Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel google+

Kenapa pula Meta promosikan Google Cloud? (cerita GTM)

  Aku nak cerita benda menarik aku jumpa semalam. Tak sangga  Meta for Business  cadangkan pelanggan dia (pengiklan) suruh guna perkhidmatan Google Cloud. Asalnya aku nak letak tag pixel fb woo commerce. memang dia ada cara manual, salin tag itu, masukkan ke page. Tapi aku pula nak guna GTM, Google tag manager, Konsepnya mudah , hanya guna 1 tag sahaja untuk semua tag. Konsep mudah, tapi nak setup tak mudah. Kalau nak setup produk Google seperti GA4, Google Ads , macam nak pecah kepala juga. Tapi rupanya kalau setup produk lain di GTM, dia mudah pula , dia boleh kasi akses pada pihak ke 3 untuk ubah suai GTM kita. Jadi ikut pengalaman aku, tiktok Ads paling senang nak setup, tapi bahaya. ada banyak kes, akaun google ads kena ban selepas masukkan tiktok tag ke GTM. Kembali ke facebook pixel. berdasarkan pengalaman lama, facebook pixel memang lembab. 2019 dulu aku pernah buat ujian, facebook pixel jadi lebih lembab sebagai tag sendiri daripada menumpang di GTM. Jadi aku gun...

Mentafsir ayat 'Sila Google sekian' daripada 2 sudut pandang

Sila google "bla bla". Memang selalu kedengaran ayat sebegitu, diungkapkan oleh ramai orang. Boleh ditafsir beberapa kaedah. Dalam sesetengah situasi, apabila  seseorang bertanya sesuati, maka mungkin akan ada jawapan supaya suruh 'google'. Ada beberapa kemungkinan, pertama, mungkin dia tak tahu jawap, dan suruh orang "RTFM" dengan mudahnya menyuruh orang Google. Kemungkinan kedua ialah, seseorang itu adalah peminat Google. Dia pernah 'google' perkataan itu, dan pernah menjumpai banyak maklumat yang releven dengan penyelesaian masalah itu.  Jadi jawapan terbaik untuk membantu seseorang menyelesaikan maslaah atau menjawap persoalan ialah "Sila google perkataan sekian sekian". Jawapan "Sila Google", adalah tidak friendly bagi bukan peminat Google. Mungkin dia orang Facebook. Bagi orang yang bergelumang dengan Google, hari-hari monitor katakunci, maka Hasil carian pun sudah melekat dalam kepala otak. Minggu lepas baw...

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS. Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan. Kelantan... Sempadan Kelantan Pahang... Pahang, tidak jauh dari Temerloh: Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku. Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir. Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah? Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan. bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama. Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya. Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan. Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna. Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa,...

Gen Y tidak kisah privasi?

Selalu saya perhatikan, sudah menjadi kebiasaan zaman ini, apabila seseorang itu ingin menjual sesuatu, atau nak beri sesuatu, mereka minta no telefon atau emel ditulis diruangan komen. Yang menghairankan ialah mereka terus kasi. Walaupun ianya berada didalam sesuatu group yang bersifat awam 'public'. Semua boleh nampak. Alamat emel saya, pun saya asingkan daripada diketahui umum. Jadi yang kenal sahaja atau yang berurusan sahaja yang tahu. Syarikat Facebook pun tak tahu. Oleh sebab dulu nak daftar facebook , memerlukan emel, maka saya buatkan satu emel khas untuk dilacurkan kepada facebook, iaitu dilacurkan@yahoo.com. Untuk urusan web lain, saya ada emel lain. Guna untuk daftar2 aplikasi-aplikasi web. Google memang tahu alamat emel saya yang sebenar sebab dia yang keluarkan. Apa yang menariknya tentang emel google saya ialah, sepanjang beberapa tahun saya menggunakannya, Langsung tiada spam. Memang Google tak spam. Sampai 1 ketika, media sosial baru wujud...

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru. Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru. Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga. Sekarang musim tiru Lazada Zalora. Hmmm Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru. Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat. Cara mereka iklan C...

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit, Asalnya Google memang tak index /search/label/tudungcapkaki  Jadi... caranya ialah... buka blogger.com -> Setting -> Search Preference. Enable custom robots.txt content? jadikan Yes buka anda punya robots.txt contoh : tudung-cap-kaki.blogspot.com/robots.txt copy semua Paste balik ke tempat untuk letak custom robots.txt cuma baris yang ada "Disallow: /search" tukar jadi Disallow: /kelaut  save. jadi dia akan jadi macam ni http://hasbullah.pit.my/robots.txt ruangan sitemap tu boleh ubah, cuma aku tak pasti mana satu OK yang dia kasi /sitemap.xml atau yg versi /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 Nak play safe, boleh hantar ke dua-dua ke Google Webmaster Tool. Hasilnya akan jadi macam ini, /Search/label/blablabla turut diindeks. Apa kelebihannya? Adakalanya anda memang mahu pelawat masuk ke sesuatu label, sebagai contoh Rantai Tangan di emas9...

Foursquare untuk makan

Foursquare zaman ini memang sudah kurang digunakan, Ramai yang boleh check in menggunakan media sosial lain seperti Google+ dan Facebook. Namun bagi saya ianya masih berguna untuk 1 perkara iaitu, iaitu kalau pergi 1 tempat yang kita tak pernah pergi. Kita boleh dapat jumpa tempat makan sedap, yang biasnaya sedap. Cara mudah. Buka foursquare, (kena pasang dulu di peranti mobile kalau belum pasang). GPS hidup, Cari "Food". Maka dia akan cadangkan beberapa tempat. Biasanya ada ulasan menarik, kadang2 ada cakap "mee rebus sedap" dan sebagainya. jadi pilih salah satu. klik peta, dan peta itu boleh dibuka menggunakan waze atau GoogleMapMobile untuk sampai ke situ. Biasanya memang sedap. Jadi boleh makan sedap secara 'supprise'.

Mengurus apa yang telah ditulis

Mengurus apa yang telah ditulis , Apa punya tajuk da... Seketagihan pada Facebook beberapa tahun lalu, saya banyak hilang apa yang telah ditulis. Nak cari semula, aduh, kena sroll bawah bawah, kandungan sudah bercampur baur dengan benda kita forward, benda kita merepek. Agaknya Facebook nak suruh kita tulis semula apa yang kita pernah tulis? Macamlah kita tidak pernah lupa. Tetapi, nasib baik ada Google, google boleh bantu kita cari apa yang kita pernah tulis, tetapi yang ditulis di Facebook, memang sukar untuk Google index. Google Custom Search, dibina untuk memudahkan orang mencari kandungan sesuatu laman web, tetapi kita boleh salah guna untuk mencari semula apa yang kita pernah tulis. Dengan syarat jangan tulis di Facebook. Ini tetapan GCS saya ... Maka boleh cari kandungan blog, Google+ , Twitter , isih mengikut tarikh. Jadi, tak adalah, 2,3 minggu lepas punya posting pun kita sudah tak jumpa. Namun, Carian  di Blog lebih diutamakan, maka saya buat satu ...

Emel/Whatsapp : Remember, you’re a router - EricSchmidt

Saya terbaca artikel yang dipetik daripada buku HowGoogleWorks . , tentang bagaimana nak mengurus emel  oleh EricSchmidt. Nampak macam lebih kurang berkait sedikit dengan Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain OK Google, sambung menaip.. Perkana no 3 When you open a new message, you have a few options: Read enough of it to realize that you don’t need to read it, read it and act right away, read it and act later, or read it later (worth reading but not urgent and too long to read at the moment). Choose among these options right away, with a strong bias toward the first two. Remember the old OHIO acronym: Only Hold It Once. If you read the note and know what needs doing, do it right away. Otherwise you are dooming yourself to rereading it, which is 100 percent wasted time. If you do this well, then your inbox becomes a to‑do list of only the complex issues, things that require deeper thought (label these emails “take action,” or in Gmai...

Berbelas tahun dengan Extreme Tracking

Saya sebenarnya memang lambat untuk guna Google Analytic. Sebabnya, kalau tak salah, sejak 1999 sudah guna extreme tracking, dulunya "extreme-dm". Memang mudah nak tengok. Akan tetapi bila zaman mobile tiba, saya agak pelik kenapa pelawat tak ramai, rupanya kalau buat set mobile untuk blogger, tag extreme tracking tak kelihatan. Maka saya gunalah Google Analytic. Itu pun agak terkial-kial. Memang maklumat yang Google Analytic beri tu bagus, cuma saya sudah terlalu lama dengan exreme-tracking.com, sudah sebati dengan sel otak. Jadi laman blog ini masih menggunakan mod berasingan untuk mobile dan web, jadi data yang Extreme Tracking kasi itu memang salah.  Boleh tunjuk versi web sahaja. Nak dijadikan cerita, saya melakukan " Langkah Sevida ", iaitu menukar template yang responsif pada laman blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau .  Maka bolehlah digunakan sekali dengan tag extreme-tracking itu. Gembira sungguh, penuh gambar Android di ruangan OS. Belu...

Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau   yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau   Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit. Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian. Jadi memang ianya memberi kesan. Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking. Apa pun, pembaca yang budiman sekalian. Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini. Anda hensem.

Ramai Orang Malaysia Sakit Gusi (sebab Maggi?)?

Analisa daripada Google, yang biasanya anda panggil "Ustaz Google", menunjukkan peningkatan tinggi tentang sakit gigi pada 2013 ke atas. Saya memang tidak google "sakit gusi", sebab saya sudah biasa tahu, kalau sakit gusi sebab makan maggi. Tapi sekali sekala makan juga. Kalau anda sakit gusi, cuba anda imbas kembali, semalam ada makan magi atau tidak. Adakah rakyat Malaysia kini kesempitan hidup sehingga makin ramai makan maggi? Atau mungkin sebab lain?

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan. Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai. Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan, Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat. Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn. Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  ,  Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3 Saya bukan nak iklan ubat kuat. Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun. Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi. Cuma pengiklan tak suka kena tipu. Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjun...

Sajak : Benci Rindu Facebook Ads

Hati ini bercampur baur, Aku benci, tapi kadang kalanya rindu. Bila kuselak, Tanggal 29 November 2010, Bermulanya hubungan. Aku dan Facebook Ads... Bil pertama, 6 disember 2010. Masihku ingat Bank telefon Kenapa ada Facebook dalam bill? Bayar ke siapa? Aku pun jawap "facebook" Ditanya lagi "Facebook mana"? Aku pun jawap "facebook" "Syarikat Facebook tu" Mungkin zaman itu, tiada orang bayar ke "Facebook" Tak lama selepas itu PRK Merlimau. Guna Fb Ads.. Entah mengapa aku tak faham Yuhaizad nak padam Page itu. Walhal dia yang bertanding, Suka hati dia lah... Masa berlalu, keakraban makin erat. Teringat lagi, terpaksa cari Artis Tamil untuk iklan Deepavalee. Masa Berlalu lagi, Facebook makin kedekut. Makin kedekut, Tahi hidung masin. Iklan masih boleh jadi murah, tapi impak sudah tiada. Kedekut pada fanpage. Kalau dulu 1 engagement, boleh lama sikit orang nampak di time line. makin lama makin singkat...

GST ... Rakyat tak perlu tunggu Pakatan Rakyat lagi .. Mari fikir perisian

Akta CBP/GST telahpun diluluskan pada April yang lalu, telah diwartakan pada jun 2014. Rakyat yang sebelum ni berharap, pada pakatan rakyat untuk mengagalkan Akta CBT/GST, sebagai mana dahulu Pakatan Rakyat berjaya mengengekang kenaikan harga minyak. Tapi bab GST tidak bersungguh-sungguh. Agak pelik juga, GST telah diketahui seawal 2013, dibentangkan di Parlimen pada April, tetapi merancang demo besar besaran pada 1 Mei. Atas sebab apa nak tangguh demo sehingga selepas lulus, saya pun tak tahu. Adakah sebab nak sekalikan dengan penyokong sosialis nak sambut Hari pekerja? Atau terpengaruh dengan Sosialis? Adakah Pekerja sahaja yang kena GST? Para peniaga kalau masih lagi menunggu Pakatan Rakyat berjaya hapuskan GST, maka banyak keputusan perniagaan (business decission) tak dapat dibuat. Masa berlalu. Ketika rakyat baru sedar nak bantah GST, Ruang berita ditukar ke cerita "Langkah Kajang" dan kemudiannya "Sinetron MB Selangor". Satu langkah yang dib...

Petua Google+ : Cara autobackup gambar terus ke Page G+

Tips Page Google+ --- Biasanya kalau anda buat page, anda login guna akaun sendiri kemudian anda masuk ke page. Autobackup pada telefon akan  masuk ke ke akaun anda, jadi susah sedikit untuk share kalau begitu. Jadi anda boleh buatkan login khas untuk page anda. Log masuk ke Google My Business dan pilih halaman yang nak diurus . Klik ikon Gear  " Edit " dan pilih Settings . Cari " Third-party tools " dan tetapkan katalaluan. Jadi boleh terus set login yang diberi dengan katalaluan baru itu sebaai tetapan autobackup/autosandar di telefon/kamera anda. Your page's username is: blablablablablabla@pages.plusgoogle.com

Terima Kasih Google

Terima kasih kepada google yang akhirnya menyediakan terjemahan dalam talian untuk bahasa Melay u. Maka dengan itu, terbukalah ruang inovasi kepada pengguna Bahasa Melayu untuk mengintegrasikan web atau kandungan tempatan dengan google Translate. Apa yang saya terfikir sebentar tadi ialah mungkin perlu ada... Wiget Blogger.com supaya kandungan Bahasa Melayu mudah diterjemahkan ke Bahasa lain. Pautan khas di Bar Alatan Firefox supaya pengguna boleh terus menterjemah apa-apa kandungan ke Bahasa Melayu. Integrasikan Beras Padu supaya pembaca boleh pembaca kandungan Inggeris atau Mandarin dalam Bahasa Melayu Sesuatu yang berkaitan dengan Antaramuka Baris Arahan Sesuatu yang berkaitan dengan GNOME? Apa lagi?

Google/Blogger Menterjemah "Malay" sebagai "Bahasa Malaysia"?

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Catatan lama: Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Google, satu syarikat Internet yang tersohor, sendiri mengakui kepentingan bahasa untuk meningkatkan penguasaan pasaran kawasan tertentu . Menurut Ceft, kajian terperinci perlu kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat untuk menguasai sesebuah negara berdasarkan kefahaman syarikat terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka. Katanya, tabiat pengguna melayari Internet amat berbeza daripada satu negara dengan negara lain kerana ia adalah berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. ''Kadar penembusan kami di sebahagian pasaran dunia ini bergantung kepada sejauh mana kami memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat," ujarnya. Alangkah malunya kita, apabila kajian mereka untuk memahami bahasa melayu, menunjukkan orang melayu suka membuang bahasa demi teknologi atau sebab lain.

Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu

Asalnya topik catatan blog ini ingin kujadikan sebagai " Tok Mudin yang bijaksana " akan tetapi ia kelihatan seperti mengampu pula. Baru-baru ini, akibat daripada Tsunami politik, maka banyaklah blog politik yang timbul. Adakah ia baik atau tidak? Tidak ramai blogger yang baru timbul itu benar-benar menyuarakan pendapat sendiri, akan tetapi lebih kepada kegiatan salin dan tepek artikel lain. Adakalanya sampai ke tahap tiada pautan tetap. Walaupun Ia seolah-olah kelihatan baik untuk Pakatan Rakyat, lama kelamaan ia akan menjadi duri di dalam daging Kerana suara asal blog itu, berita asal blog itu ditenggelamkan oleh artikel salin/tepek itu. Siapa nak baca blog Dewan X Kawasan Y kalau semua artikel didalamnya telah pun dibaca di Harakah atau media lain? Akan tetapi suara asal atau kenyataan rasmi atau aktiviti Dewan X Kawasan Y itu tidak kelihatan. Mungkin atas sebab, pengendali blog Dewan X Kawasan Y ingin pengunjung membaca artikel itu, maka iapun ditepekkanlah. Pengunjung b...