test

Jumaat, 27 Februari 2009

Mungkinkah PAS akan Terlibat Dalam Politik Teknologi Maklumat pula?

Politik Teknologi Maklumat adalah politik yang tidak popular pada mana-mana parti politik sekali pun di Malaysia ini.

Tidak kedengaran apa-apa bantahan dengan sesuatu yang berkait dengan teknologi maklumat. Kalau ada pun, berkait dengan Mykad sahaja.

Jadi mungkin tiba masa parti politik, terutama yang kuat membangkang seperti PAS akan terlibat dalam politik teknologi maklumat untuk membentuk persekitaran teknologi maklumat yang adil.

Malaysia adalah satu negara yang masih lagi kemaruk teknologi. Mereka belajar teknologi kerana nak belajar teknologi. Ianya berlawanan dengan "penguasai teknologi".

Orang Malaysia lebih suka kenal teknologi, dan kaji apa dia boleh buat.

Berbanding amalan saya, tentukan dulu apa yang hendak dibuat, maka pilih teknologi apa yang sesuai.
Apa yang kita ada, apa yang kita perlu, apakah kebergantungannya,

Orang yang menguasai teknologi, tidak terlalu kemaruk mengejar teknologi. Mereka boleh pilih teknologi apa yang hendak dipelajari dan apa yang tidak mahu dipelajari. perisian apa yang perlu perisian apa yang perlu ditolak.


Jadi apa dia politik teknologi Maklumat?
Undang-undang pengenkripsian, Undang-undang privasi, kebolehgunaan prasarana Teknologi Maklumat Awam.

Banyak lagi.

Sudah tentu, Kelajuan talian juga boleh dipolitikkan. Pemonopolian jalurlebar talian teta juga boleh dipolitikkan.

Apa yang rakyat mahu?

Kebanyakan rakyat tidak faham betapa pentingnya keterbukaan dalam teknologi maklumat.
Rakyat tidak faham apa risiko kebergantungan terlalu tinggi kepada sesuatu teknologi daripada sesuatu syarikat, apatah lagi kalau syarikat asing.

Selama ini, politik Teknologi Maklumat hanya duduk dalam perbincangan tertutup seperti mypenguin99 & myoss. Itu tidak cukup. Ianya perlu sampai ke Parlimen.

Di Malaysia MAMPU menguasai halatuju teknologi maklumat jabatan kerajaan. Syabas MAMPU kerana menyokong sumber terbuka. Namun sumber terbuka dianggap sebagai dunia asing dengan sumber tertutup.

Apa yang penting ialah bagaimana untuk mewujudkan persekitaran teknologi maklumat yang adil. Sumber terbuka dan tertutup boleh duduk semeja. Maka perlunya penguatkuasan terhadap spesikasi atau piawaian terbuka.

Kalau jabatan Kerajaan nak guna perisian apa sekali pun sebelum menjana output di laman web, output itu mestilah terbuka kerana ia melibatkan awam.

Namun perisian yang digunakan tidaklah terlalu bergantung kepada sesuatu syarikat.

Di Negara Barat, pegawai kerajaan dilarang menggunakan perkhidmatan emel pihak ketika dalam urusan kerajaan. Ia tidak berlaku di Malaysia. Saya pernah ternampak Husam Musa membuka Yahoo!Mail ketika seminar dinar emas yang lalu. Namun saya tidak menuduhnya menggunakan Yahoo!Mail dalam urusan kerajaan Negeri.

1 comments:

  1. Sebol,

    Kalau nak bawa politik teknologi maklumat keluar dari mypenguin99 dan masuk parlimen, kau lah yang kena siap-siap untuk bertanding PRU 3-4 tahun lagi :)

    Tapi boleh menang ke kat Melaka tu? Orangnya masih ramai darah biru dacing..

    -hanks

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit