Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NIgeria

Minyak di Nigeria bhgn.2

Harap maaf, saya belum puas google sebelum menulis Minyak Di Nigeria , Maka setelah kugoogle, kuwiki, kuyahoo_full_coverage, maka didapati Gerakan militan, yang sering menyerang fasiliti minyak di Nigeria adalah "MEND", "Movement for the Emancipation of the Niger Delta". Selain dari itu terdapat juga "Niger Delta People's Volunteer Force"(NDPVF) yang diketuai oleh Mujahid Dokubo-Asari, seorang muslim yang sebelum ini Kristian, kini beliau ditangkap oleh kerajaan Nigeria. Terdapat lagi satu pergerakan dinamakan "Niger Delta Vigilante" (NDV),mempunyai visi yang hampir sama seperti NDPVF. Nigeria adalah negara berbilang kaum, akan tetapi ia tidak seperti di Malaysia dimana Kaum-kaum duduk bersama, walaupun tak begitu sempurna , tetapi tiada sesuatu negeri yang terlalu dimonopoli oleh sesuatu kaum. Manakala di Nigeria, terdapat wilayah yang dikuasai oleh kaum tertentu dan Negara dikuasai kaum lain. Apabila terdapat minyak di wilayah yang dikuasai...

Minyak di NIgeria

Kenapa aku terpanggil untuk menulis tentang topik ini? Aku pun tak tahu. Seringkali kedengaran di berita "crude", harga minyak dunia, NYMEX, selalu naik kerana faktor nigeria. Beberapa bulan sekali, ada sahaja fasiliti minyak di Nigeria diserang "Pengganas". Lihatlah kronologi ini, Ada sahaja serangan dilakukan, dan ketika itu, serangan itu dijadikan alasan harga minyak dunia naik. Pengguna di Malaysia hanya tau faktor "Pak Lah" sahaja. Selalunya harga minyak naik, atas sebab Nigeria, selain itu, ia naik/turun atas sebab inventori minyak yang ada di Amerika Syarikat. Jika berlaku peperangan, maka ia akan naik, bila hampir musim sejuk, ia akan naik. Bila selepas mesyuarat OPEC, dia akan naik/turun bergantung pada hasil mesyuarat samada nak tingkatkan pengeluaran atau tidak. ATAU mungkin semua di atas adalah konspirasi ? Hampir semua faktor di atas, adalah disebabkan oleh manusia. Kita berbalik kepada Nigeria, Kenapa sesuatu serangan yang dilakukan oleh be...