Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Raya

Video Jamuan Raya 2014 PAS Negeri Melaka

http://www.youtube.com/watch?v=Uoz1URPO8Kg&list=UUo4RW5W7xcxdxnPjA1kEwWA Apa pun, sila langgan...

Raya Kali Ini kurang Meriah?

Isteri saya memberitahu saya bahawa 'Raya Kali Ini kurang Meriah', maka saya pun merasakan sebegitu. Perbelanjaan rakyat untuk persiapan hari raya tahun ini agak kurang, Ada baiknya juga, orang berjimat. Saya selalu menggunakan 'benchmark'  wang kecil vs wang besar. Kebiasaannya, pada hari gaji, biasanya peniaa akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang kecil. Akan tetapi ianya tidak berlaku pada hari-hari gaji bulan lepas. Maka boleh dikatakan kali ini orang kurang berbelanja. Rakyat mengalami sedikit masalah ekonomi. Ianya boleh dikatakan masalah, sebab rezeki yang Allah turunkan memang sentiasa cukup. Sila baca balik.... Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi... http://hasbullah.pit.my/2014/01/rezeki-melimpah-ruah-tak-habis-habis.html Bukannya tak cukup rezeki, tetapi manusia bergantung pada 'RM' untuk menerima rezeki. Nilai RM menyusut akibat Hutang Negara yang meningkat, begitu juga pengembangan bekalan matawang . Kelambata...

Pantun Langgar-Langgaran

Jamuan raya enak juadahnya juadah dimakan berbuahkan ciku setelah bergambar dengan anaknya Wira bapanya melanggar daku.

Selamat Hari Raya

(Man ternampak burung) Man: Abah! Abah: Eh! (Abah pergi tangkap burung) Abah: Burung ni jatuh dari sarang ni man. Dia tak pandai terbang lagi ni, Nah ambil ni. Man: Abah ni burung apa? Abah: Burung murai nak. Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung apa? Abah: Burung murai.... naik naik (Abah menyuruh man naik dibelakangnya ) Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung apa? Abah: Burung murai Nak.. Man: Burung apa? Burung murai sayang... Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung Apa? Abah: Burung murai, Man. Itu sarang dia Man, Abah dah jumpa dah sarang dia. Abah tidak jemu-jemu menjawap pertanyaan Man anaknya itu. Samalah seperti pembaca blog ini yang tidak jemu-jemu membaca blog ini, walaupun ada banyak perkara yang sukar di fahami. Kenangan yang tidak dilupakan itu sebenarnya sedang berlaku sekarang. Selamat Hari Raya buat Pengunjung blog ini yang tak jemu-jemu membaca. sebol: Ini burung apa? pembaca_blog: ........... sebol: Ini burung apa? pembaca_blog: ....

Toyota Vios 2007

Minta tolong pergi ke URL ni dan Undi untuk saya . (Jangan lupa klik ' Vote for This Design ') sekian terima kasih.

Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP

Dimaklumkan Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP kerana hari ini sudah 7 Oktober 2007. Terima kaish diucapkan kepada pengunjung yang turut serta mengirim Kad Raya melalui blog ini dan terima kasih kepada pengunjung yang mempromosikan Kad Raya ini. Tahun Baru Cina nanti boleh cuba lagi. sekian.

Ketupat Hari Raya di Malaysia umpama 'Santa' + Tanglung

Perayaan Hari Raya Aidul Fitri di Malaysia memang unik, kerana ia mempunyai ikon tertentu untuk menggambarkan 'Hari Raya'. Di Indonesia, Hari Raya Aidil Fitri dipanggil di Panggil 'Hari Lebaran'. Secara antarabangsanya ia dipanggil 'Eid ul Fitr'. Di Malaysia, mungkin ada orang yang hanya tau "Hari Raya". Cara orang Malaysia menyambut Hari Raya bagi saya dikira agak pelik berbanding negara lain, walaupun saya tidak menkaji negara lain, tapi dengan banyak unsur ketupat dijadikan simbol kepada Hari Raya . Begitu juga simbol segi lapan Zaman Uthmaniah sering juga sijadikan latar belakang untuk menggambarkan Hari Raya. Walaubagaimanapun ia agak global berbanding 'ketupat'. Suatu ketika dulu, logo google sempena Hari Raya adalah bersimbolkan bulan dan bintang (Tolong carikan gambar) . Namun bulan dan bintang jarang dijadikan simbol untuk menggambarkan hari raya di Malaysia. kita cerita berkenaan ketupat. Ketupat adalah juadah 'wajib' ketika ...

Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau

Di bawah ini adalah Kad Raya DalamTalian (online), Yang akan di hantar secara fizikal kepada penerimanya. Dengan Syarat :- 1. Penerimanya mestilah beralamat .... 77300 Merlimau, Melaka. 2. Sila jangan tulis benda yang terlalu peribadi, atau rahsia kerana ucapan itu boleh dilihat oleh saya apabila ianya diproses. 3. Seorang mengirim, hanya boleh mengirim maksima 5 penerima beralamat Merlimau. 4. Kad itu akan ada iklan sedikit, (tapi bukan iklan arak atau judi) Pelajar Luar Negara yang berasal dari Merlimau atau mempunyai Saudara Mara di Merlimau di galakkan untuk menggunakannya. Anda pasti jimat setem, Terutama sekali jika penerimanya adalah buta IT. TARIKH TUTUP = 7 OKTOBE R TELAH DITUTUP

Kad Raya DalamTalian yang di hantar melalui Pos ke Merlimau

Suatu ketika dahulu, pada zaman bum dotcom yang pertama, saya dan khai, pernah cuba buat pembuktian konsep, dimana kami telah membuat kad raya dalma talian, kemudian kami cetak kad itu kemudian pos. Kalau tidak salah saya ada kira kira 50 kad yang kami cetak tampal dan pos. Apabila di tanya bagaimana nak untung kalau kita kena keluarkan duit untuk beli kad raya dan kemudian kena beli setem untuk pos. Jawapannya memang rugi, itulah harga bagi pembuktian konsep dan hati penerima kad raya itu, terutama sekali apabila seorang ayah, menerima kad raya secara fizikal daripada anaknya yang mungkin jauh di perantauan. Jadi tahun ini, akan ada lagi sekali "Kad Raya DalamTalian yang dihantar memalui pos". Tapi Kali ini, bukan untuk pembuktian konsep, kerana konsep telah dibuktikan bertahun yang lalu. Jadi pada tahun ini, saya kana buat Kad Raya DalamTalian yang dihantar melalui Pos, percuma kepada pengunjung blog ini, Dengan Syarat Penerimanya mestilah beralamat **** 77300 Merlimau Mela...