Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SAMB

SAMB: Begitu Dhaifnya Negeri Melaka

Sungguh tidak kusangka, disebalik pembayaran "dalamtalian" bil air di Melaka, rupanya backendnya ialah "mengutip resit secara manual". Selama ini pengguna Maybank2u, cukup menyampah untuk bayar bil air, kerana kena keluar dari rumah Bayangkan, kesemua bil-bil yang biasa diterima oleh penduduk melaka boleh di bayar secara dalam talian, bil elektrik, astro, telefon, streamyx, simpan duit tabung haji dan lain-lain. Hanya satu bil sahaja yang tidak boleh dibayar dalam talian iaitu bil air SAMB. Saya pun hairan juga, kenapa bil air boleh dibayar di Kedai TNB, tetapi tidak boleh diintegrasikan bank tempatan, walhal bil air dinegeri lain boleh dibayar secara dalamtalian. Rupanya, disebalik "dalamtalian" rupanya "luartalian". SAMB kutip resit setiap hari BANDARAYA MELAKA, 7 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), melantik seorang kakitangan khas daripada bangunan Graha Maju di sini, untuk mengutip semua resit-resit bayaran yang dibuat oleh orang ra...