Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gula

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula . Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion. Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu? 1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula. Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun. Logik atau tidak angka itu? Terpulanglah. Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion . Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya. "Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1....

Krisis Gula ,Perbezaan ketara harga runcit terkawal dengan harga dunia

Krisis gula sedang melanda. Kalau dilihat pada statistik di kilang ianya "mencukupi", tetapi apabila dicari di kedai tidak ketemu. Peruncit kata pemborong kasi kurang. Wujud juga rampasan gula akibat disimpan oleh pemborong tanpa lesen . Wujud juga penyeludupan ke negara jiran . "For Export" konon. Pada perbezaan harga yang ketara antara harga gula terkawal RM 1.45 dengan harga gula sebenar yang mencecah RM 3. Perbezaannya ialah sekampit gula juga. Maka perbezaan harga yang ketara itu adalah menjadi punca kepada kegiatan penyorokan dan penyeludupan. Untung lebih daripada 100%. Siapa tak mahu. Sampai bila harga gula harus kekal RM 1.45? Sepanjang harga kekal RM 1.45, nilai matawang kertas sudah merosot banyak mana? Bulan ini, harga gula semasa dunia telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 28 tahun yang lalu . Kalau hari ini perbezaan harga sudah lebih 100%, apa jadi kalau harga semasa gula ialah 5 kali ganda? ada 2 faktor penyebab perbezaa...