Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wifi

Sambungan Internet: Individu atau Lokasi?

Zaman saya kecil dahulu, tiada telefon dirumah. Kemudian pada tahun 1980an rumah saya ada telefon. Zaman ini, banyak rumah yang tidak perlukan talian tetap PSTN hanya kerana individu yang menghuninya mempunyai telefon tangan. Internet pula. Mulanya internet menggunakan PSTN. Bergaduhlah penghuni rumah tentang penggunaan talian PSTN samada ingin bercakap atau berPPP. Kemudian wujudnya streamyx. Talian PSTN rumah digunakan untuk streamyx walaupun fungsi PSTNnya jarang digunakan. Penghuni rumah menggunakan internet pada komputer yang ada dirumah itu. Apabila telefon tangan kian canggih, maka semua talian telefon tangan penghuni rumah mempunyai akses tanpa had 3G/UMTS/GPRS. Ketika di hadapan komputer, guna internet komputer. Apabila komputer direbut-rebut oleh calon angkasawan, adakalanya ibu bapa terpaksa Ber BerasPadu menggunakan telefon. Makin lama, makin ramai manusia yang menggunakan talian internet tanpa had melalui telefon, maka bertindanlah kemudahan internet bagi seseorang itu. D...

Dilarang Membawa binatang

Papan tanda itu diletakkan di mana kemudahan WiFi disediakan. Mungkin memaksudkan 'beruk dilarang membuat catatan blog'

Pelebaran Jurang digital - Packet One + SKMM + DBKL

Tatkala berlakunya banjir, bukan sungai yang dilebarkan tetapi jurang digital. Packet One sedia 1,500 zon WiFi Oleh Hizral Tazzif Hisham SKMM laksana pelan jalur lebar Projek Kuala Lumpur Kota Metropolitan Tanpa Wayar PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Green Packet Bhd akan memasang 1,500 zon WiFi menjelang Mei tahun depan. Ia sejajar rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia's (SKMM) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang memiliki kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih. boleh dibaca selanjutnya di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20071223232449/Article/index_html Penduduk lembah kelang terutama sekali di Kuala Lumpur telah lama mempunyai infrastruktur untuk Internet. Sudahlah Streamyx awal diperkenalkan di Kuala Lumpur, Jaring Broadband pun begitu, Isyarat 3G (UMTS) pun begitu, HSDPA (3.5G) pun begitu? Untuk orang kampu...

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

KFC kini ada WiFi percuma.

Bebrapa rangkaian KFC terpilih disediakan kemudahan WiFi Percuma. Bagi penduduk Negeri Melaka, selain daripada ' port ' WiFi biasa seperti Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau, Stesyen Minak PETRONAS Air Keroh 3, Restoran Subaidah, Restoran Tomyam Klasik. Starbucks-starbuck Kini rangkaian KFC menyertai kelab. Giant Melaka OHB Air Keroh Mahkota Parade Malim Jaya Jusco Air Keroh ...

Cetakan WiFi jadi realiti

Gambar hanya menunjukkan "Orang kampung" yang sedang melihat sebuah mesin fotostat. Ala, Kedai runcit depan rumah aku pun dah lama ada mesin fotostat. Tak Hairan pun Ceritanya, aku baru dapat mesin fotostat, walaupun agak lewat, berbanding dengan kedai lain yang sudah lama ada mesin fotostat. Tapi tak mengapa, apa nak dihairankan , berlambak-lambak stesyen minyak yang dah ada mesin fotostat. Mesin Fotostat itu 2nd Hand , tapi dia ada "duplex" , ada "printer board", sambung terus pada Belkin N1 Router menggunakan ethernet, maka automatik ia jadi "Pencetak WiFi". Sebagai Pencetak WiFi Walaupun mesin fotostat itu tak menyokong WiFi, tak mengapa, asalkan pengguna WiFi boleh cetak di situ. Oleh itu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau boleh menjadi "Stesyen Minyak pertama di dunia yang menyediakan perkhidmatan cetakan WiFi sehingga saiz A3". Ada beberapa perkara lagi perlu dibuat, Perlu buat tatacara, bagaimana pengguna WiFi boleh cetak, apa d...

Wireless broadband = Wi-Fi ?

Inilah dia punca kekeliruan Suatu ketika dahulu, saya singgah di Stesyen Minyak PETRONAS Air Keroh 3, bersama wawa ketika balik dari KL. Kelihatan di situ ada Panji "Wireless Broadband zone", dimana ia merujuk kepada Wi-Fi Zone . Baiklah, mungkin Abdullah(AK3) tersalah, maafkan dia kerana dia bukan IT Savvy , macam kami berdua. Masa berlalu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau pun ada Wi-Fi, tampal poster guna kertas sahaja, tapi ikut spesifikasi Wi-Fi Alliance. Sebelum itu, sudah nampak panji di restoran Tomyam Klasik, ada logo Wi-Fi tapi tak ikut spesifikasi. Baru baru ini, saya berjumpa dengan Irwan, kawan sekolah, dia yang menceritakan bahawa Abdullah tempah panji daripada dia, ikut rekaan dari Restoran Subaidah MITC. Akhir sekali, semasa saya nak jumpa hafnie sempena Spoof Black Hat Challenge , terus ternampak poster "Wireless Broadband zone" . Hehehe, Punca kekeliruan telah dijumpai. Oleh itu, bukan salah Abdullah, Bukan salah Irwan, tapi ini memang salah MICT...

Model iklan PETRONAS Syntium

Gambar ni untuk AM juga, semua jadi model syntium kecuali 2 orang jadi model sprinta. Belakang ada pengguna wifi. Semalam ramai pengguna wifi datang. Ada seorang tu datang guna pda-phone, treo rasanya. Ada yg datang 1 family mak&anak surf, bapaknya layan anak sorang lagi. Ada 2 beradik datang berwifi, macam kenal, rupa rupanya anak Cikgu Umar Saaban. Hari ini talian terganggu:-(. PETRONAS Syntium Sprinta wifi