Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan. Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa? Entahlah. Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia. Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah. Adakah Melayu itu bangsa? Ya Adakah Cina itu bangsa? Ya Adakah India itu bangsa? pun ya juga jawapannya. Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum". Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India? Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah? Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan. Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia....
Ayhd Yang Hendak Dibaca