Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Shahrir Samad

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO. Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri. Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN. Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu. Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja. Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap. Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP? Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu. Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan ...

Pemuda PAS WP Terlewat Beberapa Jam

Kasihan pula melihat Pemuda PAS WP, bersungguh-sungguh menghantar memorandum penuh fakta kepada Shahrir Samad.  Dengan mengambil contoh bahawa Harga Minyak masih lagi dibawah seratus Dollar Amerika. Apa yang berlaku awal pagi tadi, sebelum subuh, waktu bersahur, Harga minyak dunia telah melonjak sehingga ke paras 130 USD dan menstabil sedikit. Kemudian ketika catatan ini ditulis harga minyak dunia berada pada tahap USD 120.92 Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada  Pemuda PAS WP kerana berusaha.

Shahrir Samad Sudah Pandai Bercakap Soal Matawang - Malaysiakini & Kosmo

Dulu Malaysiakini: K'jaan dijangka turun lagi harga minyak Namun di Kosmo: Minyak turun sebelum raya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara. "Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama. "Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam. Menurutnya, jika matawang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut. Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu. Ketika musim sibuk menjelaskan "Pengstrukturan Subsidi" soal matawang langs...

Emas Turun, Minyak Turun, Saham Turun, Apa yang Naik?

Ramai yang suka harga minyak turun, termasuklah Shahrir Samad . “Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya. “Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya. Kalau kita lihat dalam 2 bulan sebelum ini, semua harga komoditi turun, Minyak, Emas, itu ini. Saham juga kebanyakan turun. Hai, kalau semua turun apa yang naik? Jawapannya ialah USD. USD cuba bangkit dari kejatuhan berterusan sejak lebihkurang setahun yang lalu, Dan ini menyebabkan banyak harga turun. Sampai bila dia hendak turun? Mari lihat carta USD berbanding euro. USd telah naik melebihi purata 200 harinya berbanding euro. Menunggu masa ia akan tergolek, paling kurang ia akan berada pada tahap warha hijau (purata 200 h...

Muqabalah Dengan Shahrir Samad

Saya baru pulang dari Putrajaya, selepas berjumpa dengan Shahrir Samad, di atas tiker persatuan (bukan tiket PAS). Jadi nak utarakan permasalahan rakyat susah sikit, kerana persatuan nak "berterima kasih" ke atas komisyen. Jadi saya diam sahajalah dalam sesi persatuan dengan Shahrir Samad. Jadi selepas tamatnya perbincangan persatuan dengan shahrir samad, maka bolehlah saya bawa agenda rakyat kepada dia. Saya katakan kepada dia,kenapa tidak selesaikan masalah kenaikan harga minyak pada puncanya? Shahrir kata: apa puncanya? sebol: Nilai Matawang. Pada mulanya dia mengatakan memang ringgit meningkat tidak lagi terikat dengan 3.80 Saya pun menerangkan bahawa ringgit memang dibawah nilai. Nilai ringgit yang kita hanya 40% daripada nilai ringgit kita sebelum krisis 1998. Itu punca utama kenaikan harga minyak. Dia bersetuju juga nilai riggit sepatutnya pada kadar kurang dari RM 250 1 USD. Tapi dia kata ada polisi yang mahukan nilai ringgit rendah supaya barangan eksport murah. Saya...

Mengapa harga petrol bagi teksi RM 1.92 bukan RM 1.43?

Akhirnya, setelah beberapa bulan "Pengstrukturan Subsidi" yang tergesa-gesa, Pengusaha teksi diumumkan supaya dapat membeli petrol pada harga RM 1.92 Sebelum ini saya pernah menulis tentang, beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi dan Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol . Akan tetapi, mengapa harga bagi pengusaha teksi berpetrol RM 1.92 dan bukannya RM 1.43? Ketika pengstrukturan subsidi diumumkan dan dilaksanakan secara tergesa-gesa itu dilakukan, terdapat usaha untuk menyelaraskan harga bahanapi bersubsidi kepada RM 1.43, sehinggakan harga petrol yang dibayar oleh nelayan terpaksa dinaikkan daripada RM 1.00 kepada RM 1.43. Shahrir Samad terlupa janji RM 1.43nya? Atau memang teksi berpetrol anak tirinya sehingga sering dilupa-lupakan ?

YB Salahudin Yang Mengecewakan

YB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS. Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat . Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan. Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007. Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi. Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberi...

Shahrir Samad Terlupa Ada Teksi Yang Guna Petrol

Sebentar tadi baru diumumkan bahawa teksi menggunakan petrol akan mendapat subsidi (mungkin pada harga RM 1.43) -Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol . -Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol Telah saya nyatakan dahulu beberapa perkara yang perlu dikaji sebelum perlaksanaan Pengstrukturan subsidi Selagi Tuntutan Subsidi Makanan tidak dipenuhi , selagi itu akan ada lompong-lompong sektor atau individu teraniaya akibat kenaikan harga minyak. Aku percaya banyak lagi lompongan yang terlupa diambil kira sebelum pengstrukturan subsidi. Yang paling ketara sekali ialah orang yang tak mampu berkenderaan. -- Sebentar tadi saya berborak dengan seorang pemandu teksi yang menggunakan petrol, dia mengatakan bahawa Persatuan telah lama memohon supaya teksi berpetrol mendapat subsidi namun tidak berjaya. Sedangkan...

Harga Minyak Akan Diapungkan atau Dinaikkan?

Kalau kita sebut harga minyak akan dinaikkan, maka nampak macam Kerajaan BN jahat, tak peduli rakyat. Kalau kita sebut pengstrukturan semula subsidi, maka BN nampak baik sedikit. Tak kisahlah bagaimanapun. Pendekatan Shahrir Samad begitu berbeza dengan Pendekatan Shafie Afdal ketika dia menjadi Menteri KPDN dahulu. Shahrir Samad lebih terbuka menerima idea, termasuk idea orang PAS untuk menyelesaikan masalah perbezaan ketara harga minyak peruncitan dengan harga sebenar. Manakala, Shafie Afdal lebih suka menggunakan cara lama tanpa perlu idea tambahan atau luaran macamlah cara itu sahaja yang paling sesuai. Maka Shafie Afdal hanya memberikan penjelasan yang begitu teknikal tentang subsidi, pada masa yang sama rakyat berpendapatan rendah merana. Dia nak semua orang faham penjelelasan itu dan mempersetujuinya. Kalau ikut pemikiran cetak, memanglah kalau harga minyak dinaikkan, atau diapungkan membuatkan rakyat sengsara. Shahrir Samad telah mengatakan ianya pengstrukturan semula subsidi, b...

Dr. Mahathir Meracuni Fikirannya Sendiri

Saya tertarik ulasan Datuk Shahrir Samad tentang bagaimana dia dilabel sebagai keluar UMNO oleh Tun Dr. Mahathir . Datuk Shahrir mengatakan bahawa dia tidak keluar UMNO, dia hanya tidak dapat masuk UMNO ketika UMNO baru ditubuhkan. Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia haramkan UMNO. Dr. Mahathir bukan tak tahu yang dia juga teribat untuk tak kasi Team B masuk UMNO baru. Akan tetapi secara konsisten dia menyalahkan pihak tertentu mengharamkan UMNO. Seolah-olah dia sendiri meracuni fikirannya supaya mempercayai apa yang dikhayalkannya itu benar, supaya boleh terus berbohong secara konsisten. Begitu juga apabila PAS menawan Kelantan, dia juga yang sekat itu ini, kemudian dia sendiri kata PAS tak mampu. Dia sendiri meracuni fikirannya supaya berkata sebegitu supaya ia konsisten. Apabila dengan isu Shahrir Samad, racun yang ditanam difikirannya sendiri itu telah meresap jauh sehingga seolah-olah benar yang Shahrir Samad keluar UMNO. Dalam Kes Anwar suatu dulu, dia telah meracuni fikirannya...

Realiti Krisis Makanan dan Minyak Dunia

Seronok jadi pembangkang (diperingkat Persekutuan) apabila boleh menyalahkan Kerajaan BN di atas kenaikan harga barangan, walaupun realitinya Krisis Makanan SeDunia itu wujud dan kenaikan harga minyak sedunia itu wujud. Akan tetapi saya menyeru rakan seperjuanganku di Pakatan Rakyat harus mengakui bahawa krisis makanan sedunia dan kenaikan harga minyak sedunia adalah satu realiti. Kalau Parti komponen BN Sabah Sarawak keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat, pening juga kepala otak untuk menyelesaikannya. Kerajaan BN cuma bergantung dengan pegawai kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Bukan ianya datang dari buah fikiran Shahrir Samad . Kalau Pakatan Rakyat memerintah, kita akan gunakan pegawai kerajaan yang sama. Secara terbuka, Shahrir Samad mengatakan dia memerlukan penyelesaian. Di mana penyelesaian Pakatan Rakyat? Adakah kita hanya tahu menyalahkan mereka? Mungkin Ya. Mungkin tidak, Mungkin di fikiran pembaca mempunyai idea yang tidak dapat dibaca oleh fikiran saya, mahupun f...

MIER sahkan Matawang Ringgit dibawah nilai.

MIER sahkan Matawang Ringgit dibawah nilai walaupun ia meningkat kepada 1USD = RM 2.80. Mohamed Ariff felt there is no reason for the local currency to grow weaker, but rather appreciate to RM2.80 in the next two to three years. "It is still undervalued and the ringgit should really get back to a level which is commensurate with the fundamentals. "We believe the ringgit should continue to appreciate, and probably the central bank should let the ringgit rise even more by removing some of the remaining controls," he added. According to him, the ringgit is not completely free to move in the sense that Bank Negara Malaysia "still keeps some controls on it," especially in maintaining the ban on offshore trading. "If you unshackle the ringgit from those kinds of controls, the ringgit can fly higher," he contended. Apa maksudnya? Sebelum ini sudah beberapa kali saya katakan bapa kepada punca segala kenaikan harga barang adalah berpunca dari matawang Ringgit...

Minyak 2 gred Datuk Shahrir Samad Formula Siapa?

Menteri Pengangkutan KBBP , Ezza Erisar mempersoalkan bolehkah kenderaan menggunakan minyak ron95 apabila terdengarnya berita akan 2 gred minyak berbeza akan diperkenalkan . Maka saya jawap persoalan erisar dahulu, memanglah boleh, kerana kereta direka untuk ron95. Minyak di Malaysia menjadi Ron97 adalah akibat saingan antara syarikat minyak ketika akhir 90an. Ini keseluruhan dari berita itu:- JOHOR BAHRU: Pengguna di negara ini dijangka dapat menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97. Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri...