Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penipuan

Kena Tipu 22sen "GST Kami Bayar" oleh Mr. DIY

Kedai Mr. DIY mengadakan kempen " GST Kami Bayar ". Kononnya GST dia yang bayar. Ianya berbeza dengan kempen "Harga tak naik selepas GST", sebab Kempen harga tak naik selepas GST tidak membawa maksud "GST Kami Bayar" . Apabila diperkatakan GST Kami Bayar, maka jika sesuatu barang itu, harga tak termasuk GSTnya ialah RM 10 , GST 60sen itu Mr.DIY yang bayar. Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Saya membeli 3 buah cawan berharga "RM 3.90". Tidak dinyatakan di Shelf Label, samada ianya termasuk GST atau tidak. Kebiasannya , harga di shelf label adalah termasuk GST. Jadi. saya beratur dan untuk membayar. Saya tanya pada juruwang, adakah RM 3.90 termasuk GST? dia jawap "Ya". Jadi, GSTnya ialah 22sen Maka harga tidak termasuk GSTnya ialah RM 3.68 Maka saya sediakan RM 3.65 untuk membayarnya. Yang anehnya, tidak meminta tambahan 3 sen atau 5 sen, sebaliknya meminta untuk lagi 25 sen. Maka dipanggilnya superv...

Arif Shah Kena Tipu Oleh Siapa?

Harapnya cerita ini belum basi lagi, kerana Pilihanraya Permatang Pauh sudah berakhir. Ketika awalnya Arif Shah mengatakan dia sedang sambung belajar di Edison University of Technology, secara jarak jauh kononnya di UK. Maka berbanggalah dia mengatakan dia sedang belajar PHD dalam surat khabar pada 14 Ogos. Apabila ramai blogawan mempersoalkan PHDnya, 10 hari selepas keluarnya cerita dia mengambil PHD maka dia pun mengakulah bahawa dia kena tipu . Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu. Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya. Ketika ditemui Malaysiakini , beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti. Agaknya bila dia berhenti?Adakah ketika berita dia mengambilPHD, ketika itu dia masih ditipu? Siapa lagi agaknya yang kena ti...

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan. Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu. Itu yang sering berlaku. Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu. (Melainkan kalau imam itu berbohong) Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya. Kini saya mungkin percaya. Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh. Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dike...