Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rafizi

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak.... Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak, Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza. Kalau managed float nampak baik sedikit. Kalau hapuskan subsidi nampak jahat. Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya. Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik. Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga. Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga. Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.   Dia nak macam mana sebenarnya? Dia nak harga minyak turun 35% juga kah? Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka se...

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh, Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax? Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat. Tak habis habis terikut ikut Rafizi. Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi. Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang? Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat. CGT pun tiru barat juga. Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai" Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST. Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali. Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook. Nanti ada masa saya tulis semula.

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu. Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih. Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih. Hutang nak beli candu sudah banyak. Swipe kad kredit sampai 600 bilion. Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu. Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu? Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang. Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik. Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai, Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi. Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu. Takut jadi macam zimbabwe. Orang Zimbabwe tak pandai guna candu. Penagih candu tak tau, dia ketagih. Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih. Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu, Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat. Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum. Kononnya candu lebi...