Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JedYoong

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada. Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita. Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita. Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca. Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita. Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita. Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus. Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari. Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu. Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi. Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi. Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai. Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai. Saya a...

Selamat Hari Jadi Jed Yoong

Selamat Hari Jadi jed Yoong, Semoga murah rezeki ... Dan ditemukan Jodoh yang beriman ... Hadiah mungkin akan diberikan oleh Sultan Perak .

Jed Yoong Meninggalkan Dunia Blog

Emel Jed kepada Susan Loone ... Susan, If you would carry this. . I’ve deleted all my blogs (jedyoong.com/jedyoong.wordpress.com/jedyoong.blogspot.com). I don’t plan to blog in the forseeable future and will concentrating on my law degree. Although recent events like in Perak and the Altantuya trial have made me lose faith in our judiciary, I still believe in the English legal system if it functions properly. Hope you can put a small note so there won’t be a panic in blogosphere. Not that there will be but just to let ppl know that I’ve not been ISAed/etc… Sedih bunyinya. Selama ini, Jed Yoong adalah Jambatan antara dunia blogawan Melayu dengan Dunia blogawan Cina. Jed juga antara blogawan yang melabelkan UMNO sebagai penjaga kepentingan British. Selain saya & Jed rasanya tiada orang lain. Namun Jed percaya sistem British, sekiranya ia berfungsi dengan baik? Penulisan Jed agak menarik apabila dia sering mengkaitkan Tamadun Cina dengan Tamadun Barat. Tak hairan kalau, ...

MENJ, Jed Yoong dan Aliran Maklumat Blog Tempatan

Masih ingatkah lagi Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan ? Dalam carta itu ada Jed Yoong , tetapi tiada MENJ . Tetapi apabila MENJ membeli Petaling Street. Maka ada unsur MENJ dalam carta itu. Akan tetapi unsur MENJ pada carta itu halanya ke arah lain. Petaling Street tidak membawa maklumatnya ke mana-mana. Semalam, saya berborak dengan MENJ, tentang pengintegrasian Petaling Street dengan Negaraku. Saya mencadangkan supaya di borang Negaraku.net boleh juga ada opsyen untuk menghantar maklumat yang sama ke Petaling Street. Begitu juga Petaling Street , setelah pengguna menghantar maklumat di petaling Street, perlu ada opsyen "Anda Mahu hantar ke Negaraku.net "? Barulah maklumat boleh diintegrasikan. Sekiranya sesuatu catatan di Negaraku.net diangkat oleh pengunjung, ia juga automatik disiarkan di Beras Terpilih , Beras Padu , blog saya dan Whitenaval . MENJ mempunyai kuasa terhadap Petaling Street Jed Yoong juga mempunyai kuasa untuk tidak 'share'...

Maka Bergaduhlah MENJ dengan Jedyoong

Jed Yoong kawan saya. MENJ kawan saya. Kedua-duanya agak rapat dengan saya, Tapi hari ini mereka bergaduh. 01:41   Boycott Project Petaling Street (PPS) + MENJ » JED YOONG 熊玉鳳  08:45   Jed Yoong is a biased, one-sided reporter » Critical Thoughts   12:01   Jed Yoong adalah seorang wartawan yang busuk hati » Pendapat Kritis   Saya di tengah-tengah.  

Jed Yoong Hasut Benci Raja?

Saya tidak sedar beberapa pemuda di Johor telah membuat laporan polis tentang terjemahan artikel Tulang Besi yang diterjemah oleh Jed Yoong . Yang hairannya, Laporan polis hanya dibuat terhadap penterjemah. Mungkih selepas ini mereka akan membuat laporan polis terhadap babelfish.altavista.com ? Atau mungkin laporan polis terhadap kamus? Saya tidak nampak mana dia unsur hasutan untuk membenci raja wujud dalam tulisan Tulang Besi. Tulisan tulang besi hanya memberi pesanan kepada PAS supaya jangan terlalu mempercayai raja. Apa masalahnya? PAS boleh tidak begitu mempercayai instusi Raja sambil hormat kepada Raja. Tok Guru Nik Aziz pernah menulis tentang bagaimana Raja itu perlu menyesuaikan diri supaya rakyat tetap menghormati raja. "Ayahanda" pernah berborak dengan "anakanda" tentang kaitan Sistem beraja dengan sistem Khalifah. Adakah dengan mengatakan bahawa Raja tiada kuasa, ianya hasutan untuk membenci raja? Adakah dengan mengatakan Raja dilin...

Pengayuh Jerit Singgah di Melaka

Jed memberi SMS bahawa Pengayuh Jerit telah tiba di Melaka, ketika itu dan akan ke A Famosa sedikit masa lagi. Saya menghubungi Sofi Wahab dan Damian mengenainya. Sofi tidak dapat datang kerana ada mesyuarat. dan kemudiannya Damian bunyi macam nak datang, tetapi tidak timbul.   Kemudian pengayuh jerit meletakkan basikal mereka di hadapan Muzium Samudera, saya dan Jed singgah sebentar untuk mengunjungi kedai di mana saudara Tarmizi Ballazi berkerja. Tarmizi orang kuat PAS kampung Sempang. Cengkungnya Tarmizi, patutlah Jed kata saya dan Tarmizi macam adik beradik. Berbanding dengan negeri lain, Pengayuh jerit agak susah kerana adanya halangan polis, tangkapan, basikal dibakar , tetapi di Melaka, keadaan agak aman. Terima Kasih Polis Di Raja Melaka.

Blog Jed Yoong Baru yang Buruk

Memandangkan Blog baru Yed Yoong terlalu huduh, Maka saya mencadangkan supaya pengunjung blog ini, untuk melawati http://www.eblogtemplates.com/templates/wordpress-themes/ dan kemudian mencadangkan templat blog yang sesuai baginya berdasarkan kandungan blog terdahulu . Hantarkan Cadangan anda di sini Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kes sakit mata penduduk Malaysia.