test

Selasa, 24 Februari 2009

Adakah "Subsidi Makanan rakyat" releven untuk situasi ekonomi hari ini?

Krisis Ekonomi bagi orang kebanyakan hanya kelihatan apabila 2 perkara ini berlaku.

1. Orang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan
2. Orang yang bekerja tetapi tak cukup duit.

Peduli apa KDNK, hutang negara dan lain-lain bagi orang biasa.

Apabila harga minyak melonjak dahulu, senario no 2 banyak berlaku, dimana orang yang bekerja pun tak cukup duit. Tapi hari ini ramai pula yang tiada kerja.

Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaian sementara atau penyelesaian jangka panjang.

Penggunaan Dinar dan Dirham hanya memberi faedah untuk jangka panjang.
Sistem ekonomi berdasarkan emas memang lambat untuk berkembang. Itu hakikat yang pendokong dinar dan Dirham kena terima. Namun walaupun lambat berkembang tetapi ia stabil akibat daripada ketiadaan "bubble".

Mahu tak mahu, mungkin ada orang yang tak cukup makan pakai. Almaklumlah budaya menyimpan agak kurang bagi golongan pertengahan dan rendah.

Bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi ada yang tidak mampu.

Jadi saya bongkar balik arkib blog ini juga, iaitu "Subsidi Makanan Rakyat"

Di Amerika, Obama meluluskan "bailout" 787 billion, akan tetapi ianya bukanlah untuk diagihkan kepada setiap batang hidung penduduk Amerika. Bailout itu ialah penciptaan wang baru, kesan inflasinya akan kena tetapi bukan serta-merta. Bailout Amerika itu diberikan kepada syarikat besar yang sebelum ini pun telah menindas rakyatnya. Bank itu, Peminjam ini. Itu yang dapat habuan.

Di Amerika, terdapat bank yang nak muflis, terima bailout, akan tetapi gunakan wang itu untuk bonus pula pekerja atasannya. Amat tidak wajar.

Saya bukan penyokong 'bailout', atau sebarang penciptaan duit samada cetakan atau "duit perkauanan" (accounting money). Akan tetapi kalau duit yang baru dicipta itu dinikmati atau dipinjamkan kepada golongan kaya, korperat, tiada ertinya.

Alang-alang bailout, pukul rata semua orang.

Najib ada pelan rangsangan 7 billion yang duitnya entah dari mana.

7 bilion itu bukan mudah untuk mencipta pekerjaan bagi yang telah kehilangan pekerjaan.

Tetapi, pekerja yang diberhentikan, tetap mahu makan minum.
Anak nak sekolah, cikgu pula suruh beli kertas lukisan.

Alangkah baiknya, kalau pakej rangsangan itu wujud dalam sesuatu yang agak meluas. bukan sektor tertentu sahaja.

Alang-alang cetak duit lebih, cetaklah sampai 16 billion, supaya setiap warga malaysia boleh dapat RM 50 setiap bulan. Anak ramai dapat lebih sikit. Penjaga rumah anak yatim, berasa lega.

Kalau Zety sudah turunkan kadar faedah tetapi tak ada orang nak "meminjam", berikan sahaja "NPL" percuma pada rakyat.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit