Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd , blogger perempuan merah , blogger perempuan biru , blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat , blogger perempuan paling yang paling aku sayang ? Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai. Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita. Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu. Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi bl...