Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nasionalisme

Hasil Tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Mudin ada hasil tangkapan , maka saya pun ada juga. Ada hasil tangkapan yang dibeli, ada hasil tangkapan percuma. VCD PKS & ISA adalah percuma, setelah membeli 3 buah buku daripada gerai Riduan Mohamad Noor. Di gerai Brunei, saya beli 2 buku, buku berkenaan Nasionalisme, ada cerita sedikit tentang penolakan menyertai Malaysia. Satu lagi buku ialah berkenaan Matawang yang digunakan di nusantara sebelum kita semua ditipu oleh kertas. Terdapat juga propaganda kerajaan yang saya ambil percuma. Pakej 60 bilion itu hanya ucapan pembentangan Najib sahaja, dia tak cerita pun mana datangnya 60 bilion itu . "Penjelasan Isu Pembentukan Kerajaan Baru Perak" adalah bahan bukti, bahawa BN telah menggunakan wang rakyat iaitu melalui Kementerian Penerangan untuk tujuak politik kepartian. Dipendekkan cerita, semua buku itu dibeli ada kaitan dengan revolusi. Revolusi Dinar Dirham. Revolusi lawan Israel. Revolusi Nasionalisme Baru. Banyak benda perlu dikaji dulu...

"Nasionalisme Baru" tahi kucing

Di blog Anwar diberitakan kononnya ada "Nasionalisme baru" berdasarkah "Ketuanan Rakyat". Selagi persembadanan negara adalah disebabkan siapa jajah siapa, Jangan bicara soal Nasionalisme baru. Kalau persempadanan Negara masih ditentukan perjanjian Inggeris Belanda 1824, Jangan bicara soal "Nasionalisme baru" Kalau persempadanan negara ditentukan oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909. Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru". Kalau 100% daripada kawasan negara adalah bekas jajahan British, Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".