Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mozilla

Warkah untuk Isteri berkenaan Persiapan Raya

Kehadapan isteriku yang dicintai selalu semoga sihat walafiat. Memandangkan tarikh Aidil Fitri kian hampir, maka saya telah memmaybank2ukan sejumlah wang ke akaun adinda, untuk membeli baju raya untuk kita anak beranak. Berikut adalah senarai semak shopping raya kita. Baju Hamzah - Ambil yang putih 18 cm Baju Umar Putih 3-4 tahun Baju Abah dan Mak Saya nak saiz M Di kedai lain Saya nak yang ni beli 2 helai lah. Beg ni cantik tak? Kalau tak cukup duit, sila beritahu (atau guna duit sendiri) kemaskini: Untuk tetapi yang datang rumah, kita boleh hidangkan dengan cawan ni

Tip Carian pada Mozilla Firefox atau Gecko yang lain

Ini adalah "Blog Reaction" terhadap iEn Kepada pengguna Mozilla Firefox, atau Camino, atau Pelungsur Web yang berasaskan Gecko yang lain. Selain daripada anda boleh mencari teks pada laman web menggunakan Ctrl+F, anda juga boleh mencari teks pada laman web yang panjang dengan menggunakan "/". Pengguna vi atau ViM atau elvis, tentu sudah biasa menggunakan "/" untuk mencari. Sekiranya anda sedang membaca laman web yang panjang seperti ini , dan ingin mencari sesuatu perkataan "bluetooth", anda hanya perlu taip "/bluetooth", tekan CTRL+G untuk mencari perkataan bluetooth yang lain. Kebiasaannya, pintasan kekunci akan membuatkan kita bekerja dengan lebih cepat, dengan syarat pintasan kekunci itu didalam kepala. ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ "Tip-carian-pada-mozilla-firefox-atau.html" [New File]

Kisah Sejarah Web dan HTML

Saya telah membalas kiriman blog Rastom Agenda Daily lawan Malaysia-Today: Dari sudut kebolehgunaan --------8 Macam mana saya nak terangkan, kalau nak cerita panjang. Maka diringkaskan kisah sejarah web dan HTML. Asalnya HTTP atau dikenali sebagai “web” menggunakan HTML yang asas. Jadi sepatutnya semua pelungsur web yang ada, mesti mematuhi spesifikasi HTML versi ketika itu. Akan tetapi satu syarikat telah menambah HTML itu sesukahati mereka, dimana pelungsur web dia mempunyai kelebihan teknologi. Laman Web yang dibuka oleh Netscape Navigator ketika itu kelihatan lebih cantik kerana dia boleh render Tag HTML yang tidak mengikut spesifikasi. Oleh kerana Netscape Navigator mempunyai penguasaan pasaran yang tinggi, pembangun web addakalanya terus membina laman web untuk netscape dan bukannya ikut spesifikasi. Kemudian, datang pula Microsoft, yang mempunyai penguasaan pasaran Sistem Pengoperasian untuk memasuki sektor pembinaan pelungsur web, dengan peneluarkan MS Internet Explorer (MSIE)....