Apabila PakLah mengumumkan barisan kabinetnya yang baru, maka ramailah blogger yang memberi komen tentang barisan itu. Ada yang mengkaitkan dengan bilangan wakil dari negeri , Ada yang mengatakan ianya lemah , Ada yang mengatakan negara akan tergadai kepada Singapura , Ada yang mengatakan ianya umpama pesta cantas mencantas . Ada pihak menggesa supaya Barisan Rakyat menyenaraikan Kabinet Banyangannya, (lupa URL). Dan saya sendiri cuba mendraf barisan Kabinet Bayangan dikalangan pemblog Beras Padu . Mari kita lihat, Apa yang sebenarnya PakLah cuba lakukan. Walaupun ramai yang memperkatakan Kabinet itu tiada orang Najib, maka saya persetankannya kerana bagi saya ia hanyalah Kabinet Sementara. Kita boleh lihat bagaimana beberapa kementerian baru diwujudkan selepas pilihanraya 2004, untuk meramaikan bilangan menteri. Setelah selesai pilihanraya 2008, Bilangan Kementerian tidak bertambah, akan tetapi bilangan Menteri dan Timbalan Menteri bertambah. Seolah-olah "Taraf Menteri" itu ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca