Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel decepticon

Dimana Optimus Prime Ketika ini?

Saudari Erisar atau Ezza mengganggap pertarungan dalaman UMNO lebih sengit daripada Transformers , cuma ia antara Decepticon menentang Decepticon. Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pimpinan Megatron. Sediakan pop corn dan air pepsi anda. Kita bakal menyaksikan wayang yang lebih menarik dan hebat dari Transformers. Cuma yang ini version Decepticons melawan Deceptions. Tiada Optimus Prime dalam episod ini. Persoalan sekarang ialah di mana Optimus Prime dan Rachet? Mereka sedang menonton pertarungan dalaman Decepticon.

Sumber Tenaga Alternatif bagi Malaysia

Malaysia, sebuah negara yang boleh dikira kaya dari segi tenaga, dengan Hasil minyaknya sendiri, Empangan Hidro Elektrik dari banyak sungai. Namun kita tidak boleh lari dari krisis tenaga yang akan melanda. Minyak dan gas dimuka bumi suatu hari nanti akan habis. Elektrik daripada hidro mungkin tak mencukupi. Penggunaan Nuklear mungkin membimbangkan ramai orang, Walaupun jika kita boleh meleraikan Uranium sendiri, pihak barat mungkin akan melabelkan kita sebagai mampu membuat senjata nuklear. Sesuka hati mereka melabelkan kita seolah-olahnya kita ini gondola. Kita masih boleh beruntung kerana mempunyai pesisiran pantai yang panjang untuk mendapatkan tenaga daripada angin. Tenaga solar pun kita boleh gunakan. Walaupun kita mewah dengan sumber tenaga, tak semestinya kita tak boleh memikirkan sumber tenaga alternatif yang lain. Sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kita patut mencari sumber tenaga alternatif yang lain walaupun sumber tenaga alternatif itu tiada di muka bumi ini. Buk...