Saya sememangnya menggemari penulisan Rausyanfikir di alamat blog rausyanfikir.com . Namun terdapat satu perkara yang cukup saya tidak gemar di blognya, bukan kerana kandungannya tetapi kelebaran kolum catatannya. Terlalu lebar supaya mata biasa membacanya. Ambil satu contoh catatan. Hari Keluarga Nursi (sila klik untuk besarkan). Berapa kelebaran ayat yang dipilih pada gambar di atas? sebol@ubuntu-sebol:~$ echo "Seperti biasa, penghujung semester akan diadakan pelbagai jenis hari keluarga, dan hari keluarga Jemaah Islam Kampus"|wc 1 16 117 117 aksara! Sejak berkurun yang lalu, mesin taip dicipta hanya boleh memuatkan 80 huruf dalam satu baris. Apabila komputer dicipta, terminal yang ada juga menggunakan lebar 80 asksara. Ada juga jenis terminal yang lebih daripada itu, tapi jarang-jarang ada. Program terminal moden, seperti gnome-terminal juga menyediakan kelebaran 80 a...
Ayhd Yang Hendak Dibaca