Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pasaran Bebas

Kos Peniaga Kecil Mesti dikurangkan

Saya sokong sebarang langkah mengurangkan kos bagi peniaga kecil. Sebagai contoh: PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ Saya belum sempat untuk mengkaji berapa banyakkan peniaga kecil, samada menyewa gerai, ataupun di kawasan lapang seperti pasar tani atau pasar malam. Apa yang saya mahu ialah kosnya mesti minimum. Kalau tidak selama-lamanya peniaga kecil akan jadi peniaga kecil. RM 1 pun jadi isu, RM 3 pun jadi isu. Tatkala berlakunya krisis ekonomi sekarang ini, berniaga adalah salah satu pilihan mencari pendapatan selain daripada terus menjadi pekerja. Akan tetapi situasi di Pantai barat, tidak begitu mesra peniaga kecil berbanding dengan pantai timur atau Sabah. Saya pernah ke Sabah 1 hari, untuk mengkaji sektor peruncitannya. Di dapati di sana lebih ringkas. Di sebelah pantai Barat, jarang ditemui tempat yang di khususkan untuk "bentang dan berniaga". Pasar Tani dan Pasar Malam biasanya menggunakan jalan raya sedia ada, Jalan ...

Mahal pula seminar Waubebas / Akademi Merdeka

Akademi Merdeka menganjurkan seminar yang agak menarik. 16 – 18 Januari 2009. Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun Tempat: Selangor, Professor Julian Morris, Pengarah Eksekutif, International Policy Network.  Dr Khalil Ahmad, Presiden, Alternate Solutions Institute, Pakistan. (biografi akan menyusul)   Alec Van Gelder, Pengarah Rangkaian, International Policy Network. Yuran penyertaan dan kos penginapan RM295.00 – termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Residence (berkongsi bilik twin). RM185.00 – tanpa penginapan Apabila dikenang, Public Talk Umar Vadillo dulu sudahlah percuma, dapat makan percuma cucur udang dan Bubur Chacha pula. Memang berlaloi datang dari Melaka. Eh, Jangan lupa anda dijemput datang untuk ke Seminar murah .