Apa yang diperjuangkan oleh Suhaizan, Kamaruzzaman, Mohzaid, Suhaimi dan seluruh pasukan PACA Undi Pos PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N31 yang lalu bukanlah sekadar mahu memenangkan PAS sahaja. Suhaizan telah menyediakan satu laporan yang jelas menunjukkan ketidakadilan itu berlaku. Samada PAS menang atau tidak undi Pos di Bagan Pinang adalah bukan persoalan utama. Soal pertama ialah keadilan politik dan hak mengundi tentera. Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya. Anda perlu baca laporan itu di sini . Sejak dari awal PAS tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memang undi pos, dan memang tidak menang pun. Jadual pertama jelas menunjukkan bagaimana PAS tidak mendapat sebarang undi pada peti 14,15 dan 16...
Ayhd Yang Hendak Dibaca