Terwujud satu kenyataan kononnya dia berjaya menghapuskan GST Agak pelik juga dia boleh menafsirkan , bahawa dia boleh menghapuskan GST. Lainlah kalau dia memang bayar RM 130, tanpa GST. Sememangnya dalam GST, memang dibolehkan untuk runding beli. Tidak semestinya, harga quote tanpa GST, atau harga quote berserta GST tak boleh diubah . Dalam mekanisme urusniaga biasa, harga adalah persetujuan 2 belah pihak. Kalau tidak setuju, jangan beli. Kalau tak setuju, jangan jual. Jangan marah-marah. Yang boleh dibuat marah adalah apabila harga dipaparkan, tak sama apabila harga ketika hendak bayar, itupun masih ada lagi pilihan untuk tidak bayar dan batalkan transaksi. Sememangnya ada banyak jenis perniagaan yang banyak guna runding harga. Jadi tak perlu beriman dengan komputer. Dahulu, kebiasaannya di Kampung Jawa, memang boleh runding harga, tak kiralah apa barangan sekalipun, memang boleh runding harga. Tetapi zaman GST ini pula. bila nak nego, dia tak beri atas alasan. ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca