Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi. Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos. Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil? Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha? Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak. Banyak syarikat minyak yang menggunakan sistem pesanan automatik untuk pengusaha minyak jenama mereka. Dalam erti kata lain, mereka TIADA HAK untuk mengawal stok mereka. Saya tidak sebut jenama, pandai andailah cari. Sekiranya mekanisme penetapan harga minyak bulanan dilaksanakan pada setiap hujung bulan, Syarikat minyak boleh buat kelonggaran supaya pengusaha boleh membuat pesanan secara manual supaya kalau pengusaha rugi, itu atas kawalan pengusaha bukan atas kaw...
Ayhd Yang Hendak Dibaca