Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jalur Gemilang

Cikgu Suraya

Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini. Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai " Teknik Cikgu Suraya " Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini. Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4". Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang? Jawapannya " TIDAK ". Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan. " Pride for sale " Cuba lihat kotak donut ini. Apa kaitan dengan Merdeka? Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria...

Hiasan Jalur Gemilang

(Gambar menunjukkan hiasan Jalur Gemilang bukan di tempat aku) Kebanyakkan orang hias kedai dia dengan jalur gemilang supaya cantik. Tapi kalau semuanya cantik, apa yang istimewanya? dimana-mana tempat pun akan ada hiasan yang cantik. Tapi, tadi aku suruh RNK aku hias menggunakan jalur gemilang supaya dia buruk dan pelik. Akan tetapi, dengan niat asal untuk menjadikan ia buruk dan pelik, akhirnya dapat idea untuk jadikan ia Cantik tetapi pelik. Ada sesiapa nak tiru?