Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Thailand

Cadangan Untuk Memastikan Keamanan di Selatan Thai

Nampaknya kerajaan Thai telah gagal menjaga keselamatan orang Islam di Patani, oleh itu saya mencadangkan perkara berikut untuk tujuan kedamaian di Selatan Thai. 1. Tentera Malaysia pula berkawal di kawasan itu selama 150 tahun. 2. Tentera dan Polis Thai tidak boleh memasuki wilayah itu selama 150 tahun. 3. Kerajaan Thai perlu membayar ufti sebanyak 50 aun emas setahun kepada Kerajaan Malaysia sebagai upah kepada Tentera Malaysia. 4. Sains dan Matematik  diajar dalam Bahasa Siam, selaras dengan dasar kerajaan Malaysia menggunakan bahasa penjajah dalam 2 matapelajaran itu. 5. Perdana Menteri Thailand akan dilayan dengan penuh kemasyuran sekiranya datang melawat 3 wilayah itu.

Fotani Darussalam

Saudara rational thinker telah memperkatakan orang patani lebih suka mengganggap diri mereka siam .... Pada pandapat saudara bendol sebol , org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam. Namun, setelah membaca sendiri tulisan orang patani yang memperjuangkan kemerdekaan banyak kali mereka mengatakan mereka melayu dan juga banyak kali mempersoalkan kenapa Negara Melayu tidak menolong mereka. Petikan daripada Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri : Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar.(Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.) Petikan daripada P...

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...

Rizab Emas Bank Negara

Pernah suatu ketika dahulu, saya terbaca bahawa rizab emas Bank Negara berkurang secara drastik ketika menyelamatkan ekonomi negara pada krisis 1998 dahulu. Apa bila saya cuba mencari kembali URL itu, saya tidak jumpa berbezaan jumlah Rizab Emas Bank Negara sekarang berbanding sebelum krisis. Maklumat laporan Bank Negara hanya menunjukkan jumlah gabungan rizab emas dan Matawang asing. Ia bertambah dari tahun ke tahun. Tahniah Bank Negara. Jadi, jika berlakunya krisis ekonomi dunia yang seterusnya , Adakah kita cukup rizab emas? Maka saya cari kembali, berapa rizab Emas Bank Negara Malaysia, maka saya jumpa di gold.org. Rizab Emas Bank negara kekal pada 36.4 tan dari tahun 2000 hingga kini. Namun Nilainya bertambah dari, USD 332 billion kepada USD 734 billion (2006), akibat dari kenaikan emas dan penurunan USD. Jadi kita dapat USD 412 bilion percuma. OK kita banding dengan negara jiran Thailand. Tahun 2000, mereka adaRizab emas 72.7 tan bernilai USD 634 tapi Disember 2006 mereka ada ...

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia

Memang senang sahaja "peminat" bolasepak Malaysia nak suruh Presiden dan Setiausaha agung letak jawatan. Dan memang mudah sahaja untuk sesiapa menyuruh Kerajaan menghentikan penggunaan helikopter Nuri setelah terhempas. Itulah hakikatnya bagaimana orang Malaysia memberi komen. Dengan cara berfikiran singkat. Ubah sahaja semuanya. Tetapi adakah ia akan menyelesaikan masalah? Ketika Alan Harris menjadi jurulatih dahulu, walaupun bagi saya ketika itu Pasukan Malaysia agak kuat, tempat kedua sukan sea tahun 2001, namun, masih tetap kena kondem oleh "peminat" bolasepak tempatan. Apabila Batalan Beskei (betulkah ejaan aku), Pasukan Malaysia masih lagi kuat, piala tiger dapat nombor 3, walaupun tanpa Indra Putra dan Akmal Rizal. Tapi itupun kena kondem. Apabila Beskei ditamatkan perkhidmatannya apabila gagal memilih ahli untuk bawah 20, K. Rajagopal pun mengalami masalah yang sama. Aku sebenarnya smpati dengan nasib pemain bolasepak kita, mereka bagus, tetapi kurang semang...