Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel appletv

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada. Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air. 1. Nescafe 2. Espresso Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit. Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya. Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya. Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu . Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja. BABAK Lowyat Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat. Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja. Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar se...

Tamatkan Astro, beli AppleTV atau perekod DVD

Harga bayaran bill Astroastro akan naik. Kalau duit astro itu dikumpul tak sampai 2 tahun sudah boleh beli perekod dvd. Siapa yang akan dapat lebih kandungan? Seseorang yang tidak melanggan Astro tetapi merekod sebanyak mungkin kandungan TV tak berbayare menggunakan komputer atau AppleTV atau perekod DVD. berbanding Pelanggan Astro biasa tanpa rekod berbanding dengan Pelanggan Astromax Sudah tentu kalau digabungkan semuanya, orang itu akan dapat banyak kandungan. Bayangkan, dengan TV tak berbayar biasa, saya rasa kita boleh mendapat lebih kandungan dalam jangka masa panjang berbanding dengan Astro. Bayangkan dengan perekod DVD, digabungkan dengan komputer, kita boleh arkibkan rancangan TV yang ada daripada TV 1, TV2,TV3, ntv7,8tv, tv9. kemudian tukarkan video itu ke format yang boleh ditonton oleh SE k800i. Apabila Astro menaikkan harga, pengguna sepatut menyatakan mesej kepada astro. samada dengan:- 1. Tamatkan astro (boleh langgan semula jika perlu) 2. Kurangkan langganan 3. lambat b...