test

Isnin, 16 Februari 2009

Elizabeth Wong: Kawasan Kelabu dalam undang-undang (rimba) Pasangan Kekasih

Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal?

Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak?

Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan?

Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak.

Ada pula yang kata jangan letak jawatan.

Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah.
Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan?

Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama.
Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka.

Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba.

Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru.

Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral?
Tetapi "tidak bermoral" itu tidak salah dalam undang-undang.

Maka undang-undang rimba digunakan untuk menjatuhkan seseorang dengan mengaibkan dan menuduh eli tidak bermoral.

Adakalanya pelik, apabila lelaki bersuami mengadakan hubungan dengan perempuan lain, ia dipanggil skandal.
Manakala yang bujang bebas dengan sesiapa sahaja?

Tamadun Barat sudah nak runtuh akibat daripada ketidakperihatinan dengan instusi keluarga.
"Keluarga" digantikan dengan pasangan kekasih yang tidak dilindungi undang-undang.

Hanya undang-undang rimba digunapakai.

Tamadun China dulu zaman Ming/Ching dulu bolehkah duduk serumah dalam keadaan belum berkahwin?

Di dalam dunia blog banyak hakim dan juri undang-undang rimba sedang mengemukakan hujah menentukan samada Eli berskandal atau tidak.

Antaranya  Elizabeth Wong NUDE PHOTOS Scandal. RESIGN.

Perlukah satu undang-undang atau mahmakah khas untuk menentukan sesuatu tindakan itu "bermoral" atau tidak?

7 comments:

  1. sesuatu tindakan itu mungkin kelihatan tidak bermoral untuk anda, tetapi tak semestinya tidak bermoral untuk saya. sama juga, apa yang baik atau buruk untuk tamadun barat, China, timur tengah ...tidak semestinya baik untuk kita.

    dengan mata lensa pemikiran saudara, saya juga boleh membuat kenyataan bahawa puak arab rata-rata nya tidak bertamadun memandangkan mereka masih tidak berdemokrasi, masih menafikan hak kaum hawa and rakyat jelata, dan masih tiada sebarang pencapaian sains ataupun teknologi. Apakah puak arab hidup dalam tamadun kejahilan? Tambahan lagi, pak arab semua kahwin tiga-empat orang isteri (poligami adalah satu kesalahan berat dalam undang2 sivil dan barat). Perlukan kita menentukan kemoralan mereka?

    Jawapan untuk soalan rektorik saya, dan untuk soalan saudara ialah TIDAK.

    You have no right to question the basis of my morality, nor subjected me to your nonsensical moral laws.

    BalasPadam
  2. ...... gua kutu jer... tak dapat bagi pandangan dalam sudut perundangan.... hehehe

    BalasPadam
  3. Different judgment of morality by different people around the world could cause more harm and chaos around the world!

    BalasPadam
  4. Jika kita terlalu melihat semua perbuatan itu mengikut kaca mata perundangan negara,akhirnya akan menyebabkan rakyat kita hancur lebur semuanya. Terdapat juga perundangan yang tidak memerlukan kanun bertulis. Umpamanya adat resam dan budaya bangsa. Ianya harus disuburkan dengan norma-norma dan nilai-nilai murni yang suci dan bersih dari kesalahan yang sangat dibenci tuhan semesta alam. Misalnya walaupun pada hukumnya okey kepada non-muslim untuk tinggal bersama dengan kekasih sebumbung ( dimana boleh melakukan segala perbuatan maksiat ), namun perundangan adap dan tata susila bangsa Malaysia tidak mengizinkan perkara ini drp terjadi).
    Demonstrasi jalanan selepas sembahyang jumaat di Perak baru-baru ini juga sangat tidak bermoral. Jikapun Karpal benar dri sudut hukum, tetapi tidak boleh kerana derhaka kepada raja sangat bertentangan dengan tata susila bangsa.

    BalasPadam
  5. dia tu public figure, pemimpin lak tu, so dia kena jadi contoh terbaik untuk masyarakat yg dipimpinnya, walaupun dia bukan islam tapi adakah ajaran yg dia anuti menghalalkan perbuatan tanpa batas?

    BalasPadam
  6. Sama je kes yang terjadi kepada Dr. Chua Soi Lek..

    BalasPadam
  7. Salam...
    Dalam isu gambar bogel Eli ni, memang kita ada sedikit simpati pada beliau kerana ada pihak telah mencabuli hak peribadi beliau. Tapi itu tak bermakna beliau boleh menuding jari menyalahkan orang tertentu bila dah 'kantoi' macam ni. Ia berpunca dari kesilapan diri sendiri juga. Macam saudara kata 'berani buat berani tanggung'... So, kalau perlu letak jawatan, eloklah letak jawatan... Saranan Anwar jangan diikut sebab Anwar tu dah memang muka tak malu. Beliau cakap je senang la...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit