test

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Julai 2015

Tips untuk tabayyun berita.



Tips untuk tabayyun berita.

Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat.

Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk.

Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan.



Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media.


Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video.

Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com .
confirm tak ada spin.

Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai.

Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia.




sekian.

Khamis, 1 Mei 2008

Bersukan Untuk Cerdaskan Minda

JASIN, 1 mei.(Berita Sebol) Timbalan Persuruh jaya 3 PAS negeri Melaka, Mejar (b) Jasme Tompang menyeru kanak-kanak supaya bersukan untuk mencerdaskan minda. Ketika majlis penampaian hadiah sempena Sukan dantara PASTI kawasan Jasin.

Acara sukan peringkat kawasan itu kali ini mendapat sambutan yang hebat oleh ibu bapa yang menemani anak mereka sehingga "Mee Goreng Hamas" telah terpaksa digoreng sekali lagi untuk memenuhi permintaan.

Ketika Sukan itu, PASTI Nurul Iman memenangi kedua-dua acara iaitu Bola Jaring dan Bola Sepak mengalahkan 7 PASTI yang lain.

Selain Itu acara untuk ibubapa juga turut diadakan buat julung kailnya, di mana ramai bapa gagal memasukkan bola ke jaring bola jaring kerana tiangnya terlalu rendah.

Google+ Hasbullah Pit