Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pemasaran

Gen Y tidak kisah privasi?

Selalu saya perhatikan, sudah menjadi kebiasaan zaman ini, apabila seseorang itu ingin menjual sesuatu, atau nak beri sesuatu, mereka minta no telefon atau emel ditulis diruangan komen. Yang menghairankan ialah mereka terus kasi. Walaupun ianya berada didalam sesuatu group yang bersifat awam 'public'. Semua boleh nampak. Alamat emel saya, pun saya asingkan daripada diketahui umum. Jadi yang kenal sahaja atau yang berurusan sahaja yang tahu. Syarikat Facebook pun tak tahu. Oleh sebab dulu nak daftar facebook , memerlukan emel, maka saya buatkan satu emel khas untuk dilacurkan kepada facebook, iaitu dilacurkan@yahoo.com. Untuk urusan web lain, saya ada emel lain. Guna untuk daftar2 aplikasi-aplikasi web. Google memang tahu alamat emel saya yang sebenar sebab dia yang keluarkan. Apa yang menariknya tentang emel google saya ialah, sepanjang beberapa tahun saya menggunakannya, Langsung tiada spam. Memang Google tak spam. Sampai 1 ketika, media sosial baru wujud...

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru. Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru. Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga. Sekarang musim tiru Lazada Zalora. Hmmm Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru. Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat. Cara mereka iklan C...

Perniagaan DalamTalian , Shopping Cart atau tidak?

Sememangnya Shopping cart membantu dalam perniagaan dalam talian. Tetapi rakyat Malaysia masih lagi belum biasa dengan shopping cart. Saya dulu pun pernah terfikir untuk ada laman web shopping cart, namun emas ada susah sikit, atas 2 sebab. 1. pelanggan jenis suka tanya. 2. Harga berubah. Jadi maka sering saya tangguh untuk buat shopping cart. Pelanggan suka guna cara yang mereka suka guna. Mungkin ada yang memang suka shopping cart, tetapi kalau tiada opsyen itu, saluran komunikasi biasa boleh digunakan. Whatsapp/Telegram/ SMS/ wechat/ Fb mesegger. Rakyat Malaysia ada juga yang melepak di laman seperti mudah dan lelong. Maka jenis macam itu, dia kekal dengan cara mereka. Yang di dalam media sosial pun lebih gemar untuk kekal dengan cara mereka bersosial dan membeli belah. Budaya berjual beli di Instagram memang giat berlangsung, urus niaga berlaku tanpa shopping cart. Begitu juga di Facebook (page atau group atau profil). Mereka suka 'pm'. Walaupun sepa...

Arus WeChat Golongan Muda, dari perpekstif orang tua

Penetrasi internet dalam satu tahun kebelakangan ini agak pelik, apabila ramai yang tidak pernah menggunakan komputer pun nak ke internet. Fenomena ini menyebabkan hoax tahun 90an pun timbul semula. Mereka baru jumpa tahun 2014. Maka mereka sebarkan, termasuklah "Progesterex" muncul semula. Semalam Sang Amran ada memaparkan statistiknya mengenai peratusan yang tinggi yang menggunakan mobile . Ya, saya sedar, memang peratusan penggunaan mobile sudah hampir 90% daripada keseluruhan Internet dan 35% adalah "mobile only". Yang 90% itu termasuk yang guna desktop dan tablet sekali. Itu baru mukaddimah. Yang nak saya ceritakan ialah tentang wechat. Pakar pemasaran internet, mana yang berkiblatkan barat, biasanya tak cerita wechat. Sebab WeChat itu berasal daripada Asia, dan mungkin lambat tiba di Amerika. Tetapi Wakik pemasaran internet di Malaysia berbeza, dimana WeChat adalah salah satu perkara popular di kalangan muda mudi. Ya saya sudah tua. Say...