Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MPV

Toyota Avanza, Nissan Grand Livina, Proton Exora

Untuk 'relax' Di Kedahlanie, tersiar gambar untuk membanding saiz kereta Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Proton Exora . Now You Can Compare EXORA between LIVINA & AVANZA ~ KLIK THIS PICTURE ~ Anda boleh klik gambar diatas untuk membandingkannya. Namun agak sukar untuk membanding panjang kenderaan jika disusun sebegitu. Siapa peduli sangat tinggi bumbung kenderaan tersebut? Oleh itu, untuk membanding panjang 3 kenderaan itu, Sila klik pada gambar di bawah. Diambil dari gambar asal yang tersiar di Kedahlanie, tetapi anda boleh bandingkan panjang kenderaan itu.

Proton MPV Siantan, Proton MPV Azurah

Oh rupanya sudah ada pemenang menamakan Proton MPV , Proton MPV dinamakan "exora", berdasarkan satu bunga "ixora" ataupun siantan. Mengapa pulu nama berasaskan Inggeris untuk pasaran Malaysia? Mudahkah orang kampung  mengeja "exora" supaya disebut sebagai "ekzora". Kalau susah sangat, sebut sahaja Proton itu Proton Azurah.

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'? Mana ada orang menang hadiah Proton MPV , kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu. Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa? Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks. Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan " Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash ". Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV. Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Ap...

Gambar Proton MPV Dalam Ujian di Sungai Rambai

Sejarah Berulang? Semalam ketika saya ke arah Sempang, saya terlihat satu kenderaan yang agak pelik dari arah bertentangan. Rupanya ianya adalah Proton MPV yang dalam Ujian, dibungkus dengan kotak-kotak supaya ia tidak dikesan. Maka bermulalah aksi kejar mengejar. Setelah membuat Pusingan U, saya pun kejar, tak nampak pun Proton MPV itu. Kejar punya kejar akhirnya nampak Proton SAGA NGV dalam Ujian. Tidak lama lagi, keluar lah Proton SAGA NGV dipasaran, tanpa perlu membuat pengubahsuaian. Tidak perlulah pengguna was-was samada pemasang NGV itu bertauliah ataua tidak, kalau sudah ada OEM. Saya memotong Proton NGV itu untuk mengejar Proton MPV. Kejar punya kejar, akhirnya Proton MPV itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat. Walaupun "berbungkus" , bentuk lampu belakang boleh dilihat, bentuk pintu, bentuk cermin boleh dilihat.