test

Memaparkan catatan dengan label pengkalendaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengkalendaran. Papar semua catatan

Khamis, 19 Februari 2015

Perutusan Tahun Baru Cina 2015

Selamat Tahun Baru Cina...

Tahun Kambing.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, Tidak semestinya anak bulan kelihatan pada malam tahun baru cina.

Dan

Juga tak semestinya anak bulan kelihatan jika dicerap pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Mengapa?

1 Hari bulan, Tahun Baru Kalendar Cina, berlaku pada hari pertama  "bulan baru"  (new moon) .
Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin malam.

Anak bulan boleh kelihatan kalau usia bulan lebih daripada 8 jam, ada pendapat mengatakan 12 jam.

Jadi kalau new moon, berlaku 8 pagi, maka tidak nampak kalau dicerap pukul 6 petang.

 Jadi, biasanya 2 hb Tahun Baru Cina, masih lagi belum 1 hb Hijrah.

Tahun Baru Cina, digandingkan dengan 1 bulan kalendar Hijrah.

Sebagai contoh, Tahun Baru Cina 2015 + 2 hari , adalah juga 1 Rabiul Akhir 1436.

Inilah, sebabnya kenapa kalau kongsi raya, beza perayaan 2 hari.


Memang susah nak memahamkan pengkalendaran Cina dan Hijrah pada manusia modern yang trbiasa dengan masehi.

Ini semua salah Google, Kenapa tidak Integrasikan Google Calendar dengan kalendar Cina dan Hijrah.



Selasa, 14 April 2009

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்

Selamat Tahun baru விரோதி  (Virodhi)  diucapkan kepada semua.

Satu lagi bentuk kalendar perlu di kaji.

Bodohnya aku, sudah bertahun hidup, hari ini baru tahu wujudnya kalendar tamil.

Kalendar Tamil adalah berasaskan matahari, jadi penentuan tahun barunya tiada kena mengena dengan fasa bulan.

21 mac adaah tahun baru "Astronomi" , tetapi Tahun baru tamil akan jatuh pada antara 13 atau 14 april setiap tahun.


Satu keunikan kalendar tamil ialah dia tidak menggunakan nombor, tetapi menggunakan perkataan bagi nama tahun.
Ianya berkitar setiap 60 tahun.

Penentuan Hari Easter Mengikut Kalendar Hijrah dan Tahun Kewangan PETRONAS

Damian menyiarkan ucapan Lim Guan Eng sempena hari easter.

Bagaimana menentukan hari easter?

Hari easter ditentukan menggunakan kalendar masehi dan juga bergantung kepada bulan.
Ianya tidak tetap pada kalendar masehi sahaja seperti Krismas yang hanya tetap pada 25 Disember.

Ianya lebih kurang dengan Tahun baru cina, dimana ia ditentukan juga oleh bulan selain daripada matahari.


Jadi bila hari Easter?

Mengikut formula yang saya baru reka, hari Easter jatuh pada:

Hari ahad pertama, selepas 14 haribulan satu bulan Hijrah, selepas 10 hari sebelum bermulanya Tahun Kewangan PETRONAS.

Khamis, 25 September 2008

Sebulan Tian Chua ada Berapa Hari? Malaysiakini

Merujuk kepada ulasan Tian Chua di Malaysiakini berkenaan perubahan harga minyak, katanya ianya dilakukan 2 kali sebulan.

Katanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Dulu harga minyak turun pada 23 hb Ogos 2008
Kemudian pada 25 September 2008

Bukankan ia sudah lebih daripada 31 hari?

Kalendar apa yang dia guna? Kalendar Cina dan Hijrah maksimum 30 hari, Kalendar Masehi maksimum 31 hari?

Kalau sudah sampai 34 hari sebulan, Kalendar apa ya?

Selasa, 17 Jun 2008

Pembayaran Gaji Kerajaan Berdasarkan Kalendar Cina

Memandangkan bila sebut Islam sahaja semua sudah kecut perut takut dipaksa memakai tudung ke pejabat.

Jadi, dalam isu pembayaran gaji dua kali sebulan, Tuan guru Nik Aziz telah mencadangkan pembayaran gaji mengikut kalendar hijrah. Mungkin ada yang fobia.

Jadi saya cadangkan pembayaran gaji dibuat pada hari pertama pada bulan mengikut kalendar cina.

Kalau siapa yang faham kaitan kalendar Cina dengan Hijrah, maka dia akan tersenyum.

Khamis, 10 Januari 2008

Kalendar Hijrah, Maal Hijrah, Awal Muharam

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Marilah kita kenangkan peristiwa hijrah yang penuh bermakna itu.

Di sini saya bukan menceritakan akan peristiwa hijrah, kerana pasti ramai Ustaz yang menceritakannya.

Mungkin anda pernah terfikir, dulunya "Awal Muharam", kemudian "Maal Hijrah", yang mana satu betul?

Bagi saya kedua-duanya betul.

Mungkin ramai diantara kita menyangka peristiwa hijrah berlaku tepat pada 1 Muharam 1429 tahun (hijrah) yang lalu. Akan tetapi sebenarnya bukan.

1429 tahun yang lalu, Peristiwa hijrah memang berlaku pada tahun itu akan tetapi bukan tepat pada 1 Muharam. Ianya berlaku pada bulan safar. 26 Safar.

Dulu saya juga menjangkakan ianya memang berlaku tepat pada 1 muharam, Akan tetapi mushkil juga, bagaimana hijrah boleh berlaku tepat-tepat 1 haribulan kalendar arab.

Walaupun sudahnya berlaku hijrah, kalander hijrah belum ada. Yang ada hanya kalendar arab menggunakan bulan yang sama dengan kalendar hijrah akan tetapi menggunakan peristiwa penting sebagai tahun, bukannya nombor.

Pada pemerintahan Khalifah Umar, iaitu 17 tahun selepas berlakunya peristiwa hijrah, Khalifah Umar dan para sahabat bersepakat memulakan perkiraan tahun hijrah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah.

Walaupun ada cadangan lain untuk mulakan tahun pada bulan ramadhan dan Rejab. Kemudian, mereka memilih untuk menggunakan bulan muharam sebagai permulaan tahun seperti yang dicadangkan oleh Saidina Uthman.

Jadi yang mana betul? Awal Muharam atau Maal Hijrah?
Awal Muharam betul kerana tahun hijrah dikira pada bulan muharam.
Maal Hijrah juga betul kerana itu tahun berlakunya hijrah, walaupun peristiwa hijrah itu bukan tepat pada 1 muharam.

Yang salah ialah menganggap hijrah berlaku tepat pada 1 muharam 1 hijrah.

rujuk:
http://makadir.wordpress.com/2008/01/09/98/

Jumaat, 3 Ogos 2007

Pengkalendaran di atas kertas

Saya sebenarnya tak faham bagaimana seseorang yang ada organizer gunakan organizer dia.

Fungsi Pengkalendaran pada kepala otak aku ni dah makin tak berfungsi, maka perlukan sesuatu solution yang baik.

Saya bukanlah orang yang mesra kertas. kalau boleh semua benda perlu dielektronikkan.

Akan tetapi, walau canggih pun sistem pengkalendaran yang ada didunia ini, masih ada kekurangannya, kita tak boleh tengok keseluruhan kemasukan kalendar dalam 1 bulan. secara menyeluruh. Mungkin ada yang boleh paparkan kemasukan 1 bulan, tetapi takkan kita nak paparkan sepanjang masa?

1 monitor khas untuk google calendar mungkin menjadi penyelesaian.
Atau google calendar dijadikan Penjimat skrin (screensaver)?


Apabila saya melawati http://zliah.blogspot.com/2007/08/7-8.html (Kliklah apa lagi ...)

Kalendar bulan 7 yang lalu.
Kalendar bulan Ogos yang dibuat ketika masuknya bulan ogos.
Walaupun kandungan dia tak seberapa, sesuai untuk kegunaan gadis seusianya.
Tapi dia mengajar saya 1 perkara iaitu siapkan kalendar baru untuk setiap bulan.

Untuk disesuaikan dengan siri saya yang selama ini, masukkan kemasukan kalendar ke dalam telefon SEk800i.

Maka penyelesaian untuk segerakkan (sync) kalendar di telefon dengan Aplikasi di Komputer (Tak kira lah Mac atau Windows atau Linux atau Web) perlu dicari segera agar boleh cetak kalendar sebegitu pada hujung bulan ini. Kalendar bulan 9.

Kalau tak salah ada pepijat bila nak segerakkan k800i dengan iCal di OSX.

Tunggu sekejap!

rupanya iCal pada OSX dah memang ada keupayaan ini.

Tapi saya rasa perlu ada senaraisemak pada kalendar versi kertas itu untuk mengingatkan saya supaya lakukan apa yang patut lakukan setiap bulan.

Tak pasti GNOME ada sesuatu yang macam ini atau tidak?
Windows?


Sabtu, 12 Mei 2007

F1 gp catalunya (kelayakan)



Gambar diatas menunjukan Skrin monitor Samsung 17" yang dijadikan paparan sementara bagi macmini, dimana ia menunjukkan 1 wiget dashboard, yang menunjukkan pusingan kelayakan bagi GP Catalunya akan bermula 3 jam dari gambar diambil.

Memang tak efisyen kalau kita gunakan keseluruhan skrin untuk mengingatkan tentang waktu F1. Akan tetapi, oleh kerana masalah ketinggalan F1 sering berlaku, maka, tengok pada dashboard secara manual boleh membantu.

sepatutnya, kalau ikut cara neo (ya, empunya delicious tu), google calendar ada kalendar F1, dan kalendar google boleh selaras dengan kalendar komputer & kalendar komputer boleh selaras dengan SE k800i. Sepatutnya SE k800i yang tolong ingatkan tentang adanya F1, bukannya pornstar yang kena ingatkan secara manual.

Terdapat lagi satu masalah, iaitu AF5 dijangka bertembung dengan GP Catalunya.
Siapa yang lebih menyerlah? Heliza atau Kubica?
Atau Jaguh Kampung yang akan menyerlah?




Selasa, 24 April 2007

Tips pesanan / tugasan menggunakan bluetooth

Sejak beberapa hari dulu, pernah terfikir, kenapa kita guna sms, walhal kalau untuk orang dekat boleh guna .

Akan tetapi, pada aplikasi sms kita tiada opsyen untuk kirim mesej ke bluetooth.
Ada perisian pihak ke 3 yang membolehkan bluetooth chat, tetapi penerima pun kena ada.

Cara yang paling mudah untuk hantar mesej bluetooth kepada orang berhampiran adalah menggunakan kalendar. Setiap kemasukan tugas, Nota, atau peringatan pada kalendar sebenarnya disimpan didalam fail. saya belum kaji lagi format fail-itu itu.

Tips kalau nak hantar mesej bluetooth kepada kawan:-
  1. Pastikan penerima itu sudah menghidupkan bluetoothnya, samada dia auto-terima atau tidak, belakang kira.
  2. buat kemasukan pada kalendar di telefon bimbit tangan pengirim, samada dam bentuk peringatan, atau tugas atau nota.
  3. simpan, dan hantar kepada penerima. siap.


Akan tetapi, mungkin terdapat kelemahan dimana telefon si penerima mungkin tak menyokong jenis pengkalendaran yang dihantar, sebagai contoh, nokia 6085 tak memahami format 'nota', oleh itu hantar dalam bentuk 'tugas'.

Dalam dunia nyata, kalau di tempat kerja, seorang boss boleh mengarahkan subordinatnya untuk melakukan sesuatu,

tulis tugas di telefon sendiri, tetapkan masa perlu dilakukan,
pergi dekat sikit didalam julat bluetooth.
  • Boss: Adiba, dah on bluetooth?
  • Adiba: dah.
kemudian, bossnya hantar tugasan yang untuk disiapkan oleh Adiba.
Amat praktikal, kerana boss automatik simpan arahan itu, di telefonnya.


Pengkalendaran dalam komputer sebenarnya sudah lama ada, sejak zaman MS Exchange dulu,cuma saya belum kaji sahaja. Mungkin keadaan dahulu membuatkan kita tak rasa kita memerlukan pengkalendaran. Walhal ianya satu perkara yang menarik, boleh 'selaras' antara PDA dengan komputer, dengan pelayan pengkalendaran. Yang agak terbaru ialah boleh selaraskan telefon dengan google calendar.
secara teori, SE boleh selaraskan kalendar dengan menggunakan gcalcsync, tapi setakat yang saya pernah cuba, telefon hang sahaja. :(

Makin banyak tahu, makin banyak benda yang tak tahu.

Google+ Hasbullah Pit