Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Palestin

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza GAZA, (PIC)-- Menteri Luar Ireland  Charles Flanagan tiba pada isnin  di Semenanjung Gaza dalam satu lawatan singkat. Sumber RasmiPalestinian official sources said Flanagan, bersama delegasi 14 pegawai , tiba di  Gaza melalui Lintasan  Erez di antara Israel dan Semenanjung Gaza  untuk mengadakan perbincangan dan melihat projek-projek yang diselia Ireland. Lawatan diplomat atasan Ireland berlaku sehari selepas Kuartet Timur Tengah utusan Tony Blair melawat Semenanjung Gaza.. Sejak beberapa bulan lalu, duta-duta asing, diplomat dan pegawai telah melawat Semenanjung Gaza yang terkepung Terjemahan dari: http://english.palinfo.com/ site/pages/details.aspx? itemid=70192

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin

ROTTERDAM, (PIC)-- Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan  kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk. Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa "Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk" adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini. Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya ----  Terjemahan untuk Palestinkini dari sumber http://english.palinfo.com/site/pages/details.aspx?itemid=69182

HAMAS, 27 tahun kemudian, lebih kental.

Hamas adalan penambahan yang paling bermakna dalam perjuangan Palestin dalam tiga dekad yang lalu,dan tepat pada 14 disember 1987, kelompok warga palestin yang komited, kebanyakan mereka dibunuh dengan kejap pada tahun-tahun berikutnya oleh Tentera Penjajah Israel, berhimpun di Gaza dan memutuskan ianya saat penting untuk memulakan gerakan untuk menbetulkan halatuju perjuangan. Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Abedelaziz Al-Rantisi, Dr. Ibrahim Al-Maqadmah, Eng. Ismail Abu Shanab dan ramai lagi adalah contoh kepimpinan HAMAS yang mengorbankan segala apa yang ada kearah Palestin yang bebas dan untuk menamatkan penekanan dan ketidakadilan yang dikenakan ke atas warga Palestin oleh Penjajah Zionis Asing atau proksi mereka dalam Pihak Berkuasa Palestin (P.A) HAMAS adalah aset tidak ternilai bagi perjuangan sosial, ekonomi, dan bersenjata Palestin untuk kebebasan dan hak asasi manusia. Sejak dahulu, Ulangtahun penubuhan hamad disambut oleh puluh ribuan orang pada awal 90an dan kini ratus ...

Video Jamuan Raya 2014 PAS Negeri Melaka

http://www.youtube.com/watch?v=Uoz1URPO8Kg&list=UUo4RW5W7xcxdxnPjA1kEwWA Apa pun, sila langgan...

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Gambar Pendemonstrator Baring di Hadapan Kereta

Kejadian ini berlaku bukan di Gazza. Kejadian ini berlaku bukan di Masjid Ubudiah atau Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Akibat daripada ketagihan Politik yang disebabkan oleh Beras Padu , seorang blogawan telah berdemonstrasi tanpa sebab dengan berbaring di hadapan kereta sambil memegang bendera Palestin. Kejadian berpunca apabila blogawan itu mendapat idea untuk membuat catatan blog. Anda sedang membaca catatan blog yang dimaksudkan itu.

TV3 tuduh guru di Gazza memupuk "Nasionalisme"

Sudah 2 hari saya perhatikan bahawa TV3 mengatakanbahawa guru di Gazza memupuk semangat nasionalisme dikalangan Pelajar di Gazza. Saya tidak percaya. Setiap temuramah dengan guru di Gazza itu tidak sebutir pun perkataan "Nasionalisme" terbit dari mulut mereka. Mengapa TV3 memandai-mandai menuduh mereka memupuk nasionalisme? Para pelajar memang diajar untuk menentang Israel, tetapi saya tidak rasa ianya perlu ditentang atas sebab nasionalisme.

Boikot USD: Datuk Salleh Majid kool

Berikut adalah Wawancana MHI dengan Datuk Salleh Majid berkenaan boikot USD. Idea-ideanya lebih kurang idea saya juga, mungkin dia ada lebih fakta sepeti 22 buah negara menambatkan matawangnya dengan USD. Selamat menonton Bahagian 1 Bahagian 2 sumber http://palestinkini.info/?p=3079

Semangat adik-adik tentang krisis Gaza - versi saya pula

Rausyanfikir telah menulis tentang Semangat adik-adik tentang krisis Gaza Seronok melihat anak muda begitu keras memboikot: Di sini saya ingin menceritakan tentang mendekati golongan muda. Saya telah menceritakan bahawa golongan muda mengejar 'kool' . Tidak perlu rasanya untuk membawa golongan muda kepada perjuangan, perlu menjadi muda seperti mereka dan melakukan perkara yang mereka suka. Ketika Demonstrasi Anti-Zionis tempoh hari di Melaka, saya telah melibatkan golongan muda tanpa perlu melakukan aksi muda mudi. Golongan muda lebih suka kalau mereka dilibatkan dengan aktiviti penentangan. Jiwa mereka memberontak. Bendera Israel untuk dibakar disiapkan oleh golongan muda. yang belum mengerti soal politik atau perjuangan Salah seorang daripada mereka bertanyakan "Kenapa Tiada Hentikan Peperangan pada baju" ? Kemudian saya jawap. "Kita bukan nak suruh hentikan peperangan, kita nak tanah kita balik" Golongan muda (dan tua) masih ra...

Demo Anti-Zionis di Melaka

Sehari  Sebelum Demo Terjumpa bendera Palestin lama dalam simpanan, tidak digantung kerana hujungnya bercabang. Maka, cuba mencari tukang jahit, kebanyakkannya diluar kawasan, maka tak dapatla buat bendera baru. Terpaksalah 'hantar kedai' bendera itu. Pagi Jumaat, gerakan melukis bendera Israel dilakukan , sambil ianya dijemur, sempat pula dipijak oleh sesiapa yang teringin nak pijak. Demo Bermula   Kelamkabut kerana kain rentang, sepanduk, bendera masih lagi dalam kereta. Bendera dipijak oleh... (tak nampak muka) Terus saya agihkan barangan kepada sesiapa sahaja. :) Papan Boikot USD diberikan kepada siapa entah. Papan 1: Boikot USD Tamatkan Rundingan US-FTA MITI Jangan Dayus Papan 2: Boikot USD Zety, Gantikan Rizab USD  dengan Emas dan Perak. Bendera diberikan kepada seorang pemuda, yang tetap terus mengibarkannya sehingga akhir demo. Ini dia pemuda itu Sofi Wahab Berucap Ustaz Kamarudin Sidek , Ketua Dewan Pem...

Demo Mengutuk Kekejaman Zionis Masjid Al-Azim Melaka 16 Jan 2009

Satu Demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis akan di adakan pada Jumaat 16 Januari 2009, selepas jumaat di Masjid Al-Azim Melaka. Sempat lagi untuk menjahit Bendera Palestin. Sempat lagi untuk memlukis bendera Israel untuk di Bakar. Nasib baik 'banner' telah ditempah.

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan. Mengapa? Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika. Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia. Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar. Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya. Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan. Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada. Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih ...

Catatan untuk Palestine

Hari ini 15 Mei 2008. Selain daripada sebagai hari terakhir bagi mencarum KWSP bulan ini, hari ini juga dipnggil sebagai hari Palestin, kerana pembentukan Israel sebagai 1 negara berlaku pada 15 mei 1948. Ramai di antara pembaca islam yang mungkin tidak faham mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan palestine. Oleh itu sila cari/beli/baca buku "Baitul Muqaddis Tanggung jawap Umat Islam" tulisan Dr Yusuf Al Qardawi. Dahulu, ada pernah kawan saya mencadanngkan supaya palestine berundur dahulu, akan tetapi bagi saya itu bukan langkah bijak, perkara yang nak dipertahankan adalah tanah dan wilayah. Sekitranya berundur, maka jadilah seperti Melaka yang dijajah beratus tahun. Sultan Melaka sepatutnya tidak lari dan terus mempertahankan Melaka sehingga akhir hayat, dan bukannya berundur dan cuba menyerang balik. Kerana yang hendak dipertahankan itu ialah tanah melaka bukannya nyawa Sultan. Kerana sebab itulah masih ramai yang masih berada di Palestin mempertahankan tanah...

Sekiranya Chelsea Datang Bersama Warga "Negara" Israel...

Sekiranya Chelsea datang ke Malaysia bersama pemain dan pengurus Warga "Negara" Isreal, Maka akan ku bakar baju Chelsea di luar stadium, sambil memakai baju HAMAS. Sebagai simbolik kepada penentangan terhadap penubuhan "negara" Isreal dan "kerakyatan"nya.