Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fizik

Leornado Da Vinci Bukan Sekadar Pelukis Seperti Leornado Dicaprio dalam Titanic

Anda kenal Leonardo Davinci? Mungkin akan mengenali dia sebagai pelukis potret monarita monaliza. Namun orang seperti saya lebih menghormatinya sebagai ahli kejuruteraan yang hebat. Mungkin dia tidaklah hebat sangat, Disebabkan orang ketika itu bodoh, dia kelihatan hebat. Dunia barat masih belum percaya bumi itu bulat. Inggeris masih belum jumpa jalan laut ke Asia. Terdapat banyak lukisan kejuruteraan yang telah dilukis oleh beliau, terdapat rancangan Discovery yang menunjukkan bagaimana manusia yang tidak betul cuba merelalisasikan kembali lukisannya sebagai benda nyata. Rujuk: http://dsc.discovery.com/tv/doing-davinci/doing-davinci.html Mahu buat kereta kebal guna kayu ? Atau mahu buat basikal guna kayu ? Adakah benar semua ciptaan Da Vinci ciptaannya? Ianya juga boleh dipersoalkan, kerana Itali bukanlah jauh sangat daripada Andalusia, Sepanyol dimana letaknya tamadun Islam yang agung. Tamadun Barat memang sedikit pelik, Mereka boleh mengaku menjumpai Amerika, tatkala di situ meman...

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait. Rapat mana kaitannya? Amat rapat. Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya. Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta. Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Begitu juga tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta. Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya. 19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu. Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka....

Gosip Fizik: UMNO Salahkan Graviti?

Prof Hamirdin sudah tidak berapa betul. Dia kata Graviti yang membuatkan UMNO jatuh . Mungkin ada betulnya, Cuba kaji, kenapa YB Khalil Idham Lim mengiktiraf pluto sebagai planet ? Kenapa Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Pluto sebagai planet ? Ahli politik memang suka mengiktiraf pluto sebagai planet? Kenapa? mungkinkah kerana .... Gravitinya kecil?

Nur Madihah, Ke jerman kah kamu?

Saya ingin menulis tentang cadangan kepada Nik Nur Madihah untuk memilih Jerman sejak sekian lama. Supaya, selain saya, ada juga blogawan lain yang mencadangkan Nik Nur Madihah untuk ke Jerman jikalau serius benar meminati fizik. Kerajaan Negeri Kelantan sudah mahu taja pengajian Nik Nur Madihah, harapnya ianya berbaloi. Blogawan yang tolong pilihkan "Jerman" untuk Nik Nur Madihah: http://diskopi.wordpress.com/2009/03/23/surat-buat-madihah/ Kalau Wernher von Braun , tidak dibawa ke Amerika, mungkin Amerika masih terkial-kial untuk ke Angkasalepas. Peminat fizik, termasuk 'Jurutera tak kesampaian' bolehlah menyertai seminar fizik . Seminar Pemikiran Fizik Semasa Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu) Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Jam Sepatutnya Berputar Ikut Bumi, Bukan Bumi berputar "lawan jam"

Jam sepatutnya berputar ikut bumi, dan bukan putaran bumi yang dikatan sebagai "Lawan jam" Ini gambar jam matahari yang ditangkap ketika gerhana matahari 26 Januari yang lalu. Jam matahari berputar mengikut "lawan jam"? Siapa yang salah? Bumi berputar, bulan berputar, bumi mengelilingi matahari pun putarannya sebegitu, tetapi Jam yang berlawanan arah dengan putaran semua itu. Jadi siapa salah? Masih ingat lagi matapelajaran fizik,guna tangan untuk tentukan kutub utara magnet? Lingkaran itu digelung ikut bumi atau ikut jam supaya ibujari menunjuk ke arah utara? Oleh itu, jangan pakai jam tangan macam Dr Abdul Halim .

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz . Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula , ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram. Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza. 1. di bumi 2. di ISS 3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Dalam dunia fizik, ' Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza . Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula. Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg bera...

Buku fizik lama

Buku lama. Tahun 1993 dahulu, saya melakukan pengubahsuaian pada buku itu.