ini. Apabila wujudnya subsidi maka, ramai juga yang suka menyeludup disel ke Negara Jiran. Dengan harga semasa yang begitu tinggi, ianya pasti berlaku walaupun tidak kedengaran berita tentang Tangkapan Penyeludup. Setelah beberapa berkecimpung dalam politik, akhirnya KJ bersuara tentang Subsidi minyak, walaupun pada perkiraan saya, ia adalah amat-amat terlewat . Namun sekiranya dia tidak menyuarakan , mungkin Pak Lah akan terus tidur. Ianya memang terlewat. 3, 4 tahun lepas ketika harga minyak dunia tidak terlalu tinggi macam hari ini, maka ketika itu sesuai untuk mengapungkan harga minyak. Sudahlah kita terlalu lewat untuk melepaskan tambatan ringgit terhadap USD , apungkan harga minyak pun terlewat. K...