test

Memaparkan catatan dengan label Cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cina. Papar semua catatan

Isnin, 12 November 2018

Download Terjemahan Al - Quran Bahasa Cina dalam PDF

Anda mungkin mempunyai rakan cina yang belum Islam.

Anda sayang mereka, anda ingin mereka juga ke Syurga. Mereka memang baik, suka menolong orang susah. Allah sudah sebut, dosa terbesar adalah syirik,

Jadi, tugas kita untuk membantu mereka tidak syirik kepada Allah. Berikan mereka Al-Quran, berserta terjemahan Bahasa Cina.

Dimana nak dapatkan al-quran terjemahan Bahasa Cina?

Ada Daei dari Kuwait sudah jadikan ianya PDF, Anda boleh muatturunnya ke telefon pintar anda, dan hantar kepada mereka. Mudah mudahan terbuka hati mereka. Jadi, silakan, muatturun dan simpan dulu dalam telefon/desktop

 http://bit.ly/2Ak8aPa 

klik pautan di atas.

Anda boleh menghantar melalui whatsap, telegram, emel dan sebagainya.

Khamis, 19 Februari 2015

Perutusan Tahun Baru Cina 2015

Selamat Tahun Baru Cina...

Tahun Kambing.

Apa yang saya nak sampaikan adalah, Tidak semestinya anak bulan kelihatan pada malam tahun baru cina.

Dan

Juga tak semestinya anak bulan kelihatan jika dicerap pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Mengapa?

1 Hari bulan, Tahun Baru Kalendar Cina, berlaku pada hari pertama  "bulan baru"  (new moon) .
Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin malam.

Anak bulan boleh kelihatan kalau usia bulan lebih daripada 8 jam, ada pendapat mengatakan 12 jam.

Jadi kalau new moon, berlaku 8 pagi, maka tidak nampak kalau dicerap pukul 6 petang.

 Jadi, biasanya 2 hb Tahun Baru Cina, masih lagi belum 1 hb Hijrah.

Tahun Baru Cina, digandingkan dengan 1 bulan kalendar Hijrah.

Sebagai contoh, Tahun Baru Cina 2015 + 2 hari , adalah juga 1 Rabiul Akhir 1436.

Inilah, sebabnya kenapa kalau kongsi raya, beza perayaan 2 hari.


Memang susah nak memahamkan pengkalendaran Cina dan Hijrah pada manusia modern yang trbiasa dengan masehi.

Ini semua salah Google, Kenapa tidak Integrasikan Google Calendar dengan kalendar Cina dan Hijrah.



Khamis, 2 April 2009

Tarian Kebudayaan Orang Cina menurut persepsi Zahid..

menurut Zahid Hamidi

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina."





oooo Begitukah rupanya tariah yang menjadi kebudayaan kaum Cina?

Jumaat, 24 Oktober 2008

Masjid Hokkien Bo Liau?

Hari ini terdapat banyak catatan blog berkisar tentang Maskid Cina.


*Pembinaan Masjid Cina telah

...Bina segera Masjid Cina di KLPembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah di...



Zulkifli Nordin

...agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.Saya setu..

 Dr. Maza juga telah membicarakan tetang Masjid Cina.


Isu Masjid Cina
Isu Masjid Cina yang ditimbulkan juga oleh YB Kulim di Parlimen semalam juga sebenarnya telah pun saya bangkitkan pada Bulan Januari 2007, kira-kira setahun setengah yang lepas. Media telah membantu saya membangkitkan isu ini.

Malangnya cadangan saya agar komuniti cina muslim mempunyai masjid sendiri yang pengurusannya mampu memahami masalah mereka, diuruskan oleh mereka sendiri, menggunakan bahasa yang lebih difahami oleh mereka dan memahami budaya mereka ditentang oleh kelompok agama yang sempit pandangan.

Kelompok ini menganggap seakan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan melayu. Padahal, sudah lama masyarakat cina muslim memohon masjid yang seperti itu. Ramai orang cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat melayu seperti bercerai atau bergaduh tidak tahu tempat tuju yang lebih memahami mereka. Kewujudan masjid cina dapat membantu mereka.
Walaupun saya adalah pro kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, namun jangan lupa, Bahasa Cina seperti Mandarin dan hokien adalah bahasa ibunda. Maka, Saya menyokong pembinaan Masjid Cina yang menggunakan Bahasa Ibunda kaum cina.

Walaubagaimanapun, adalah lebih sesuai kalau Masjid Cina yang dibina di Negeri Melaka adalah Masjid yang berasaskan hokkien.


Google+ Hasbullah Pit