Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Untukku Agamaku, Untukmu ideologimu

Ketika hangatnya isu penentangan fatwa "pengkid" oleh segolongan manusia, penentangan itu usahah dilihat sebagai penentangan penganut agama yang bukan islam, akan tetapi penganut ideologi liberalisme. Kavi telah membuat ulasan penafian bahawa penganut hindu tidak membantah fatwa pengkid itu . saya beragama Hindu... bagi saya, saya langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa hukum bagi umat Islam kerana ia tidak melibatkan agama saya. Maka saya pun tidak mempersoalkan apa-apa. saya harap saudara-saudari faham bahawa bukan semua orang yang beragama bukan Islam menentang atau mempersoalkan fatwa. Hanya segelintir daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mungkin mereka ingin menyuarakan pendapat dari segi pandangan kebebasan wanita. Namun begitu, saya tidak pasti apakah tujuan utama mereka. Saya harap para pengulas tidak "generalise" yang semua umat bukan Islam ingin sibuk mencampuri hal ehwal Islam. Bukan semua orang bersifat begitu. Tetapi saya faham ...