Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Boikot

Mari Boikot intel , AMDcepatpanasisme sesat?

Sekarang musim boikot McD , ok saya faham, ianya simbolik terhadap serangan israel terhadap Gaza. Kesan terhadap israel dari sudut ekonomi memang sedikit, tapi boikot juga sebab simbolik. Yang untung ialah peniaga burger tepi jalan. Dapat jualan tinggi sedikit. Bantu peniaga kecil sebelum melonjak jadi peniaga besar. Yang sering dilupakan ialah boikot intel. intel sudah meresap jauh ke hampir semua komputer di Malaysia. Biasanya yang mahir komputer sahaja yang berani memilih untuk menolak intel. Pak Ali, Mak Minah, kalau ke kedai komputer biasanya akan dicadangkan untuk beli intel daripada pekedai. Kalau dia rujuk "pakar IT" berdekatan, pun kebanyakannya akan suruh intel. Tapi kalau rujuk pemberontak IT seperti saya dan kawan-kawan lain, mungkin ada yang cadangkan AMD. Untuk komputer peribadi , dalam 10tahun kebelakangan, sudah beli 4 biji AMD Athlon XP AthlonII X2  A4 A6 Intel pun ada terbeli juga, tapi kebanyakkannya 2nd . Adakalanya memang kita tia...

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata: والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم "Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan." Hadis SAHIH Bukhari Muslim. Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah. Dalam hadis lain menyebut: فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم " Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan samp...

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya? Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD. Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami. Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu. Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika. Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang. Asyik-asyik barangan. British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita? Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita? Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah tergangg...

Orang Malaysia Menang Lawan Cocal Cola

Diberitakan bahawa Cocacola tidak memperbaharui lesen francaisnya ke terhadap F&N Cocacola Malaysia. Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan. “Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N. Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu. “Justeru, pengumuman untuk tidak memperbaharui kontrak yang tamat pada 26 Januari 2010 itu akan memberi kesan kepada prestasi F&N bagi tahun kewangan 2009-2010 dan seterusnya,” katanya Norziana menerusi nota penyelidikan harian bank pelaburan itu semala  F&N hanya perlu mencari jenama kola yang lain. Permintaan terhadap minuman kola tetap ada. Susah sangat nak suruh F&N buang Jenama Coca-Cola, akhinya Coca-cola yang melarikan diri. Adakah...

Sindrom Takut Boikot KFC

Sudah banyak kedengaran apabila seruan boikot kedengaran, kedengaran pula suara sumbang supaya jangan boikot KFC kerana ia milik bumiputera. Ramai yang tidak faham konsep boikot. Kita bukan mahu pembekal ayam itu sengsara. Kalau orang tak makan KFC, orang yang makan ayam akan makan ayam di tempat lain. Permintaan terhadap ayam tidak berubah, melainkan kalau Husam Musa dan Hasbullah Pit yang pro kambing   membuat kempen "Gantikan Ayam Goreng dengan Kambing Goreng". Sekiranya boikot KFC berlaku, pembekal ayam lain yang mendapat lebih jualan, pembekal KFC akan merosot jualan. Itu adat berniaga turun naik. Jadi Pembekal Ayam kepada KFC lah yang patut persoalkan, " kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pekerjamu (dan periuk nasiku) ." Pekerja KFC pun perlu beritahu kepada majikan, " kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika,...

Apa itu "Barangan Penajaan Christian Albers"?

Sambil saya menjenguk statistik blog sendiri, ramai juga yang menggunakan senarai produk belanda yang telah saya senaraikan tempoh hari. Terima kasih. Diucapkan. Namun begitu saya mushkil apabila saya menulis " sebahagian besar penaja Christian Albers ". akan tetapi ia sering ditafsirkan sebagai " Barangan penajaan Christian Albers " , seolah-olah Christian Albers itu satu jenama pula. Di saya ingin menjelaskan bahawa Christian Albers itu bukanlah syarikat produk barangan, dia hanya seorang pemandu F1 yang tak seberapa. Konsepnya hampir sama dengan Alex Yoong, iaitu, melobi pasukan untuk menerimanya sebagai pemandu apabila membawa banyak penaja dari negaranya. Dia bukanlah seorang pemandu F1 yang hebat, mungkin Fairuz Fauzi jauh lebih hebat daripadanya. Entah-entah, Khairul Faizi lebih hebat darinya. Dia menjadi pemandu Pasukan Spykers pada tahun lepas, ketika itu banyak penaja dari Belanda menaja pasukan itu kerana dia orang belanda. Memang macam Alex Yoong, tet...

Produk Belanda Di Malaysia

Mudah sahaja Dr. Mahathir mengajak kita semua memboikot produk belanda dan Haji Hadi menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi. Namun, di mana dia senarai produk Belanda untuk diboikot Rakyat Malaysia? Mari kita senaraikan:- Restoran WindMill Shell Dutch Lady. Barangan Elektrik Philips sebahagian besar penaja Christian Albers Syarikat yang mempunyai nama "contoh n.v." Senarai Syarikat Belanda di Malaysia (pdf) Produk-produk Unilever Groceries Ais Krim Household HBA: Tak perlu boikot Dumex/Dugro kerana numica n.v. telah tergadai ke tangan syarikat peranchis "Danone". Belum pasti. Minta tolong pengunjung memberikan lagi produk belanda untuk diboikot di ruangan Ulasan. Pautan: WANNA BOYCOTT DUTCH PRODUCT? » Al-Banjari On...

Sudah seminggu boikot?

Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu. Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu. Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini. Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan. Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing. Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual i...