Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blogger

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit, Asalnya Google memang tak index /search/label/tudungcapkaki  Jadi... caranya ialah... buka blogger.com -> Setting -> Search Preference. Enable custom robots.txt content? jadikan Yes buka anda punya robots.txt contoh : tudung-cap-kaki.blogspot.com/robots.txt copy semua Paste balik ke tempat untuk letak custom robots.txt cuma baris yang ada "Disallow: /search" tukar jadi Disallow: /kelaut  save. jadi dia akan jadi macam ni http://hasbullah.pit.my/robots.txt ruangan sitemap tu boleh ubah, cuma aku tak pasti mana satu OK yang dia kasi /sitemap.xml atau yg versi /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 Nak play safe, boleh hantar ke dua-dua ke Google Webmaster Tool. Hasilnya akan jadi macam ini, /Search/label/blablabla turut diindeks. Apa kelebihannya? Adakalanya anda memang mahu pelawat masuk ke sesuatu label, sebagai contoh Rantai Tangan di emas9...

Profil Google+ atau Profil Blogger?

Hari ini ada kepelikan berlaku, entah macam mana pofil untuk update emas, sudah jadi kepada profil blogger. Tapi masih ada opsyen untuk kembali ke Google+ . Yang itu memang memerlukan profil sebagai google+ sebab nak orang turut follow di Google+ . Tapi untuk profil peribadi, kalau profil blogger rasanya lebih sesuai kalau kita selalu komen blog orang. Kalau kita guna profil Google+ , orang tak jumpa blog kita. boleh jumpa tapi kena cari di ruangan "About". Yang profil emas tu memang jarang untuk guna untuk komen blog orang, so biarlah dia Google+. Pening juga nak putuskan mana satu OK, Kalau di Profile Google+ say a ada terpampang pautan besar2 ke blog, mudahlah sedikit. Cuma, kalau guna profil blogger, kena share secara manual setiap kali pos blog.

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan. Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai. Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan, Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat. Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn. Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  ,  Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3 Saya bukan nak iklan ubat kuat. Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun. Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi. Cuma pengiklan tak suka kena tipu. Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjun...

Seminar RM 5, RM 10

Macam macam seminar saya pernah datang. Ada yang percuma. Ada yang kena bayar. Ada yang kena bayar termasuk penginapan dan makan minum. Ada yang tak kena bayar, kemudian dapat makan. Sebagai contoh, Seminar Umar Vadillo di UPM. Bukan calang-calang orang. Pernah juga saya pergi "Talk" oleh John Gage (Sun Microsystem), percuma & dapat makan percuma juga. Pada seminar Dinar Emas di UiTM Segamat, sudahlah percuma, dapat makan bersama penceramah, Dr Halim. Masa itu, pelajar biasa tak dapat makan. Ada pula seminar yang percuma, tetapi tak dapat makan. Ada seribu satu jenis. Pernah juga ada seminar, nak bentang pun kena bayar. Biasanya dunia akademik sebegini. Kalau tak salah dulu, saya bayar RM 150 untuk bentang pada Seminar "Sumber Terbuka di Sekolah" anjuran UPSI. Akan tetapi kalau dalam PAS, kebiasaannya seminar, yurannya RM 5 atau RM 10. Kadar lebih kurang piawai. Adakalanya, MTD atau cawangan taja ahli untuk pergi ke seminar. Ada ...

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru. Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat. Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu. Contoh di facebook: contoh di Multiply. Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada. Jadi apa penyelesaiannya? Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog. Daripada mana datangnya gambar itu? Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web , Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda. Sekiranya anda ada 4 ...

Tutorial : Menambah 'chatbox' Google Friend Connect di Blogger.com

Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat ideologi 'chatbox mesti ada di blog'. Akan tetapi saya tertarik dengan konsep google friend connect. Sebelum ini saya banyak melihat laman blog yang menyediakan senarai ahli google friend connect di blog masing-masing. Ianya biasanya dikenali sebagai 'follower'. Blog Kedahlanie , cukup ramai ahlinya, akan tetapi apa ahlinya boleh buat? (ketika ini ada 263 ahli) Disebabkan saya sendiri, sebelum ini tidak pasti apa follower ini boleh buat, maka saya tidak meletakkan senarai 'follower' di blog saya. Akan tetapi saya menjumpai bahawa 'follower' boleh memberi komen. Dengan meniru Petaling Street Baru , Beras Padu menyediakan medium borak sebegitu. Untuk maklumat petaling street & Beras Padu tidak menggunakan enjin Blogger.com. Di situ letaknya keindahannya. Ahli yang ingin menyertai google friend connect tidak diwajibkan untuk mempunyai akaun blogger.com, beberapa jenis autentikasi lain juga boleh l...

Google/Blogger Menterjemah "Malay" sebagai "Bahasa Malaysia"?

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Catatan lama: Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Tutorial Menggunakan alamat namaanda.via.my di Blogger.com

Laman blog saya beralamat hasbullah.pit.my, nama domain ialah jenis berbayar. Namun, terdapat cara, supaya alamat blog anda (yang menggunakan platform Blogger) menggunakan alamat lebih pendek secara percuma. sebagai contoh melaka.via.my , khalid-samad.via.my , tanpa perlu menukar platform blog anda. Bahagian Pertama ZoneStrainst Mula-mula sekali, daftar di zonestraits . logmasuk. "Add from Available domain" masukkan nama yang anda mahukan itu, check availablity, dan Teruskan mendaftar. Dalam tutorial ini, contoh ialah debat-rakyat.via.my Kemudian. Kemudian klik pada nama domain itu, dan save service kemudian pilih " DNS Management " pilih CNAME dan masukkan " ghs.google.com " Add record. Siap bahagian pertama. Belum siap lagi. Si atas permintaan solehpolysas untuk membolehkan www.solehpolysas.via.my boleh digunakan untuk membaca blog. Maka perkara ini ditambah. Klik pada domain yang dicipta tadi, dan klik subdomain . (Kalau ikut hukum DNS ia bukan sub...

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama. Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet". Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama. Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru". Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot). Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot) 1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element" 2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript Salin dan tepekkan teks di atas. dan kemudian simpan. Siap. Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Tips Blogger: Membaca mengenai "Bakaq"

Ramai orang belajar buat blog, tapi tak ramai belajar baca blog dengan berkesan. Di sini saya ingin memberikan tip bagaimana mendapatkan catatan blog yang berkaitan dengan penangkapan Penarik Beca / Bang Bakaq. masuk http://blogsearch.google.com taip " bakaq ". Anda mungkin boleh langgan RSSnya DAN taip " Beca " dan anda juga langgan RSSnya Pengguna firefox versi 2 dan ke atas hanya boleh terus klik pada 2 pautan RSS di atas untuk mengetahui siapa lagi yang bercerita tentang penangkapannya.

Seminar Bloggers PAS Melaka, Berjaya atau Tidak?

Kalau dikira dengan bilangan peserta, ianya agak ramai. Kalau dikira daripada kepuasan peserta, mungkin Ya mungkin tidak. Bagi sesiapa yang belum tahu berblog, mungkin ianya satu platform yang memuaskan. Bayar RM 5 dapat 2 buku, dapat belajar. Bagi siapa yang sudah ada blog, mungkin bagi dirinya ingin tertanya-tanya, siapa lagi yang sudah ada blog, saya nak kenal. Mungkin siapa yang sudah ada blog ingin kan sesuatu yang lebih. Mungkin itu pengisian babak ke 2 Seminar Blogger PAS Melaka. Yang paling mengembirakan saya ialah kehadiran Prof Hamirdin , datang dari jauh, terus balik kampung. Perbezaan orang yang cintakan ilmu dengan tidak, ialah kesanggupan untuk datang dari jauh untuk sesuatu majlis ilmu. Saya banyak meluangkan masa untuk menunjuk ajar Fauzi, yang saya harapkan akan menjadi blogger tersohor, berdasarkan satu tulisannya yang menyentuh nasib pekerja . Jemput baca: Ulasan Angkasanuri Ulasan Mutaligat Ulasan Prof Hamirdin

Tip Blogger: Tajuk Pada Catatan Blog

Peraturan utama ialah Catatan Blog mesti mempunyai Tajuk. Seandainya Bentuk tulisan pada susunatur blog itu tidak membuatkan tajuk catatan kelihatan besar, Sila jangan letak tajuk pada kandungan blog dengan tulisan besar dan membiarkan ruangan tajuk kosong. Sebaliknya, jika mahukan tulisan pada tajuk besar dan mengikut warna yang disukai, Sila ubah suai di tetapan "Layout : Font and Color". Jika masih lagi tidak menepati citarasa, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar CSS berdekatan. Sekiranya catatan blog tidak mempunyai tajuk di ruangan tajuk, Blog masih kelihatan baik pada pelungsur web, akan tetapi ia akan kelihatan terlalu buruk apabila dibaca boleh pembaca rss. Peraturan ke 2. Tajuk Catatan blog tidak boleh ditulis dalam HURUF BESAR . Saya tahu ramai orang yang mungkin tidak bersetuju, kerana sebab apa entah. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu (atau orang Melaka?)suka menulis huruf besar pada tajuk. Huruf BESAR sesuai digunakan untuk menonjolkan sesuatu, HURUF ...

Top Commentators Blogger berdasarkan bilangan ulasan terkini

Entah mengapa apabila mudin001 menyenaraikan pengulas blognya pada bulan lepas , saya agak tertanya tanya, mengapa di platform blogger tidak boleh berbuat demikian. Kemudian saya terkenangkan wujudnya wiget top commentator untuk blogger yang menggunakan Yahoo!Pipes, Akan tetapi ianya akan mengambil terlalu banyak data sehingga pengulas yang tidak aktif pun akan nombor 1. Oleh itu saya ubahsuai Yahoo!Pipes itu daripada mengambil data dari 5000 ulasan terakhir kepada berapa ulasan yang kita suka. Nilai default adalah 200, Maka jadilah Yahoo!Pipes saya. dengan mengambil kod dari kak jie , maka saya jadikan dia tutorial ringkas. <script type="text/javascript"> function pipeCallback(obj) { document.write("<ol>"); var i; for (i = 0; i < obj.count ; i++) { var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'"; var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a...

Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

Ini adalah sambungan artikel kepada " Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" Akan tetapi menggunakan kepakaran " bakaq a.k.a. ~penarik beca " yang mempunyai anak yang rajin berSMS . Sebab musabab mengapa perlu wiget ini adalah untuk memperitahu pengunjung apa yang kita sudah baca , menyukainya dan ingin berkongsi kepada pengunjung. Langkah-langkah Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca 1. Salin alamat pautan bagi RSS PUBLIK VIA BAKAQ . (copy link location) 2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/view/ 3. " Add Subscription " dan tepekkan URL RSS PUBLIK VIA BAKAQ . Tandakan catatan blog menarik yang anda ingin kongsikan menggunakan "share" di bahagian bawah sesuatu artikel. Di ruangan " Your Shared item ", akan ada satu pautan " Put a clip on your site or blog " untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda. Cara ini adalah lebih baik jika anda memang menyukai blog pilihan Penari...

Permalink, Blogger PAS , Tranungkite dan sekutunya

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel. Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber. Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini? Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel. Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite . Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/ dan bukannya http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal. Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan...

TODO

Buat pertama kalinya tulisan pada tajuk catatan blog adalah dalam huruf BESAR. Kebiasaannya dalam budaya sumber terbuka, satu fail bernama "TODO" ada dalam bebola tar (Tarball) kod sumber. Kini TODO adalah untuk menyenaraikan apa yang saya perlu lakukan untuk blog ini. 1. Ubahsuai templat supaya ada ikon blogger keluar bila pengulas menggunakan akaun blogger. Bertujuan untuk membezakan antara 2 "faisal". 2. Wujudkan butang ulasan dibawah. 3. Ubah tajuk catatan blog supaya tajuk di hadapan nama blog. 4. Tambah "Tag Petaling Street" 5. Reka cipta "Tag Beras Padu" 6. tandabuku sosial (opsyenal) 7. Fikir adakah chatbox releven. 8. Tambah wiget google-analytic, 9. Iklan 468x60 yg bertukar-tukar 10. cuba figureout "awanan tag" yang dihos diluar. 11. wiget pengulas strangecharm, pengulas Ustaz Kamal. 12. reka cipta wiget beras padu, supaya keluar tajuk top 10. 13, lokalisasikan templat. 14. Curi blogroll dari beras padu (kini blogroll itu di...

Jangan keliru

Cara ini , atau cara ini hanyalah untuk pelawat boleh melihat blog yang tidak dibuang iklan advertletsnya. Bagi pemblog, anda perlu membuang sendiri iklan advertlets anda. Jadi, pada pengguna blogger, oleh kerana anda tidak boleh logmasuk dari blog anda. Anda perlu log masuk dari blogger.com untuk buang iklan itu. Setelah buang iklan advertlets di blog sendiri barulah anda guna Cara ini , atau cara ini untuk melawat blog orang lain termasuk blog orang lain yang belum buang iklan advertlets.

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini. Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag" Apa gunanya Tag Petaling Street itu? Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain. Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain. Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia". Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street " Hindraf " akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf. Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap " Angkasawan ...

Tip Blogger: Menggantikan 'nofollow' kepada XFN 'friend'

Wordpress mempunyai plugin untuk menjadikan setiap URL pengkomen dibuangkan rel='no-follow' . Apa maksudnya nofollow itu? No follow pada rel di Tag HTML pautan menyebabkan robot penjadian kita tidak mengindeks pautan itu. Jadi buat penatlah komen dan letak pautan Akan tetapi, pada blogger juga, sebenarnya tak perlukan apa-apa plugin untuk membuang nofollow , hanya ubah templat sahaja. Merujuk kepada tutorial oleh Jackbook.com , Hanya perlu cari perkataan rel='nofollow' dan buang. Akan tetapi ia tidak mesra XFN . Jadi, untuk menambahkan kemeriahan, saya telah mengubah no-follow pada templat blogger saya, kepada rel='friend' Caranya ialah:- Edit template, dan 'Expand Widget Template' Cari guna CTRL+F 'nofollow' &amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;lt;br&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;...

Wiget Pengkomen untuk Blogger

Mungkin ramai pemblog blogger/blogspot yang menjawap, "Nak jimat ruang" apabila ditanya "Kenapa tiada Recent Comment?". Namun terdapat satu penyeselaian ringkas untuk mengatasi masalah itu. Pengunjung dan pemilik blog boleh dimaklumkan tentang terdapatnya komen pada blog itu, dengan ruang yang minimum. Memperkenalkan "Pengkomen". Pengkomen adalah Wiget kecil yang diadaptasi dari "Recent Comment cap Blogger Template", dimana ia hanya memaparkan nama 20 atau kurang pengkomen terkini pada blog tertentu. Untuk mengetahui pada tajuk mana yang dikomen, perlukan lihat status pada pelungsur Web, (jika dihidupkan) . Rupanya sebegini :- Tapi kalau, sidebar lebih lebar, mungkin ia rupanya begini:- Kalau anda hanya memaparkan 10 pengkomen terkini, mungkin dia hanya menggunakan ruang 2,3 baris teks sahaja. Jadi, Bagaimana nak dapatkan wiget ini? Hanya perlu salin teks dibawah. (CTRL+A, CTRL+C) Ubah "GANTIKANSAYA" kepada blog an...