Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fatwa

Untukku Agamaku, Untukmu ideologimu

Ketika hangatnya isu penentangan fatwa "pengkid" oleh segolongan manusia, penentangan itu usahah dilihat sebagai penentangan penganut agama yang bukan islam, akan tetapi penganut ideologi liberalisme. Kavi telah membuat ulasan penafian bahawa penganut hindu tidak membantah fatwa pengkid itu . saya beragama Hindu... bagi saya, saya langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa hukum bagi umat Islam kerana ia tidak melibatkan agama saya. Maka saya pun tidak mempersoalkan apa-apa. saya harap saudara-saudari faham bahawa bukan semua orang yang beragama bukan Islam menentang atau mempersoalkan fatwa. Hanya segelintir daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mungkin mereka ingin menyuarakan pendapat dari segi pandangan kebebasan wanita. Namun begitu, saya tidak pasti apakah tujuan utama mereka. Saya harap para pengulas tidak "generalise" yang semua umat bukan Islam ingin sibuk mencampuri hal ehwal Islam. Bukan semua orang bersifat begitu. Tetapi saya faham ...

Bantah Fatwa: Tempurung Pemikiran Feminisme? Westernisme? -rujuk Malaysiakini

Apabila wujudnya fatwa mengenai "Pengkid" maka ada pihak yang cuba protes. Bermula dengan Ivy Josiah yang memperbodohkan Fatw a kemudiannya terdapat demonstrasi kecil-kecilan ala pom pom girl di KLCC . Ramai blogawan muslim yang membantah demonstrasi ini kerana ianya mencabar majlis fatwa. Fatwa itu ianya terang-terang tidak melibatkan bukan islam namun mungkin tidak dapat difahami oleh mereka. Mungkin ada diantara mereka keliru dinatara "Diharamkam" (dalam konteks semua orang) dengan difatwakan haram. Istilah "mengharamkan" boleh ditakrifkan sebagai "ban". Manakala difatwakan sebagai haram, maksudnya perkara semasa yang tidak jelas hukumnya samada haram halal dinyatakan sebagai hukum haram. "Hukum" pula tidak boleh ditakrifkan sebagai "hukuman" Fatwa tiada kaitan dengan mengawal seseorang, ianya hanya menjelaskan sesuatu hukum pada sesuatu perkara. Apabila seseorang bukan islam mempersoalkan fatwa, ianya adalah lebih kurang ...