test

Khamis, 26 Februari 2009

Apa Pandangan Nizar Tentang Laman Web Perkeso?

Apa sudah jadi dengan laman web PERKESO?

Mereka telah mengubahsuai laman web perkeso, sehingga perlu bergantung kepada flash.

Sejak bila flash menjadi aplikasi web yang sah? ISO mana?
Undang-undang tubuh mana yang mengatakan flash sudah menjadi piawaian internet?

Apa yang webmaster perkeso kejar?
Kecanggihan?

Tidakkah mereka tahu kalau laman web 100% bergantung kepada flash akan menyebabkan ianya tidak boleh dibuka menggunakan platform tertentu?

Bila masa flash boleh digunakan dalam telefon? iPhone pun tidak menyokong flash
Nampak sangat webmaster Perkeso, kemaruk teknologi tapi tidak mengamalkan pelungsuran web menggunakan telefon.

Kalau kemaruk sangat flash, buat laman web sendiri lah, jangan libatkan sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Tidakkah webmaster perkeso tahu bahawa robot google tidak dapat melepasi flash yang dijadikan pintu utama, dan menyebabkan  rakyat sukar mencari maklumat?

Siapa "Barua Adobe" dalam Perkeso?

Apa yang canggih sangat flash sehingga pengguna tidak boleh buka pautan di tab baru seperti yang diamalkan oleh pengguna?

Akhir sekali, saya ulangi perkataan yang saya sering perkatakan pada zaman perang web dulu iaitu:

Protokol HTTP itu bukan Bapak Kau Punya

22 comments:

  1. kecanggihan je kot..

    BalasPadam
  2. pengarutan ini mesti dibenteras. Hantarkan surat bantahan.

    BalasPadam
  3. Amran:

    Hujung minggu ini, MAMPU ada anjurkan Minggu Promosi Kerajaan Elektronik.

    Rasa sesuai untuk kita hantar memorandum bantahan penggunaan teknologi tertutup pada laman web kerajaan.

    BalasPadam
  4. hahaha, baik punya komen. hits the target person. "bullseye"

    BalasPadam
  5. bro sebol...minta tolong promote sikit kmpen jom sertai pas...ana pohon kerjasaama dari anta sangat2....ni arahan dari negeri kepada anta

    BalasPadam
  6. pakcik, takkan psl nk kuar kt malaysiakini pun, nk guna nama nizar sbg tajuk..kih kih kih...

    BalasPadam
  7. mas:

    Sungguh mas, sungguh
    Sungguh saya nak tau apa pandangan Nizar tentang isu ini.

    BalasPadam
  8. sama macam website immigration yang kalau guna internet explorer tak boleh click kanan

    mabuk javascript

    BalasPadam
  9. Jasin Daily:

    Done,

    Lawa pula blog aku bila ada banner tu.
    Lepas ni Lajnah ICT PAS Melaka boleh hantar Memorandum Keterbukaan Teknologi Maklumat, kepada MAMPU.

    Draf nanti aku buat.

    BalasPadam
  10. Source code dia mahal sangat kot. Sebab tu pakai Flash.

    BalasPadam
  11. Bukan politik saja perlukan reformasi, sistem web kerajaan tersangatlah perlu reformasi total, hapuskan haprak Flash dan pecacai Internet Explorer Microsoft!

    BalasPadam
  12. Bhai...

    Gua punya pandangan camnie la..

    Kepada sesapa yang kemaruk sangat nak flash itu ini tue.... baik rentikan la...

    sebab....

    Kat M'sia nie ramai yang masih pakai Dail-Up lagie (56K)... dan ramai gak yang paling laju dier dapat adalah 400kbps .... tolonglah kesian kat kami....

    Lagipun... banyak system administrator yang suka guna LYNX sebagai web browser...

    BalasPadam
  13. haduu... skg zaman web 2.0 da.. sape nye designer ne... xde ciri2 web 2.0 pun.

    BalasPadam
  14. Aduh...ini boleh dikira sebagai gagal dalam perkara asas ("failed the basics").

    Asas ni bukan saja berkenaan membuat "menatang alah" yang dipanggil laman web, tapi juga faktor-faktor lain terutama sekali bakal-bakal pengguna laman web tersebut.

    Encik Hasbullah, mari protes kesengalan laman web agensi kerajaan ni dengan memakai stokin di satu kaki sahaja dan satu lagi dibiar tak berstokin. Ini bukan idea asal saya. Silalah bertanya kepada si Tukar Tiub...

    Kalau "abomination" ini tak di perangi, makin menjadi-jadi nanti......seperti juga "abomination" lain: Letak kereta ikut suka mak bapak dia etc. etc. (Tak larat nak tulis, banyak sangat kesengalan rakyat Tanah Boleh ni....)

    BalasPadam
  15. hehehe lagi satu teman nampak webmaster perkeso pakai monitor resolusi 1280x1024 muahahahahaha

    BalasPadam
  16. blog pemuda melaka sudah didirikan...tapi dalam proses nak touch up.....www.pemudapasmelaka.via.my....sepatutnya ia dah didirikan bulan sbelas..bnyak nau halangannya terpaksa ubah plan - jasindaily

    BalasPadam
  17. Macam budak-budak la ...

    BalasPadam
  18. pada pandangan saya, mana-mana laman web yang berfungsi sebagai penyebar maklumat kepada rakyat patut menpunyai bandwidth yang rendah beserta dengan layout yang mudah..... bukannya macam Streamyx ni hebat sangat untuk support flash sana, flash sini....

    BalasPadam
  19. Untuk tatapan semua yang memberi ulasan dan komen yang murahan.

    Inilah perangan den identiti MELAYU yang tak pernah nak maju, asyik nak melekihkan orang. Kalau pandai komen tak ada cadangan tolonglah hentikan.

    Flash tak boleh pakai, IE tak boleh guna.... so cadangkan lah satu s/ware atau apa nama sekalipun yang dibina dan dicipta oleh orang melayu untuk digunakan oleh semua institusi kerajaan. Hidup MALAYSIA

    BalasPadam
  20. Tanpanama:

    Kenapa pemikiranmu masih dibawah "tempurung perisian"?

    Apabila disebut web, apabila diperkatakan tentang sesuatu yang awam, maka ianya perlu terbuka.

    Bukan soal tak boleh guna perisian MSIE, bukan tak boleh guna perisian tempatan atau barat.

    Bukan soal,perisian melayu atau tidak.

    Ini soal spesifikasi.
    Sila keluarkan diri dari tempurung perisian.

    Wujudnya web, dan wujudnya spesifikasi terbuka adalah untuk mewujudkan situasi dimana sesiapa sahaja boleh memilih perisian apa yang mereka mahu supaya ianya boleh dibuka oleh semua orang.

    Apaguna perisian tempatan kalau ianya tertutup, dan hanya memerlukan perisian dari syarikat itu sahaja untuk membacanya.

    Keluarkan diri daripada pemikiran lotus 123 wordstar dan Dbase.

    Zaman buka sesuatu format guna satu jenis perisian sudah lama berakhir.

    Begitu juga web, perang pelungsur web IE vs Netscape sudah berakhir.

    Kebanyakan pelungsur web cuba untuk ikut spesifikasi yang ada. Kepada pula ada webmaster kerajaan yang dengan sengaja melarikan diri daripada spesifikasi yang ada?

    Nak buat web, faham HTML, XHTML dan seluruh spesifikasi terbuka yang ada. Ada spesifikasi terbuka yang telah dinaiktarafkan menjadi piawaian ISO.

    Ada 1001 spesifikasi terbuka untuk web, kenapa memilih spesifikasi tertutup? Apa alasannya?

    Sekiranya flash ingin digunakan, gunakanlah, tetapi jangan halang perisian yang ikut spesifikasi untuk mendapat maklumat.

    Kalau pandai komen tak ada cadangan tolonglah hentikan.
    Cadangan saya, baca sahaja w3c.org
    Baca sekali bidang ilmu "web usability"

    BalasPadam
  21. Encik Hasbullah,

    Saya berani bertaruh yang Tanpa Nama 2009 Februari 28 11:14 tu adalah webmaster/pembuat laman web PERKESO itu sendiri...

    Hehehe....

    Pi balik sekolah la "Tanpanama" woooii!!! Kah kah kah!! Nampak sangat tak habis belajar sampai nama pun tak ada...Kah kah kah!!

    BalasPadam
  22. Stail boh intro kat depan, pastu guna flash pe barang...ketinggalan zaman tol...

    skarang ni zaman web 2.0, orang nak simplicity n user friendly...guna la teknologi AJAX ke pape ke...apa la webmaster

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit