Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel WPI

Harimau pula dilanggar Temasek

Kalau dahulu, kita Temasik dilanggar todak, maka datanglah Hang Nadim memberi idea untuk menggunakan batang pisang untuk mamatahkan serangan Todak. Kini, Harimau Malaya yang garang pula dilanggar temasik. Hang Khairy dan Hang Hishamudin yang sering bermain keris, tidak terfikir untuk menggunakan batang pisang untuk menahan serangan temasek. Bagi penyokong UMNO, kalau kita beritahu pemimpin mengamalkan rasuah, maka bagi mereka itu perkara biasa. Namun apabila rasuah untuk melibatkan penggadaian negara dan bangsa, mungkin baru tersentak. Kita telah lihat di Negara Thailand, Negara yang menjajah Fotani DarusSalam, menjatuhkan Taksin, kerana penglibatan Thaksin dalam "menjual negara" ke Singapura dengan menjual Saham yang melibatkan kepentingan negara kepada Temasek Holding. Kita telah lihat Thaksin telah dijatuhkan oleh rakyat sendiri akibat bersetongkol dengan Temasek Holding. Temasek Holding adalah alat pelaburan kerajaan Singapura. Umpama Khazanah Nasional bagi kerajaan Malay...