Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dirham

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread.  Aper perbezaannya Jawapan saya: Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat. Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya. Ambil contoh situasi hari ini. Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik) Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613) Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x) Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g. Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar, Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah 138.18*0.916*4.25=537.93 Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar. Kerana ianya harga emas mentah. Katak...

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham? Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah. Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya" Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham. Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank". Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank. Jadi apa penyelesaiannya? Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham. (contoh tong "Petty Cash Dirham") Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS. Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260. Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit. Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada...

Ayo Mulai! Kempen Menderma Dirham ke Masjid Setiap Jumaat.

Ayo Sertai Kempen Mula Menderma Dengan Dirham Pada Hari Jumaat Di Masjid Muka Depan 1 Dirham Muka Belakang 1 Dirham Setiap hari jumaat, mulai hari ini, dermakan satu dirham setiap kali solat jumaat di Masjid. Ini bertujuan untuk mengedarkan dirham kepada masyarakat sambil beramal. Saya faham ianya memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, kita bukannya boleh bawa emas dan perak sampai ke kubur. Maka gunakan daya ekonomi tuan puan, beli dirham banyak-banyak dan dermakan. Samada pihak masjid faham atau tidak tentang dirham dinar, ianya akan difahami jua satu masa nanti. Mana-mana AJK Masjid yang berada di Melaka, boleh perolehi Buku "Dinar Emas dan Dirham Perak" tulisan Sheikh Imran Hussien, secara percuma daripada saya. Tapi pemilikannya adalah milik Masjid, bukan milik AJK. Kiriman Blog di sana-sini KEMPEN: Jom Derma Dirham Ke Tabung Masjid - RP Gold Trading / Putremas Kempen menderma di Masjid menggunakan Dirham - Jutawan Dunia Emas (kirima...

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru. Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi. Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri. Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak. Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15. Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin har...

Berita Baik Buat jed Yoong, Seminar Dinar Emas /Dirham Perak

Saya petik dari blog dziauddin Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Dinar Emas (DINAR '09). Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 21 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 9 pagi - 5.30 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah Pembentangan kertas kerja oleh : 1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan 3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo , Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar 4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim    Yuran penyertaan RM50 sahaja!!! (Mahasiswa hanya RM35) PENYERTAAN DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA DAN PENSYARAH UNIVERSITI. PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN.... Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014 Emel - dinar.pmkum@gmail.com Sumber: ...