Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Syed Zainal

Proton Savvy Berkemungkinan Bermasalah

Walaupun ramai diantara kita memandang rendah kepada Proton apabila membaca berita 34,000 Savvy ditarik dari pasaran , saya mengganggap ianya satu langkah yang baik walaupun tidak ekonomi. Proton menarik semula kereta Savvy dari pasaran untuk membuat pemeriksaan kemungkinan masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak. Proton menarik balik keretanya, hanya berdasarkan "Kemungkinan", tiada kedengaran pula pengguna mengadu kerosakan itu di blog-blog atau di forum-forum.

Proton Persona 2007 : Penjenamaan Proton

Kedengaran Siti Hawa bertanyakan mengapa ramai orang suka ceritakan perkara yang sama tentang isu semasa? Tapi mungkin Cerita saya lain sedikit. Bila keluar sahaja Proton Persona 2007, maka banyaklah komen-komen mahupun yang baik dan ada juga yang buruk. Akan tetapi oleh kerana jenama Proton itu sering dikaitkan dengan Masalah, maka akan ada banyak komen buruk daripada yang baik. Walaupun dah tukar pengurusan. Dimaklumkan disini bahawa Proton Tengku Mahalel dengan Proton Syed Zainal adakah berbeza Siapa itu dua insan itu? Mereka CEO Proton. Seorang yang lama, orang mahathir, seorang lain ialah CEO yang aku anggap profesional, realistik. (Tak perlu aku puji dia, kerana aku bukan dapat apa-apa pun). Sebagai perbandingan, Syed Zainal adalah CEO bagi jenama Proton, dan Steve Job adalah CEO kepada Apple. CEO adalah CEO. Kebanyakan syarikat terbitan awam, kalau nak maju, perkara pertama sekali ialah 'Tukar CEO'. Steve Job yang suatu masa dulu pengasas Apple, kemudia dipecat, kemudi...