Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puteri

Kewujudan Puteri UMNO menyebabkan istilah "Wanita" menjadi tua

Banyak cerita tentang pembubaran Puteri UMNO. Itu hanya cadangan sahaja untuk mengurangkan "politik wang". Hairan juga bagaimana kalau ada banyak pertandingan boleh banyak "main duit" ? Sekolah rendah dulu, Pasukan Bola Jaring ada banyak perlawanan juga, tetapi pemain hanya makan biskut kering. Satu kesan ketara kewujudan "Puteri UMNO", istilah wanita kelihatan tua. Majalah fesyen ada guna perkataan Wanita lagi tak? "Fesyen untuk Wanita", mungkin akan kelihatan seperti fesyen untuk perempuan 40 tahun ke atas. Nasib baik masih ada lagi rancangan "Wanita Hari ini" yang menunjukkan Wanita itu masih lagi muda. YB Nik Nazmi dulu pernah mengatakan bahawa perlunya menarik Wanita dalam AMK PKR . Bayangkan kalau istilah wanita itu dianggap sebagai untuk 40 tahun keatas sahaja. Bagaimana makcik 40 tahun ke atas nak sertai AMK? Tanpa Puteri UMNO, Wanita UMNO adalah terbuka untuk semua wanita walaupun bawah 40 tahun. Bila adan...

Puteri UMNO yang Diraba, Sila Buat Laporan Polis Bertulis

Diberitakan bahawa puteri UMNO diraba ketika berlakunya penamaan calon di Permatang Pauh semalam . Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka. Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya. "Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya. Laporan Polis itu sekadar cakap mulut atau laporan bertulis? Ketika Puteri UMNO diraba oleh orang UMNO di Muar dahulu, ada salinan laporan polis. Kali ini belum timbul lagi salinan laporan polis. Nak tahu juga "sekump...