Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Raja Nazrin

Sistem Beraja dari katamata "ayahanda Nik Abduh"

Oleh kerana saya dahulu pernah menulis tentang Sistem Demokrasi Bersultan . Maka apabila terbaca Tulisan Nik Abduh: waqafaat (jeda) - 2: raja kita Mengkaitkan Sistem Beraja, Dekmokrasi, Sistem Khalifah ketika zaman Umaiiyah... Antara yang menarik ialah:- Bagaimana dengan raja kita? Raja adalah payung ugama. Ia adalah institusi yang menjaga ugama Islam yang sudah diikat - ikat oleh perlembagaan sekular jagaan Pak Lah, Najib, Zaid, Ku Li, Masyitah dan lain - lain pahlawan UMNO. Ia institusi pemerintahan yang lebih mulia dan lebih dekat dengan Islam berbanding UMNO. Ia menjadi harapan kekal umat Islam untuk mempertahankan Islam dan keadilan dari dulu sehingga kini. Kesultanan Melayu Islam adalah paling berjasa kepada umat Melayu sepanjang sejarahnya. Teruskan membaca: waqafaat (jeda) - 2: raja kita

Sistem Demokrasi Bersultan

Hari ini saya ingin menulis tentang sesuatu yang tidak demokratik. Kita telah lihat bahawa sistem demokrasi British yang kita gunakan ini memeningkan kepala jika tiada parti yang menang mutlak. Rakyat memilih ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi tidak memilih siapa Perdana Menteri, siapa menteri besar, siapa ketua menteri. Rakyat juga tiada hak untuk memilih samada mahu memilih pemimpin berdasarkan demokrasi versi british, atau demokrasi versi Amerika, atau "Demokrasi Bersultan". Nasib siapa dipilih sebagai MB adalah ditentukan oleh ahli-politik dan Sultan, tetapi bukan rakyat. Negara kita tidak mempunyai pilihanraya khas untuk memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri. Itulah sistem british yang diagungkan oleh pendokong demokrasi Malaysia. Oleh kerana itu, saya mendapat idea untuk mencipta "Sistem Demokrasi Bersultan". Ianya hanya munkin sesuai untuk negeri yang mempunyai Sultan, dimana rakyatnya amat menyayangi Sultannya. Adakah ruginya rakyat sesuatu negeri menyayangi ...