Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel LCD TV

Watt! Watt! Watt! TV?

beberapa hari lalu saya cuba menkaji pemproses komputer. Rupanya pemproses komputer zaman sekarang sudah lebih kurang sahaja. tetapi penggunaan kuasa jadi pemisah. Ada yang 65 watt, ada yang 95w ada yang 125w, malah wujud pula papan induk yang menyokong sehingga 140w. Saya berminat dengan Athlon II X2 250, berdasarkan wattnya yang rendah iaitu 65w. Dengan kos agak rendah, prestasi tinggi dan memerlukan kuasa yang rendah, bagi saya ia pemproses yang agak efisyen. Saya telah menukar lampu kalimantang di bilik kepada 20watt, dan kemudian menukar lampu kalimantang di bilik air kepada mentol 6 watt sahaja. cukup menjimatkan. Waktu malam, ketika semua lampu ditutup, lampu 6watt itu cukup untuk membuatkan rumah masih boleh dilihat walaupun tak terang. Maka terfikir pula saya tentang TV, Ada sesiapa pernah buat perbandingan penggunaan kuasa antara TV LCD dengan CRT? Adakah saiz TV CRT besar lebih menggunakan tenaga? Atau mungkin TV LCD besar lebih menjimatkan berbanding TV CRT ...

TV LCD Besar

Sebelum ini terdapat satu catatan blog Isteri saya mengenai TV besar . Am now in jb. My sister's house is impressive (compared to mine). Love her widescreen tv the most. Kalau kat rumah ada tv ni, pergh heaven seyh! Hairan juga, tang mana yang "Impressive" itu? Mungkin kerana TV yang besar. Sebenarnya, saya jenis orang yang tidak yakin dengan TV besar. Dulu saya pernah membeli TV terpakai 25" kerana takut TV 29" gambar tidak cantik. Apabila TV 29" sudah menjadi popular dan harga jatuh, maka memang banyak TV 29" dipasaran yang agak murah berbanding dahulu, akan tetapi saya cukup takut untuk membelinya kerana tak mahu gambarnya lebih buruk dari TV 25" terpakai itu. TV terpakai 25" itu harganya baru 5xx, kalau digantikan dengan TV 29" yang memburukkan gambar siaran astro, lebih baik kekalkan TV 25". Maka keluar pula 1 versi TV CRT jenis 100Hz, gambarnya agak cantik apabila dipasangkan dengan astro berbanding dengan TV CRT 29" yan...

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada. Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air. 1. Nescafe 2. Espresso Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit. Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya. Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya. Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu . Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja. BABAK Lowyat Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat. Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja. Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar se...

TV LCD 32" yang menggiurkan

Memang menggiurkan bila melihat TV LCD 32" yang kelihatan sekarang banyak dikedai elektrik, Harganya ada yang serendah RM 26xx hingga ke RM 3xxxx. Akan tetapi, TV LCD itu ialah skrin lebar, iaitu mempunyai nisbah 16:9, berbanding dengan TV CRT biasa yang kebanyakkannya 4:3. Untuk makluman, siaran TV tempatan seperti percuma atau berbayar adalah dalam bentuk 4:3. Saya tidak pasti samada wujudnya perancangan untuk menukar nisbah siaran tv tempatan ke 16:9 atau tidak. Secara kasar, TV 32" adalah kelihatan lebih besar dari TV 29". Tunggu seminit ya, Di dapati bahawa ketinggian skrin pada TV 29" 4:3 adalah hampir 2 inci lebih dari ketinggian skrin TV 32" 16:9. Walaupun TV 32" 16:9, lebih lebar dari TV 29" 4:3 sebanyak hampir 4 inci, ianya amat tidak sesuai untuk menonton siaran TV tempatan, kerana gambar akan mengembang jika skrin penuh. Jadi untuk dapatkan gambar yang cantik, pengguna TV 32" itu perlu menetapkan nisbah aspek kepada 4:3, dan ia kan m...